Assalamualaikum wrbt.
Salam Jumaat yang barakah, inshaAllah. Harini Selangor cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Macam-macam plannya harini, sepatutnyalah. Tapi sakit terlantar pula di atas tilam. Hilang mood nak buat apa-apa. Memori pun cacamarba macam tak boleh recall apa plan sebenarnya. Semoga sakit ini dapat jadi penghapus dosa-dosa kecil, dan pemangkin pada taubat. Oh banyaknya dosa T.T
Disebabkan tak ke mana, aku buatlah apa yang larat. Antaranya artwork di bawah ini yang dah lama terbayang-bayang di minda. Niat nak post dekat instagram pagi tadi tapi tak laratlah. Tadi pun sambil buat sambil menahan sakit sambil berkerut-kerut kan, so terimalah walau tak seberapa. Next Jumaatlah post inshaAllah :)
![]() |
| tergedik-gedik puler |
Antara sunat Hari Jumaat, terutama untuk kaum lelaki yang nak ke masjid untuk Solat Jumaat berjemaah:
- Mandi sunat Hari Jumaat - niat je mandi sunat, mandi bersih-bersih, wangi-wangi macam mandi hari raya. Hari Jumaat kan Hari Raya ^^ Indahnya!
- Bersugi - Kalau ada kayu sugi, pakailah. Kalau takde gosoklah gigi sebelum solat tu. Sunnah dapat pahala inshaAllah:)
- Potong Kuku - Potong kuku tangan dan kuku kaki. Baru selesa, bersih dan selamat. Indahnya! Ikutlah, nak potong suka hati ke ikut susunan sunnah. Ikut sunnah tu macam mana?? Ha boleh rujuk SINI.
- Merapikan bulu di badan - cabut culu ketiak, trim misai & janggut, mencukur bulu ari-ari. Bagi bersih, wangi dan kemas rapi :)
- Memakai wangi-wangian - Ini lelaki sangat digalakkan. Dapat pahala kalau pergi masjid orang bau kita wangiii je. Perempuan cukuplah sekadar sendiri bau, dan orang tak bau kita busuk kot. Jangan semerbak harum sangat. Hee.
- Pakai cantik-cantik - Pakai baju bersih, cantik, kalau baru pun okei. Ala macam hari rayalah. Hehe kalau tak mampu baru selalu, cukuplah yang paling elok and cantik dalam almari tu. hihi Bestnyaaa raya!
- Membaca al-Kahfi - Sunnah yang amak digalakkan. Tempohnya dari Maghrib hari Khamis hingga Maghrib hari Jumaat. Tadabbur, fahamkan, hayati cerita dan pengajaran surah al-Kahfi dan amalkan semampu kita. Ulangkaji setiap minggu, kalau boleh hari-hari lagi bagus. Hikmah terbesar ialah menyelamatkan kita dan mencelikkan kita dari fitnah Dajjal durjana inshaAllah.
- Memperbanyakkan selawat pada Rasulullah ﷺ - Moga di dunia mendapat berkat, di akhirat sana beroleh syafaat, ameeen.
- Memperbanyakkan doa - Orang yang tak berdoa itu orang yang sombong dengan Allah! Siapa kata? Allah kata.
- Memperbanyakkan amal dan kebaikan - seperti membantu orang dan bersedekah, memberi nasihat yang baik, mengingatkan orang yang lalai etc.
Haa ini versi wordy sikit. Banyak pulak elaborationnya kan?
Ini jumaat ketiga terakhir untuk tahun 2015. Tak sangka kan. Cepat sangat rasanya. Jumaat depan kena get ready untuk sesuatu yang besarrrr. Wuhu neves. Semoga dipermudahkan urusanku, Ameeeeen.
Rabbi yassir wala tuassir, Rabbi tammim bi khair. Ameen
Oklah nak sambung baca buku. Besok kerja! Haha
Assalamualaikum wrbt.

No comments:
Post a Comment