Assalamualaikum wrbt.
Harini bukak blog tanpa niat nak melunaskan entry terpilih. Harini ini nak meluahkan rasa di hati. Harini setelah balik rumah sibuk membaca bahan-bahan kurang ilmiah. Tapi itulah, bila membaca terus gatal nak menulis. Tapi nak tulis apa ye? Is it true? Is it necessary? Is it kind enough?
Manis
Dari zaman remaja gaya menulis serius je. Serius, sedih, pahit, marah, takut, serius. Itu gayanya. Sekali sekala je ceria. Bilakah agaknya saya akan menjadi seorang yang manis? Manis semanis lollipop dan gula kapas. Bila tengok orang bermanis-manis, saya teringin! Lalu berangan di alam maya. Bila tengok orang bitter-bitter, saya rasa saya jumpa geng! Hahha. Aneh.
Sebenarnya ada kisah di sebalik kepahitan diriku. Ewah. Sebenarnya bitter-bitter ni start dari subconscious mind. Minda di luar sedar. Ada suis dia yang boleh trigger dan mempengaruhi minda sedar. Kalau tak tutup semula dengan kuasa iman, jadilah saya seorang raksasa. Jadilah saya pembenci, penyedih, pemarah, pemurung, petahlagi. Astaghfirullah. Mujur saya ada Allah.
I have the deepest (but not the darkest) secret of the past yang membina subconscious mind ini. Lately baru terfikir terdetik tersedar. Selama ni memang tertanya kenapakah one part of me constantly in fear and constantly reject diri sendiri dan orang lain subconsciously? Nampak tak berapa kali ulang word subconscious ni walaupun susah nak type? Sebab nak tekankan bahawa ianya selalu terjadi sebelum sempat berfikir. Auto-mode, auto-pilot. One part of me are always on guard for any possible rejection and hatred out of nowhere. A single small hint, I am triggered. Then I'll put walls around me so high never to be open again. No door only windows.
Jadi I came to this conclusion, these incidents in my past yang telah meragut dan merenggut segala keceriaan hakiki dan keyakinan diri.
Bukan nak menyalahkan sesiapa. Diri sendiri yang kena kuat. Tapi as a child, I think it did gave a big impact to my psychological development. Apa ceritanya? Buat masa ni biarlah saya saje yang tahu. Sebab orang tak akan faham dan tak akan dapat menilai dengan tepat. Manusia lebih cepat mengeji dan menyalahkan. Hanya Allah yang faham. Mungkin satu hari nanti akan terkeluar jugak cerita ni. Maybe, just maybe bila I know I am finally in a safe place, safe hands.
Matang
Sebenarnya dulu sangat suka blogwalking. I like to admire people, but in silent. But I am not a psiko stalker. Please jangan tuduh saya. Silently, because I don't have anything to exchange with. Malu.
Cuma bak kata e'in, "tikah baca semua blog makcik-makcik yang dah kawen ada anak". Haha kurang asem gelugor dikutuknya aku. Tapi betullah kata beliau. Selain blog kawan2, yang lain semuanya blog orang dah bekeluarga. Mungkin sebab diri sendiri tak berapa berjiwa remaja ke? Suka baca pendapat-pedapat orang berpengalaman dan lebih matang. Topik pun semua yang boleh relate, boleh buat pedoman dan panduan, tips-tips yang berguna. Tak banyak sangat melalut, macam blog ini contohnya. Ahha.
Kalau tengok cerita pun tak berapa minat cerita yang watak dia budak-budak remaja budak-budak belum habis sekolah. Geli-geli je lagi-lagi cerita cinta monyet dak-dak belum ada income belum tahu erti tanggungjawab dah sibuk nak bercinta. I cannot relate, so.. Still, ada la jugak exceptions. Hihi. Kalau cerita pasal budak-budak kecik comel takpe (eg: Matilda, etc.). Hehe. Sekarang ni semua blogger2 remaja masa dulu yang sekarang dah kawen, dah beranak automatik termasuk dalam reading list pula. Padahal dulu tak pernah la tergamak nak membaca.
Tapi aneh, diri sendiri macam terlupa nak jadi matang ke? Sebab rasa macam diri sendiri ni entah banyak lagi yang belum matang lagi. Waaa sia-siakah hidup ku ini Ya Allah. Naudzubillah.
Music
I am not really into music. I am more into silence. Music for me is not for leisure atau mengisi ruang udara. Music to me adalah untuk membelai jiwa, menghubungkan memori dan menyampaikan makna. Jadi my kinda music is to most, adalah boring tahap loris. Only for certain time, not for all the time.
Tapi I could give exemption bila lagu itu dinyanyikan oleh orang yang saya suka, dan kawan-kawan saya. Haaa pelik sikit. Suka sangat bila lagu tu dinyanyikan dengan penuh perasaan oleh seorang yang dikenali, tak kira perfect or not. Tak kiralah dia nyanyi saje-saje, nyanyi untuk orang or nyanyi untuk aku. Rasa special lagu tu jadi. Special seperti sejenis ice-cream date. Haha faham ke? saya ni bukan jenis dengar radio. Banyak lagu tak tahu tak pernah dengar. First time dengar bila kawan2 nyanyi, baru macam eh macam sedap nak carilah lagu tu. Sebab tu kot jadi special. Entah.
Antara lagu-lagunya ialah Mengenangmu - Kerispatih dinyanyikan berduet oleh Yulie dan Mek Siti time matrik dulu. Dorang roomate yang selalu gaduh tapi bila time ngam jadik suweet2 pulak. Satu hari tiba2 lagu tu main kat radio, dorang sama2 excited kuatkan radio, tunggu cue and nyanyi sama2 penuh perasaan. Oh indah! Lagu lain ialah lagu Kerana Cinta - Mestica, Mek Yana nyanyikan untuk yours truly sebab masatuuuu.. saye.. ehemm takde apelah. Hehe tapi rasa sweet sangat masatu kat cafe tengah makan nasi lomak. Haha. Lagi satu lagu Percaya Padaku - Ungu. Ini Wiwin sweetheart nyanyi masa kitorang tiba2 duduk sebilik dekat KKM time konvo degree, siap gaya-gaya tangan lagi. Alahai cair rasa hati. Pastu kitorang duet pulak lagu Dil Laga Liya Maine. Siap ulang banyak kali video nak tangkap lirik yang betul. Aduih betapa laghanya waktu mudaku. hee
Diri sendiri suka menyumbangkan lagu je. Tukar tune, tukar lirik, tukar nada. Sebab dah pernah niat nak nyanyi sedap-sedap macam Alia or e'in or Jiha, tak pernah jadi sedap hahaha. Daripada sedih sendiri, lebih baik menghibur hati.

Ok enough for now.
Nak masak dinner. Laparuddin.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment