adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Thursday, November 17, 2016

#PhDb430

Bismillah & Assalamualaikum

Bersiaran kita harini dari Lab RS-GIS, FST, UKM. 

Lab zaman study masters dulu. InshaAllah sekarang sedang pursuing my PhD since October. Towards becoming PhD holder sebelum umur 30 tahun. Boleh ke? Ameeen. #PhDb430 Eceh padahal belum daftar lagi atas beberapa sebab. Proposal pun belum siap. Sebenarnya tengah jammed sikit sebab ada masalah dengan data processing. Nak muntah sikit tengok data yang banyak sebab testing macam2 sampai dah pening. Sabar sabar sabar. Nak pahala kena sabar. Nak Allah sayang kena sabar.

Asam garam kehidupan. Kadang-kadang bahagia. Kadang-kadang (tak sengaja rasa) kecewa. Kecewa dalam bahagia. Hikhik. Sebab apa bahagia? Sebab kita tak lupa bersyukur walau tengah sakit sedih kecewa marah. Haaa ingat senang? Cakap senanglah. hahahaha. Kita kan manusia, diciptakan bersama kelemahan di sana sini. Kadang kuat, kadang rapuh. Kadang ingat, kadang lupa. Kadang hilang sabar, kadang terlebih sabar (wow). Dah jatuh, mesti bangkit semula. Dah salah, mesti betulkan semula. Dah silap, kena belajar dari kesilapan. Apa yang penting, usaha! Sebab usaha tu je currency yang Allah terima untuk jualbeli akhirat nanti.

Macam mana boleh tiba2 sambung study?

Well, sebenarnya dah beberapa kali terdetik di hati dan berkira-kira nak sambung study. Tapi tak cukup berani. Tak cukup yakin. Tak cukup duit pun ye jugak. Dulu dah rasa betapa banyaknya duit pakai masa study masters. Ikat perut, menumpang sana sini. Tapi taklah teruk sangat. hihi.

Macam mana boleh tiba2 berani dan yakin dan berduit?

Segalanya bermula dengan text dari Dr Muzz,
"Nak sambung dekat selfuel ke? Tak nak sambung dengan saya? Saya cari student buat GIS tapi bukan laut."

Jujurnya, berani dan yakin tu belum betul2 ada. Tapi orang kata peluang datang selalunya masa kite belum ready. Haaa. Kekeke alhamdulillah peluang datang bergolek-golek bak kata Dr Muzz. Ada geran, ada jalan. Gitu. Kawan-kawan GIS lama pun mostly masih ada kat lab. Sv pun dah kenal. Dr Muzz sangat perlukan student, dan saya sangat perlukan duit. Haha eh nak duit ke nak study? Why not both? :p Plus ada support kuat dari suami. Takde dia, apa pun tak berani. Ahha. Din pun hari2 ke UKM kan, senang ikut je sekali satu tempat. 

Sebenarnya sebelum decide sambung buat GIS dengan DR Muzz ni, pernah decide untuk sambung under SELFUEL. Siap jadi RA 3 bulan under this institute. Tapi tak boleh bawa. Tak boleh pergi. Banyak masalah dan halangan dari awal lagi especially dari committee member insitut tu sendiri. Nak daftar tak lepas2 sebab banyak isu yang dibangkitkan. Tapi masalah terbesar dari diri sendiri kot. Bak kata ex-sv kat SELFUEL, kalau betul-betul nak mesti akan buat sampai boleh.

Maybe diri belum cukup bersedia untuk venture into a totally new field, cuba cuba cuba tapi kecundang juga. Fasa tak berapa happy masa dekat SELFUEL dulu. Kena cuit dengan committee pun tak leh nak handle. Huhu. Jadi, tarik diri selepas berbincang panjang dan berfikir lebih panjang dengan beberapa pihak. So SELFUEL is history. Short-lived.

Antara yang dapat dikutip masa berbincang-bincang pasal PhD ni,

  1. PhD ni macam a lifetime thing. Perlu komitmen tinggi, korban masa tenaga jiwa semualah. By the time habis study dah tua. Bukan muda lagi nak cuba2. Nanti dah habis nak ambil bidang lain pulak ke? jadi, kalau nak biarlah yang sungguh dan yang betul-betul minat, especially to build your career in certain field.
  2. Sambung PhD selain nak perkayakan ilmu kita, kita nak the scroll as a ticket kepada jalan ilmu yang lebih luas. Once dapat PhD you can do so much more lagi dari masa tanpa PhD. So kite nak cepat2 dapatkannya. Jadi pilihlah yang paling kurang halangan. Buat apa pilih yang banyak halangan?
  3. Dah ada PhD, buat elok-elok sampai boleh guna. Jangan dah ada PhD nanti still kerja kerani. Banyak duit takpelah kot. (sebab yuran mahal sangat!)

Hurm, sebenarnya takut jugak habis ni tak kerja jugak. Huahuahua. Tapi luruskanlah niat. Kita usaha dengan niat baik-baik, nak ilmu, nak tolong orang, nak jadi lebih berguna dengan cara ini. InshaAllah pulangannya pun baik-baik. Kalau bukan kat dunia, dapat kat akhirat nanti. Yakin!

Kenapa nak sambung? 

Entah. Hahahaha oi nak ambil PhD cuba bagi jawapan bijak sikit. oklah. Nak sambung study simply sebab kite belum (cukup) pandai. Adequate tak jawapan ni?

Masa baru start PhD ni, the first week masuk lab sangatlah blur. Godek-godek tak faham. Tak jadi. Tak ingat. Tunggu Taherah ajar, dia busy sangat tak berani kacau banyak wuwuwu dia sempat bagi hint sikit-sikit je awal-awal tu. Beberapa hari sangkut, rasa stress and helpless. Sobs. Tiga tahun tinggalkan study, terus lupa macam mana nak guna arcgis and software2 GIS semua. terkial-kial jugak. Harddisk masa masters pulak rosak, semua data and notes hilang macam tu je. Patut dalam dropbox ada backup, tapi dah terdelete sebab ingat takkan sambung dah study (kalau sambung pun maybe bidang lain kononnya). 

Tambah stress bila sv and kawan-kawan lab semua cakap benda sama, 
"Senanglah Dr dapat Tikah. Dah pernah guna, dah pernah buat, dah pandai. Tak payah ajar banyak dah. Terus jalan je keje."

Hakikatnya.. T.T Malunya nak tunjuk muka ni. Tapi kena tabah dan tak putus asa.

Mujur ex-boyfriend, Azwin binti Razib datang membantu. Beliau telah korbankan weekend beliau dan spent one day ajar mana yang patut (siap dia belanja makan pulak tu malam tu). Kuterharu. Lepas haritu, baru lah boleh mula kerja bila dah click balik dengan memory lama, dah dapat konsepnya, dah nampak jalannya, dah ingat balik sikit-sikit. That first important step. Akan ku kenang jasa Wiwin.

Dulu masa degree and masters study laut (pun tak pandai jugak huhu). Sekarang masih study environment tapi dah lompat naik ke darat. Dr Muzz kata lebih senang dari laut. Hurm hurm. Hopefully I can prove that right. Ameen.

Oklah, nak cukup pandai kena cukup rajin. Marilah kita fokus setelkan data ni.

Walaikumsalam.

No comments: