adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Thursday, November 6, 2025

Ayah

Just nak tulis benda random yang pop-up dalam minda masa sembang dengan ayah dalam phone.

Dulu ayah kerja shift. Jadi berbanding emak yang suri rumah, masa berkualiti dengan ayah memang sangat limited la. Tapi tidaklah sampai ada rasa kurang kasih sayang ke, absent father ke, traumatic parenting ke. Still, I can't speak for my other siblings. 

I would describe my relationship dengan ayah is just casually normal. lol. Tak awkward, tak juga rapat yang boleh peluk2 gusti2. hahaha. Bila ada masalah, I can call him anytime and expect he'll be there for me. As far as I can remember, he was always there whenever I call for him.

Masa form 2, selalu kena sinus attack dekat sekolah, I would always call him to take me home from school tengah2 sesi tu. Kalau ayah dah habis shift, dia akan datang. Pergi pejabat sign borang and bawak anak hingusan dia ni balik rumah.

Bila rasa2 malas nak pergi sekolah, I could just casually tell him "cikgu tak ajar harini. tak nak pergi sekolah boleh?" and dia akan selalu jawab "Ok. Boleh.."

Sometimes berani2 je minta duit selain duit belanja "ayah, nak duit, nak beli kasut" dia bagiiiii! Haha taktik dia jangan minta depan adik beradik lain la.

Nak tuition? Hantar. Bayar. Tuition lain-lain tempat. Hantar sana, ambik, hantar sini pulak, ambik, hantar situ pulak. Pikir-pikir balik, entah berapa ribu entah habis membayar tuition anak no 2 dia ni je.

Lepas habis SPM, ayah tahu anak no 2 dia ni kalau tak paksa memang tak akan ambil inisiatif (or maybe tak ada keberanian?) untuk ambik lesen kereta. Dia paksa. Dia bagi duit suruh pergi daftar.

Bila dah dapat lesen, anak dia tetap tak ada inisiatif nak go behind the wheel sendiri. Balik dari kedai, ayah berhenti tepi, dia suruh takeover drive.

Pernah sekali naik bas dari Ipoh (matrik) turun Pudu. Selalunya turun KLSentral, so bila turun Pudu jadi panik. Call shikin minta ajar naik LRT balik Shah Alam. Tapi ended up terlalu takut nak gerak dengan keadaan Pudu yang seram ketika itu (to me la). Ayah terus call suruh stay je satu tempat, ayah datang ambik.

Lepas degree, ada kawan curious and tanya ayah keje apa, gaji berapa. Bila dia dengar my answer she was like amazed and said "mampu ya dia besarkan anak 5 orang semua masuk U". That statement gave me so many feelings I can't describe. Sebab tak pernah terfikir kot sebelum tu. Ayah kerja kilang basic 1500 je. Kerja shift perfect attendance every year, OT memanjang. Besarkan anak 5 orang sama2 dengan mak (mak meniaga macam2 juga tambah duit dapur). Anak sihat2 tak pernah kebulur. Tak mewah, tak senang, tapi tak juga deprived of necessities. 

Satu je kurang, I cannot hold a long conversation with him. Tapi akulah masalahnya, bukan ayah. Laki kan sembangnya teknikal, logikal.. buat dad jokes bolehlah masuk. Tapi nak sembang various topic secara teknikal dan logik is not my forte la. Nanti kena gelak or kena marah je haha. Ayah kadang2 je garang, tak pernah strict, tapi selalu sarkastik. So, my sensitive self selalu elak sembang dengan ayah haha. In my POV, Shikin je reti sembang dengan ayah.

Bila dah besar dah duduk luar (asrama), selalu call mak je. Entah kenapa tak pernah terfikir nak call ayah. Benda tu dah terbiasa tanpa sedar. Bila dah kawin, macam tu jugak. Bila nak tanya khabar parents, call mak. Kalau mak tak angkat, it's like I failed to call them, tapi tak try call ayah pun. IDK whyyyy. So, one day din tanya, "tak dapat call mak, kenapa tak call ayah?" Masa tu baru sedar macam "ya tak ya jugak". So sejak itu, I made it a habit kalau tak dapat call mak, terus call ayah. Sometimes saje call ayah je (maybe to make up all the calls I didn't make before).

As he got older now (almost 70!), he always looks so lonely, and it pains me. Ayah selalu nak tunjuk kuat. Tunjuk boleh. Tunjuk dia ok depan anak-anak.

Ya Allah.. Sedih pulak memikirkan diri yang umur dah nak 40 tapi belum lagi berbakti pada orang tua, balas segala yang mak ayah dah buat untuk besarkan anak jadi sihat, bijak, pandai.. My time is running out.. oh my Ya Allah beri aku kesempatan..


No comments: