Assalamualaikum wrbt.
Part 1: Intro
Salam Isnaini! :p
Tujuan membuka belog adalah dengan niat tulus mahu melunaskan salah satu entry yang pernah tersenarai di sini. Rasa takleh move on kalau tak lunaskan. Tahun depan nak buka lembar baru. Taknak sangkut di takuk lama teruk sangat. Sikit-sikit ok kot. Haha nak jugak.
Entry tentang Ramadhan and Syawal macam dah lari mood lah haha apelah dah lama sangat takkan tiba2 nak cerita lagi. Biarlah tersimpan di dalam diari hatiku saje. Atau maybe ada recap sikit2 time entry Ramadhan Syawal tahun depan. Dengar kata tahun depan punya Ramadhan Syawal extra extra special. Tahun ni macam special jugak tapi tahun depan inshaAllah laaaaaagi special dan syahdu lagi padu. Ewah sudahlah engko. Okei so itu skip for now.
Hurm patut ke cerita? Ke nak tunggu berhenti tahun depan baru cerita? Tapi itu nanti dah tak jadi current workplace. Nanti jadi my past workplace. Hehe. Ok lah, jomlah kita cerita, kang lupa kang tak sempat rekod buat bacaan di hari tua (kalau umur panjang).
Part 2: Kerja RA
Lepas habis master dalam bulan September 2013, aku menganggur. Haha typical. Tak macam Eja yang pandai mengatur jalan hidup, gigih menyusun masa depan, aku blurrrr memanjang tak sure apa yang aku nak. Astaghfirullah, kena ubah kena ubah. Eja masa tulis tesis lagi dah gigih apply kerja dengan gigihnya. Haaa memang saja redundant sebab memang bersungguh dia, yang sambil apply sambil melafazkan niat secara lisan "Nak kerja. Nak kerja. Nak kerja." Allah makbulkan, Alhamdulillah murah rezeki orang berusaha, lagi2 dengan niat yang jelas. Sebelum grad dah dapat kerja, dalam bidang lagi. Tup2 jadi pegawai dah dia sekarang :)
Ingat senang nak dapat kerja dalam bidang kitorang ni?? Sangatlah rare ye.
Ok cerita pasal orang lain lagi menarik pulak. Back to me, ada lah seorang hamba Allah yang baik hati dan concern, lalu recommend diriku ini pada supervisor dia untuk aku jadi RA (or GRA ke?). Alhamdulillah. Aku prepare apa yang patut semua, pergilah interview dengan Dr Huda (no surprise hihi). Cumanya bidang aku macam tak berapa masuklah dengan Dr Huda, beliau pun blur lepas baca abstrak tesis masters & degree aku.
"aku nak bagi budak ni keje apa ni??" getus hatinya barangkali. Lama dia kerut2 fikir.
Aku pun tak confident sebenarnya dengan diri sendiri (macam biasalah), darah gemuruh, gelabah, neves semua ada. Rasa nak lari je masatu. But I need money. Haha who doesn't. Banyak kot berhabis sepanjang sambung master, sewa bilik lagi, makan lagi. Simpanan memang zero masatu. So nak pendekkan perbincangan, aku suggest and bagitahu aku boleh buat translation or editing. So itulah kerja yang beliau bagi. Dapatlah gaji sambilan, kontrak sebulan buat kerja itu. Walaupun kontrak sebulan, tapi sebenarnya Dr Huda dah bagi siap-siap semua task and dia kata asalkan siap kerja-kerja tu. Gitu. Btw, sedap juga kerja pakai tangga gaji ni.
Tapi kerja itu tak semudah disangka. Bila kena translate tesis/jurnal yang lari bidang, banyak istilah tak pernah dengar. Memang kena usaha double triple memahamkan konsep dan konteks sebenar apa yang ditulis. Masatu baru sedar memang hijau sangat aku ni. Cetek je knowledge dari lautan knowledge kat dunia ni. Stress, menangis dalam hati semua ada bila kadang2 buntu tak dapat faham. Tapi suka je buat. Bersyukur jugak ada orang sanggup gajikan aku yang takde apa ni.
Masalah terbesar ialah, kerja dari rumah dan duduk rumah emak. Anaknya ni dari study degree sampailah ke study master, susah sangat nak balik atas banyak faktor (eg. kewangan, masa, tenaga, 'tempat'). So bila dah habis study, eh sama je pulak. Kurung diri dalam bilik buat kerja. So anak pun hati tak berapa senang emaknya asyik bertanya. Maka, tinggallah kerja di siang hari sambung di malam hari. Tapi anaknya sudah tua giginya tinggal dua. Menjelang malam, mengantuk dengan dahsyatnya. Tak larat nak stay up macam zaman study memuda dulu. Dilemma dilemma. Stress.
Ada lah satu jurnal yang aku tak berjaya siapkan (ambil masa sangat lama) sebab sangat complicated and makin lama makin banyak pula distractions. Suatu hari di bulan Disember 2013, aku dapat email dari seorang Zaharah. Dia kata dia akan ambil alih all my unfinished tasks (sebenarnya tinggal satu paper je rasanya masa tu) dan dia akan sambung, and my part is considered done. And Dr huda comfirmed it. So I was released from the stressful workloads, finally. Unfinished actually, so rasa ralat sikit. Tapi lega sangat sangat.
Part 3: Menganggur
So I spent some months menganggur semula. Emak pun gembira ada tambah lagi sorang tolong buat kek, tolong masak, tolong layan sembang, tolong dengar aduan hati. Eceh yeyer je entah2 perasan. Hehe. Tapi being 24 and not earning, makan pakai 100% pakai duit emak ayah pun buat tak sedap hati juga. Kawan pulak semua dah kerja, Ajak keluar, berat hati sebab takde duit. Masatu hipster cafe baru2 je nak tumbuh. So semua excited nak mencuba. Huhu. Pergi market, pandang saje. Nak masak macam2, jadi angan2 saje sebab takde duit nak beli bahan, nak masak apa. Barang2 essentials wanita pun, malunya pakai duit ayah lagi.
So gigih hantar application kerja sini sana. Sambil sekali sekala pergi pusing GM dan Kenanga Wholesale pikir bisnes apa ye nak buat. Sempatlah beli stock baju gebeh and barang2 buat keychain & bracelets (jangan ditanya pernah jual ke tidak haha). Habis duitku. Haha okei. Sambil kadang2, berangan lah konsep cafe la, design2 cake la.. Doodle2 dalam buku je berangan. I was so clueless and still am. Sambil fikir-fikir juga ok ke kalau mengajar tuition?? Tapi sangatlahh tak confident. Apa nak jadi engko ni Tikah??
Sampailah Februari, sedih takde jawapan langsung dari jobstreet and SPA. aku pun bukalah Mudah.my. General clerk? Seksyen 7? Wow sounds good enough dari menganggur saje. Kan kan. Sementara cari kerja yang elok, bolehlah kerja dulu kat sini, fikirku. Whooosh email pun dihantar.
Ok lepastu pling! Tiba2 nampak vacancy IBM yang macam menarik sangat. Apply juga. Then disuruh jawab online quiz ke exam gitu. Subhanallah memang perah otak, menguji IQ, mencairkan sel-sel otak sangat soalan-soalan dia. Berpeluh-peluh jawab soalan, racing against the time. Bila time's up tu rasa macam baru lepas work out otakku.
Besok paginya, aku sibuk lagi apply kerja sini sana. Tak perasan pulak ada email. Rupanya seorang Ms Ann telah menjemputku datang interview. Alamak dah terlepas waktu. Agegege. Aku pun siaplah laju2 and call dengan penuh harapan, minta maaf and tanya boleh lagi ke aku datang interview. Ms Ann dengan tenang cakap,
"Kalau macam tu u datang after lunch lah. dalam pukul 2"
So masatu baru pukul 12. Oklah leh rilek sat, solat dulu doa2 dulu. Kebetulan masatu jugak ada tetamu. Kawan-kawan emak, CikMisah temankan CikNa datang nak bagi kad anaknya si Aishah nak kawennn wuhuuu. Sempat CikMisah doakan bila tengok aku siap berbaju kurung and dapat tahu aku nak pergi interview.
"InshaAllah dapaaaaaaatlah kerja tu"
"Ameeeen ameeeen ameeeen"
Part 4: The Interview
So lepas solat aku pasang GPS and pergilah. Haha walaupun seksyen 7 je, tidak pernah kujejak ke area keluli ni. Rupanya senang je nak cari. Tapi sampai je depan ofis, allllamak tak bawa resume and sijil. Aku pun beriyelah patah balik rumah ambik semua tu. Aku masuk ofis, Ms Ann tengah busy and suruh aku duduk dulu. Aku duduk sambil perati this one chinese girl tengah ber-autoCAD. Macam wow macam best je. Kagum sat. Masa tunggu tu, tiba2 selsema sebab tak tahan dengan bau colok. Wuaa tiba2 rasa nak lari keluar pergi berjemur je.
Then seorang lagi chinese girl masuk. Pekerja kat situ jugak. Baru balik lunch kot aku fikir. Kejap tu Ms Ann keluar with a friendly face. This woman looks so familiar, looks like my ayi (aunt). Haha itu yang aku fikir. Ok so Ms Ann tanyalah beberapa soalan. Antaranya,
"U pandai guna SQL System? Nak belajar tak?"
"Berapa gaji u expect? Kite sini gaji tak besar tak pe ke?"
"U mix chinese ke? Pandai cakap cina?"
"Esok start, boleh ke?"
Hehe ok itu je lah yang aku ingat. Takde hingin pun dia nak tengok all the sijils yang aku gigih patah balik amek tu. Haha. Lepas interview, Ms Ann kenalkan aku dekat 2 orang chinese girl tadi. Yang tengah ber-autoCAD tu Jojo, yang baru masuk tu Joyce. Nama macam adik beradik kan. Hehe
So deal, I got the job! Alhamdulillah gembiranya hatiku. Keluar tu siap berlari-lari ke kereta sambil melompat-lompat sikit kegirangan sambil menyanyi-nyanyi "Dapat kerja yey dapat kerja yey!" hahha gitu sekali gembiranya. Alhamdulillah terlepas dari belenggu pengangguran.
The funny thing is, balik je dari interview, IBM call offer datang interview. oh my dugaan apakah ini. Tapi disebabkan soalan dia "are you currently working?" aku dengan jujur lagi innocentnya jawab "I just got a job today". Yelah dah janji dengan Ms Ann esok aku masuk kerja takkan tiba2 tak datang sebab dapat offer lain, yang belum tentu dapat pun. So aku tolak. Pastu kena marah dengan semua orang pastu I feel bad pastu aku call balik orang yang call aku tu for a second chance, pastu orang tu bagi nasihat,
"It's okey. Since u've got the job, just proceed with it. When one day u feel that u can no longer grow working at the place, and need a new environment, u can come and apply here again."
I felt so much better. Thank you, (I forgot your name)!
Part 5: Meco Office System
Besoknya, tanggal 13 Februari 2014 bermulalah cerita aku sebagai kerani di Meco Office System. Sebuah kedai perabot pejabat. Bukan sebuah pejabat perabot ye. Jangan keliru macam sesetengah customer yang asyik nak betulkan katanya salah tatabahasa "Perabot Pejabat" tu.
Anyway, kata nak kerja sementara je. Tapi kenapa dah hampir 3 tahun masih di sini? Best ke keje sini?
Anyway, kata nak kerja sementara je. Tapi kenapa dah hampir 3 tahun masih di sini? Best ke keje sini?
To be continued...
Ps: Haha sebenarnya dah letih sangat menaip plus dah sampai waktu masak dinner pun. Fuh. So terpaksa bahagikan entry ini (berapa part tak sure lagi). Haha tak masuk lagi pun pasal my current workplace nye tu. Tungguuuuu...

No comments:
Post a Comment