بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wrbt.
Hari ini hari Selasa bersamaan 5 Syawal 1436.
Jom start puasa 6! :)
Tulis-tulis Blog
Sebenarnya sangat dan terlalu sangat RINDU nak menulis macam dulu. Tapi terlalu banyak kekangan dari pelbagai sudut, buatkan menulis itu sesuatu yang hampir mustahil. Harini cuti and tak ada plan selain kemas rumah, so curi masa sat sebab tangan ni dah gatal sangat. Hehe
Banyak menulis dekat Twitter sebelum ni, tapi tengah berusaha untuk berhenti sikit-sikit sejak Ramadhan haritu. Salah satu cara ialah, sentiasa ada pen/sel and poket notebook. Tulis apa rasa nak update kat Twitter tu kat dalam notebook tu. Better. Tak buka aib orang, tak buka aib sendiri. Plus takde word limit, so makin tulis makin panjang, last2 jadi diary wahaha. Kalau baca balik then rasa tak worth simpan, cepat2 gam mukasurat tu, or koyak jela buang, ke bakar ke. Haha mengenang memori diary kanak2 dulu.
Twitter saya sangatlah reserved sebab follower hanya perempuan. Following just very few friends, then follow yang selalu keluarkan kata-kata hikmah macam Salim A. Fillah, dan share link-link best. Hurm, mungkin suasana Twitter tu sendiri, rasa macam lagi mudah terpengaruh dengan yang tak baik dari yang baik. Sebab Twitter tu macam khas untuk melampiaskan emosi (at least to me) yang selalunya, kalau bukan semua, bersifat senteng dan singkat, berbanding untuk berkongsi pendapat, yang selalu memerlukan elaborasi lebih 140 aksara. Sebab utamanya mestilah word limitation Twitter tu.
Eh makin tulis makin skema pulak ayat. Ni mesti pengaruh bahan2 bacaan kebelakangan ni. Ayat sopan, berhemah je semua. Puitis, manis2, bunga2. Baru-baru ni pun ada jugak baca komik2 dekat Supreme Comichat gara2 dapat kawan2 pelukis komik macam Amna Shark and Nurel. Try lah BEST!! Ada UMPHH sebab bukan sebarang komik boleh disirikan kat situ. Ewah. Back to the topic, komik kan guna bahasa melayu yang baku. Walaupun ada word2 urban, still ejaan and tatabahasa kena jaga. Yep, maybe that's why #mudahterpengaruh
Dan sebenarnya banyak sangat cerita yang tersimpan tunggu untuk difizikalkan. Untuk dicerna di masa hadapan, untuk refleksi bila perlu. Tapi apakan daya, masih belum Allah izinkan. Nanti nak buat list kat bawah ni lah. Mana yang berjaya dijadikan entry akan keluar link. Haha.
Mesti orang fikir, ni dah tulis dah ni, apesal membebel tak tentu hala, apesal tak tulis je cerita2 yang nak tulis tu. Haha ye tak ye jugak. Hurm, menulis perlukan masa dan mood yang sesuai. Buat masa sekarang, ianya mood meluahkan apa yang tengah ada dalam fikiran sekarang. Current thoughts, current happenings. Exercise balik my writing skills. Memang tak mampu nak godek memori perasaan sekarang ni supaya cerita-cerita tu ada jiwa, tak semata tentatif program.
Kemas-kemas Blog
Finally, dah kemas sikit-sikit blog, dah remove link-link yang macam dah obsolete, unfollow blog-blog yang tak lagi relevan. Secara tak sengaja, terbukak lah blog-blog yang sebelum ni selalu baca, revisit some old friend's blog, reminiscing old memories. Ramai jugak kawan yang dah moved/deleted blog dorang (one of the reasons, sebab dah publish buku from the entries DAEBAK), ada yang privatised blog dorang. Ada yang public tapi dah delete all entries. Ada yang just terbiar tergantung dengan entry-entry lama.
