adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Wednesday, February 3, 2016

Indecisive February

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum wrbt.

Sedar-sedar, dah pun masuk Februari 2016. Apa yang special dengan Februari? Yep.. It's my birthday month.. Special ke saya pun? Apa specialnya.. 

Setakat hari ini, aku masih lagi seorang yang tak cukup berdikari. Cepat panik, cepat gelabah, cepat stress *cry* Masih banyak benda yang tak tahu, tak berani, tak yakin, tak kuat nak buat sendiri *cry* Semuanya nak tanya orang. Semuanya nak mintak orang tolong. Semuanya nak suruh orang support baru berani buat *sad*

Lately rasa macam masa tu tak cukup. Terkejar-kejar setiap masa. Tak sempat itu ini. Grr tak sempatlah! Hakikatnya masa tak pernah tak cukup. Cuma tak berkat. Curi masa, curi tulang, bertangguh-tangguh. Punca dan akibat. Semua atas kelalaian sendiri *muhasabah* 

The February babies' common trait: indecisive. Bukan salah orang menekan, tapi salah kita mudah tertekan. Hakikatnya, bukan semua orang boleh tunggu dan sabar dengan kita kalau kita susah buat keputusan, bolak-balik, fickle-minded. Diri sendiri pun tak mampu tahan dengan diri sendiri (dan orang yang macam tu) *batuk* 

We think we will forever need someone to guide us, but what if we try to believe that we can change our facts?

Anyway, list yang panjang masih menanti disetelkan. Kena terus sabar, usaha dan tawakal. Don't lose hope, don't lose heart *senyum* Allah dah kira tiap amal kita, dosa atau pahala. Allah yang kira, bukan manusia. Alhamdulillah for that.


Mintalah pertolongan Allah dengan sabar & solat.

Dah cukup sabar belum? Belum.

Dah sempurna solat belum? Huhuuu

No comments: