بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Orang cerita pasal anak, kita mampu cerita pasal arwah kucing kita je. Haha.
Kuceng pergi tahun 2012. Bela dari 2003.
Masatu hujan. Tengah buat homework tiba2 Shikin, the ultimate cat person in the house tiba2 panggil, "Tikah, dengar tak bunyi anak kucing? Hujan ni. Kesian dia. Jom cari dia bawak balik." Me, the obedient sister terus siap2 and cari kucing tu dengan dia. Jumpa. Bawak balik, pujuk mak bagi simpan sementara. Cadangnya lepas hujan, nak tolong anak kucing tu cari mak dia. Lepas hujan reda, kitorang pun pergi bawak dia jumpa semuaaa kucing dewasa yang ada kat kejiranan. Tapi semua kucing macam indifferent dengan dia. So last2 mak kata, takpelah kita jagalah. Masatu dia baby sangat lg. Suka tidur dalam kotak cornflakes. Kecik kan?
Oh rindu. Rindu sangat. Rasa susah sangat nak replace Kuceng sebab dia kucing yang ajaib. Kitorang panggil dia kucing jadian. Haha just our imaginary and made up stories based on kejadian2 ajaib sepanjang bela kucing.
Keajaiban Kuceng
Contoh macam dia ambil satu ekor ikan dari dalam plastik yang berikat dan berisi beberapa ekor ikan lain, tapi bila tengok kat dapur plastik tu masih berikat elok, tapi ikan hilang seekor. Dia pandai ikat plastik.
Atau, bila anak dia seekor terkeluar dari cage lepastu pintu cage ditahan dengan alas kaki supaya yang lain tak dapat keluar. Dia pandai buka pintu cage, tapi tak pandai tutup semula tapi pandai pulak tahankan pintu dengan barang.
Atau, game dalam PC yang highscore ada nama "Kucig" tapi takde siapa mengaku so ktorang assume Kuceng yang main tapi tak pandai eja nama sendiri. Kuceng pandai main game, score tinggi2 tau. Haha oke ni merepek.
Atau bila dia selesema dan nak bersin, dia akan cepat2 lari jauh2 dari anak2 dia. Kalau tak sempat dia akan berpaling atau sekurangnya mendongak masa bersin. So much effort tak nak bagi anak dia berjangkit. Inilah kucing yang pergi sekolah orang kata. Haha tahu pulak bersin tu boleh sakitkan anak dia. Manusia pun ada yang tak tahu, bersin tak tutup mulut.
Atau, bila dia mintak makan tapi kitorang ignore (sebab dah banyak kali bagi), nanti tiba2 terdengar bunyi plastik macam dia korek tong sampah. Siap bunyi macam tong sampah nak terbalik. Tapi bila kitorang lari ke dapur nak marah dia (yelah kalau terbalik kan ke nak kena bersihkan lantai), tengok kat dapur dia tengah duduk2 je, atau pura2 tidur, dan tong sampah tak jatuh pun. Bila kitorang dah masuk dapur tu teruslah dia mintak makan. Pandai berlakon dan pancing perhatian.
Atau bila dia main guli, walau laju macam mana guli tu dia tepis tepis tepis sekali pun dia takkan terlepas pandang. Dia mesti tahu mana guli tu pergi. Laju dia kejar kalah lipas yang kudung. Kalau anak-anak dia, sekali tepis terus tak nak main dah sebab tak jumpa mana guli tu pergi. Kuceng ada fokus yang sangat tajam dan refleks sepantas halilintar.
Atau bila bawak pergi rumah orang lain (rumah atok or makcik) dia tahu mana bilik air dan mana lubang salur air bila nak membuang. Sebenarnya dia pandai keluar rumah cari pasir kat luar, tapi mungkin dekat rumah kitorang dah awal2 diajar membuang dekat bilik air dulu baru belajar membuang kat pasir luar (tak ajar, dia discover sendiri), so kat rumah orang pun kena ikut prinsip tu. Agaknyalah. Disiplin sangat.
Masa kat rumah atok, kan rumah kampung. Lantai bilik air tak berjubin, simen sahaja. Jamban pulak kena masuk pintu lain. So Kuceng ni, dia banyak kali dah masuk tapi muka macam tak sure tu betul ke bilik air. Dia masuk, bau2, pastu keluar balik. Dua hari jugak dia macam tu. Sampailah dia nampak mak tengah basuh baju, fahamlah dia itu memang bilik air yang dicari-cari selama ini. Terus dia lari masuk and membuang dekat lubang bilik air tu tanpa was-was lagi, tapi dengan susah payah. Sambil miau2. Kesian dia lama simpan sebab tak sure tu bilik air. Terharu ada Kuceng behave baik macam ni. Lepas sekali dapat membuang dekat lubang bilik air, baru dia start membuang dekat pasir luar rumah. Padahal boleh je dari awal dia keluar membuang. Berpegang teguh pada prinsip betul.
Masa dalam kereta balik dari kampung, dia macam biasa behave je. Tak sibuk panjat sini sana. Tak sibuk nak lari keluar bila bukak pintu. Sampailah dekat satu RnR ni, emak kata, "Siapa nak pergi toilet pergi sekarang, nanti tak berhenti dah." Terus Kuceng sibuk nak lari keluar. Tapi kitorang tak faham dan pelik kenapa tiba2 dia sibuk nak keluar. Selama ni elok je. So, tak bagilah dia keluar takut dia lari ke mana2. So after beberapa lama kereta bergerak tinggalkan RnR tadi, tiba2 dia bangun dari riba Shikin dan pergi depan tempat emak, lalu membuang dekat ruang kaki emak. Oh my. Walaupun horrible tapi memang bukan salah dia. Sobs kami redha. Terpaksa berhenti jugak dekat next RnR.
Sifat Kewanitaan
Kuceng ada perasaan malu yang tebal. Sifat-sifat yang memang patut ada pada seekor kucing wanita. Bahaha. Kalau dia tergelincir atau terhantuk masa main dengan kitorang, dan kitorang gelakkan dia, dia akan terus lari keluar rumah laju2 dan hanya akan balik rumah bila dah lamaaaa and semua orang macam dah move on buat benda lain. Kadang2 sampai kitorang dah tidur baru dia balik. Konon kitorang dah lupa la tu kejadian memalukan itu. Haha.
Dia sangat pantang dan tak selesa kalau orang intai dia. Dia akan marah miau2 dengan bunyi macam annoyed sangat, macam nak cakap "Jangan intai!" atau "Taknaklah!" atau "Tak sukalah, please". Kalau kitorang terus jugak intai dia, dia akan datang duduk depan kaki kitorang dengan mata terpejam-pejam, konon marah sangat. Eleh. Haha. Macam nak cakap "Nah, tengok depan2, tak payah intai2."
Dia sangat manja dan attached. Kalau kitorang keluar rumah, bila balik mesti dia akan sambut. Dulu duduk rumah flat. Parking kereta dengan tangga ke rumah jauh kena jalan. Kuceng dah kenal bunyi geseran tayar kereta kitorang kat atas jalan. Dia akan pergi ke kereta dan jalan sama2 dengan kitorang balik rumah. Dia akan tunggu semua orang dan dia jalan paling belakang. So sweet. Tapi once pintu rumah dah bukak, dia yang pertama masuk rumah. Haha.
Pernah sekali masa raya, satu hari berjalan beraya, tinggal dia seekoran di rumah atok. Bila malam kitorang balik je, dia terus lari2 keluar rumah sambut macam selalu, tapi sepanjang dari dia keluar rumah sambut tu sampai masuk rumah balik dia miau2 macam membebel macam tu. Dia macam nak kata, "Pergi mana satu hari ni? Sampai hati tinggalkan sekor2 kat rumah. Dah lah rumah orang lain. Tak tau nak buat apa. Keliling hutan. Ada ayam je takde kucing lain pun. Bosan tau. Takut pun ada. Ingat dah balik Shah Alam tak bawak. Ke apa2 jadi ke. Nak menangis dah tau" haa lebih kurang macam tu lah imaginasi kitorang.
Dia jugak suka 'chonde'. Kalau tidur suka nak tidur atas orang atau paling kurang bersandar kat orang. Suka sangat! Masa dia first time beranak, setiap kali lepas sesi susukan anak mesti dia akan cepat2 naik riba siapa2 antara kitorang dan mintak belaian kasih dan sayang. Alahai sayang, lepas manjakan anak nak dimanjakan pulak. You're so feminine, Kuceng.
Dia kucing pembersih. Satu hari banyak kali dia groom diri dia. Tak boleh pegang sikit. Mesti dia akan jilat banyak kali part yang kita dah pegang tadi. Jilat jilat jilat. Hidup dia mostly adalah main dan mandi je. Kitorang pun penat tengok. Kalau makan, dia akan basuh tangan dan muka sebelum dan selepas makan. Kalau tanam najis dia, sebolehnya sampai takde bau langsung. Selagi ada bau selagi tu dia tanam, sampai menggunung pun dia tak puas hati kalau masih ada bau. Kesian kau OCD rupanya. Haha
Pernah sekali tengah tidur, mimpi naik lori, bergegar2 goyang2 memang real rasa dia macam tengah atas lori. Sampai rasa macam mabuk darat sebab lama sangat goyangnya. Bila terjaga masih rasa macam atas lori. Ehhh. Rupanya sebab kucing duduk atas badan dan tak henti-henti grooming jilat2 badan dia. Effect dia macam naik lori. Fuh. Kita pun penat, lidah dia tak penat ke??
The End
Tiba2 dah sedih. So habiskanlah cerita.
Kuceng.. Sori kalau sepanjang hayat ada berlaku zalim, ampunkan kitorang Kuceng T.T
Kuceng was euthanized. Kuceng dijangkiti virus Sporo yang boleh bawak bahaya pada semua hidupan termasuk manusia. Sporo ni akan makan daging, luka tak boleh sembuh. Jadi the vet suggest untuk euthanized dia since dia pun dah gravely ill, vet pun kata takde cure, lemah sangat dia masatu. Oh sedih. Sedih. Sedih. Sori Kuceng.. Sori T.T
P.s: Sebenarnya tulis tajuk tadi "How my cats died" nak cerita pasal Pudin, Puteh & KC. Tapi bila tulis mukaddimah automatik tangan type pasal Kuceng. Takpelah, next time lah kot. Tadi ingat nak menulis as therapy, tapi jadi tambah sedih pulak last2. Am just gonna cry myself to sleep tonight.
Edited (26/9/2015)
Tengah godek2 cari gambar lama, terjumpa gambar ni.
Time ni Kuceng mintak makan, so I said, "tangkap gambar dulu" dia terus freeze dengan telinga annoyed (ke belakang). Sebenarnya Kuceng camera shy. Pantang ada on camera mata dia terus terkebil2 or terpejam pastu kepala automatik macam berat je nak angkat. Alergik sangat.
Edited (26/9/2015)
Tengah godek2 cari gambar lama, terjumpa gambar ni.
![]() |
| Rasa ni gambar around 2004-2006, kot. |

No comments:
Post a Comment