Sekarang dekat reading list, ada dalam 2 (or 3) blog sahaja yang masih masuk entry baru occasinally. Salah satunya Angel Pakai Gucci. Semua orang dah hilang mood nak berblog lagi-lagi sejak ada instagram. Most blogger pun cakap gitu, sejak ada instagram rasa nak update situ je, malas nak update blog dah. So it must be true, for real reasons only they know.
Selain itu, ada tambahan TABUNG PALESTIN kat atas kanan blog. Tekanlah dan sumbanglah barang sedikit. Rebut saham akhirat di mana sahaja ceruk dunia semampu kita. Tak sini pun, tempat lain. Niat semua kerja kita ibadah, niat nak manfaatkan orang, niat nak manfaatkan agama.. InshaAllah ada sahamnya. Yang penting, NIAT.
Em yang lain dibiarkan sama. Sebab susah nak berubah dan terima perubahan. Haha kena betul2 datang mood nak ubah tu baru leh tiba2 anjakan paradigma terus. Lagipun semua yang diletak kat blog ni semuanya diletakkan dengan perasaan sekali. Ewah nak muntah rasa. Haha
Font blog ni dipilih atas dasar kemas, sedap mata memandang (in the eyes of me the beholder haha), dan paling penting bila diboldkan, dia jadi bold. Tulisan sebelum ni bold ke tidak sama je kurus tipis. Huhu mana nak nampak penegasan? Tu yang entry sebelum ni tulisan selalu kaler-kaler. Dah tukar font baru boleh serius sikit balck and white only. haha
Banner buat sendiri walaupun eleh setakat gambar google, tulisan gitu2 je. Tapi, kan dah kata ada perasaan? Haha. Daisy bunga kegemaran (initially chamomile), biru warna kegemaran (used to be fanatic to turquoise but it's always good to be back to basic), simple design sebab I am in pursuit of being as simpe as I can (coz my mind is a chaos), and lastly the wording!, 'a whisper of peace' (lagu Wharnsby Ali) sebab this blog used to be my solace, where I find my peace and in the hope to spread peace (tapi asek terjadi naga raksasa dan seangkatan pula), "Will I choose the path of truth, or the path to misguide me" (also from Wharnsby Ali's song) as a reminder to myself everytime nak tulis tu cerita tu menuju ke arah kejahatan dan keburukan, atau ke arah kebaikan, kesyukuran dan ketaqwaan. Gittew.
Ada juga tergerak hati nak tukar nama blog jadi Solace. Tengoklah.
Gambar masjid negeri kat kanan blog tu, I took with my Asus 3mp camera phone, while in a moving car. I thought I got a good angle by chance, so macam special la konon2. Lepastu, I used to LOVE going to the masjid so much then (zaman matrik) and rasa macam nak panggil semua orang cintakan masjid jugak, hence the ayat Quran. Sekarang lebih kepada nak remind dirilah kan, untuk kenang balik HOW MUCH I WAS IN LOVE. Toink2 oh sekarang malas ye?
Ayat-ayat yang ditampal kat keliling blog ni, semua yang suatu ketika dahulu pernah memberi IMPAK yang besar dalam hidup, dan masih lagi diulang2 setiap kali terlupa. Ada banyak lagi tapi tak letak. Ok dah, part lain malas nak cerita. Hee
List-List Entry
Ok, masa dah suntuk. Dah Asar. And nak sambung kemas rumah sempena raya. Sekarang nak listkan mana yang terdetik nak cerita dekat blog, tapi belum ada masa lagi. List mungkin bertambah dari semasa ke semasa, tapi entry mungkin tidak. Haha. Ok. Randomly ordered list:
Ramadhan 1436*Syawal 1436*- My current workplace 1 (7/12/15)
- My current workplace 2 (4/2/16)
- My current workplace 3 (1/9/16)
I lost a special person on 1 Syawal 1436*- How I lost my earrings of 11+9 years (22/7/15)
- Usrah and Usrahmate
Mukhayyam 2015*- My Dream Wedding wahaha ok ni tipu takde dream2 pun bye
- What killed Pudin, Kc and Putih.
*decided not to write about it anymore (1/9/2016) been more than a year already since. I somehow lost the feeling already T.T
Ok wasalamualaikum.
^______________^
No comments:
Post a Comment