adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Thursday, February 4, 2016

My Current Workplace 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Ini kesinambungan dari entry ini, finally! ^^ Niat di hati nak cuba ringkaskan, tapi tengoklah :p

Replacement

Ok. Tanggal 13 Februari 2014 bermulalah cerita aku sebagai kerani di Meco Office System. Sebuah kedai perabot pejabat, yang menjual dan memasang perabot-perabot untuk pejabat seperti meja pejabat, meja director, kerusi pejabat, meja komputer, kabinet fail, pigeonhole, whiteboard, noticeboard, safe, partition etc. etc. Banyak lagi sebenarnya. Ada lagi service ukur layout pejabat dan rekabentuk pejabat. (Aduhhh skemanya ayat semenjak-demenjak ni). Ms Ann kata, aku ganti tempat seorang staf yang tengah cuti bersalin. Wee anak dia geng February Babies~!

Barang Orang

Awal2 tengok in & out tray penuh je bertimbun. Tapi takde siapa briefing pasal benda2 kat dalam tray tu. Tak beranilah nak usik. Barang orang kot. Karang hilang susah nak menjawab! Hehe. So biarkan saje untuk beberapa minggu. Ada jugak bukak-bukak laci meja. Mak aih penuhhhhh dan bersepahhhhh sangat. Dengan asid foliknya, strawlah, envelope banyak2 entah apa, kad jemputan kahwin lah.. Nak susun nak kemas, takut usik barang orang. Orang tak kenal hati budi pulak tu. Apa lagi kalau nak buang walaupun nampak macam sampah. Serabut oh. Tapi redha lah dulu. Bukan nak lama kan kat sini? Hahaha yelah sangat~

Tapi after some months kerja, Ms Ann rearrange office so kenalah kemas, pindah meja apa semua. Yeah the best thing is boleh buang semua unwanted things. Start from scratch balik so boleh susun barang sendiri dekat meja ikut hati sendiri ^^

Staff

Selain dua orang staff yang di-introduce masa hari interview haritu, iaitu Jojo & Joyce, ada lagi 3 orang. Seorang lagi bos (Suami Ms. Ann), panggil Mr Ng or Tommy or Ah Kit. Aku dari dulu sampai sekarang tak pernah panggil nama selain 'Mr Ng'. Then ada dua orang lagi, satu Hanif si drebar lori dan pemasang perabot yang besar dan tinggi. Fizie si pemasang perabot yang kecik sikiiit je dari Hanif dan sangat suka senyum. So total semua staf termasuk 2 bos sekali ialah 8 orang. Ada ong! Hahha..

Masa awal2 tengok Jojo & Joyce ni macam busy giler buat sales indoor outdoor. Langsung tak sempat nak kenal2 ke nak tanya2 pape ke. Hanif dengan Fizie pulak pagi2 loading barang masuk lori and keluar hantar and pasang perabot tempat customer. Petang baru balik ofis. Sunyi takde kawan, tak bercakap langsung most of the time. Kena makan chewing gum je. Nak keluar lunch pun takde mood so berlapar je. Haha. Dorang semua label aku sebagai pendiam, baik budaknya. Kakaka

Tapi bila Farah balik dari cuti bersalin ni.. Haa terlebih2 cakap pulak sebab Farah ni kuat bersembang. Haha dialah kawan dialah lawan. Love-hate relationship gitu. Paling best pasal Farah is that dia caring and paling suka belanja makan. Ololoo anak dia comel gile jambu gitu, mata bulat kulit putih.. Nama Firash Arshad.

Jobscope & System

First day masuk kerja, Ms Ann cik puan bos bagi 2 keping kertas. Satu, skop kerja aku. Dua, manual basic software SQL System yang relevan dengan skop kerja aku. Ala macam step-by-step gitu. Awal-awal follow je lah bulat-bulat se-skema mungkin. Best pulak macam buat lab komputer time study dulu. Hehe. Awal-awal tak faham kenapa begini tak begitu, untuk apa dan tiba2 error tu biasalah kan. Bila tiba2 tak jadi ke, or jadi lain gelabah lah sikit. Haha tak berani nak pandai2 je godek2 sendiri. Tapi lama-kelamaan dah faham, habis semua pelusuk system tu aku godam siap betulkan segala typo dan seragamkan segala code. Amboi memandainya! Hahha itulah saya~

Ms Ann hulur beberapa dokumen untuk di-key-in dalam sistem. Best2, haha memang suka kerja remeh temeh key-in key-in ni. Aneh tetapi benar. Masatu belajarlah invois, purchase order, delivery order, filing etc. Terus berangan, catat semua dalam diary, kononnya nanti (in the future) nak bukak bisnes sendiri. Ahha.

Selain key-in data, kerja paling susah awal-awal dulu is receive goods. Whoaa kerja ni awal-awal menangis dalam hati. Bila dengar bunyi lorry especially bunyi sensor gostan lorry tu, cepat-cepatlah capai kunci bukak pintu. Barang sangat banyak, besar2, and satu jenis perabot ada banyak parts kena perati. Fuhhh. Tak faham lagi kod-kod barang yang sampai masatu. Main tick je asal rasa sama. Tak pandai check colour, left right lagi. Joyce banyak kali jugak explain siap bukak catalog tunjuk barang mana and apa. Tapi lambat betul fahamnya. Tapi bila dah faham alahai kacang mak enon je.

Makin lama makin bertambahlah jobscopeku.. Tapi semuanya tak susah mana pun kekeke. Hehe Ok enough. Kalau cerita pasal semua keje yang aku buat, tak habis sampai anak masuk Universiti menaip kang. Hehe.

Ok to be continued.. :p






No comments: