adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Wednesday, July 22, 2015

Subang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wrbt.
Dah puasa 6 ke tu? hihi

Ok menulis ni sebab still cuti and dalam cubaan menahan badan dan mata dari bergerak ke arah tidur semula lepas Subuh. Hihi baru ingat dulu kenapa selalu leh tak tido lepas Subuh. Menulislah. Dah lupa. Sekarang try dengan membaca, asek fail je. Baca satu line mesti kroh3. Kena pi kemas rumah ke masak ke. 

Rasa macam kembali ke alam remaja je dapat mengadap leptop ni. Mak dah start pelik "You buat apa ni??" Sambil kerut2. "Ada keje ke?" Padahal tengah baca artikel dekat Langit Ilahi je. Oklah dari asek scroll instagram ye dak. Hantu betul instagram tu. Haha tiba2.

Okei since cerita lain masih drafting, kita ceritalah yang PALING baru terjadi. Sebab perasaan dia masih segar dalam ingatan.

Haritu kat Ipoh (rumah makcik), masa tengah dalam bilik mandi (bilik mandi and jamban asing) aku perasan lubang dekat water drain dia agak besar. Tak try, tapi rasa muatlah masuk jari longgar2. And lubang dia bukan bulat2 tapi macam longkang tepi jalan tu. Panjang2. Ada la terdetik, ni kalau jatuh barang ni wooooosh direct je masuk. Habislah.

Macam haritu kat rumah, terdetik macam mana kalau ada lipas dalam lubang sink, pandang2 je tengok memang ada sesungut terkeluar panjang je melilau-lilau. Waaa ai krai. Aah, memang firasat sejak kebelakangan ni kuat je. Apa terdetik itu yang jadi.  

Entah macam mana, tiba2 tangan tersentap subang di telinga lalu subang terbuka dan jatuh terusssss masuk ke lubang yang diperkatakan sebentar tadi. I screamed in distress. Satu rumah terkejut, makcik datang depan pintu tanya kenapa tuuuuu lipas ke..

"Tak, subang masuk lubang"
"Apa lubang?"
"Subang masuk lubang"
"Lubang apa? Ada lipas ke?"
"-_____- Takkk SUBANG masuk lubang"
"Ohhh *long pause* Takpelah.. lupakanlah."

Haha sebab drainage tu panjangggg and direct je memang gone byebye je. Ai redho.

Subang ni bagus. Dulu ada diari berkunci, tabung berkunci. Kunci semua buang. Subang ni lah jadi kunci. Haaa hebat tak hebat. Then recently jadi alat untuk buka tempat simkad dekat iphone haha. Canggih okei! >.<

Subang ni, sebenarnya tak ingat pakai sejak bila tapi memori pertama masa darjah satu la, sebab cikgu tegur (darjah 3 baru start pakai tudung). After ELEVEN years pakai, iaitu time matrik, sebelah hilang. Masa tu iman lagi kuat kot. Lagi senang redha. Aku cari tenang2 je, roomate yang macam beriye carikan banyak kali sebab katanya "Emas kot, takkan tak nak cari sampai dapat". Tapi last2 tak jumpa, and sejak tu terus pakai subang sebelah, gilir2 telinga supaya lubang tindik tak tertutup. Hasratnya nak buat kawan dia bila financial dah mampu beli emas wahaha. Bila tah tu, PTPTN pun tah bila nak habis bayar. Subang sebelah for NINE years, sampai lah raya ni. So total up to 20 years lah pakai dia. Tak sangka. Sobs.

"Aida tak pernah jumpa orang pelik macam tikah ni. Dah la pakai subang sebelah"
A'idah Rahim kata. Haha tak ramai yang perasan pun sebenarnya.

Subang Makcik. Nasib baik terdetik nak
tangkap gambar dia. Buat kenangan.
Pastu dah lah subang emas rupa memakcik selalu pakai tu, sebab asalnya mak punya. Pakai sebelah. Nak kata rock pun tak boleh. Haha. Kenapa emas? Sebab bila pakai subang besi terus telinga bernanah. Sedih je dulu takleh pakai subang bentuk lebleb kite beli sejurus lepas tindik. Sebab kecik2 dulu selalu lukis orang mesti pakai subang bentuk love. Pastu nampak kat kedai, ehhh samalah. Haha memori kecik2 dulu. Gedik je.

Tindik pun sebab dulu masa kekecik tak sekolah lagi, tengok adik pakai subang, Maksu bawak pi tindik. Jeleslah apa ni dia je dapat, nak jugak! Haha mintaklah mak bawak pi tindik jugak. Yer gedik betul masa kecik dulu.



Tapi itulah, orang kata kita akan diuji dengan kata2. Baru je haritu kawan hilang barang dia. Macam-macam nasihat aku bagi. Sekaranglah masanya untuk aku practice what I preach kan. Tak ingatlah exactly apa yang aku bebel kat kawan tu. Tapi ini yang aku selalu ingatkan kat diri jugak,


  • Semuanya milik Allah, dipinjamkan ke kita. Bila-bila Dia boleh ambil balik, bila-bila Dia boleh pulang balik, bila-bila Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
  • Semua yang jadi pasti ada hikmah, tak pernah Allah izinkan sesuatu tu dengan sia-sia. Mana mungkin, Allah janji, mana pernah Dia mungkir. MUSTAHIL.
  • Semua yang jadi, dah pun tertulis sejak azali. Tinggalnya cara kita hadapi and react. Ke kiri ke ke kanan. Manusia ada pilihan SYURGA or NERAKA. Contoh benda hilang, kita mengamuk marah2 nangis2. Last2 barang tak jumpa, tak dapat apa pun. Tapi kalau usaha dengan tenang, tawakal, sabar dan redha, kan ke dapat pahala. Gitu.
  • Semua yang jadi, dah tertulis. Habis tu buat apa usaha? USAHA lah yang Allah kira. Sebab tu Allah suruh usaha.
  • Dunia ni sementara je, tak lain hanyalah *permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan (*Al-An'am: 33). Don't get attached. Letak dunia di tangan, bukan di hati.
  • Allah knows best. Allah maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. HambaNya,

Dah lah. Cerita pasal subang pun berjela. Adoi.
Bila nak raya rumah Aida ni, Aida dah bagi greenlight mihihi.
Besok dah start kejeee~

Wassalamualaikum.

No comments: