adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Sunday, June 29, 2014

Ketuk2 sikit diri

Kalau diberi pilihan takde orang nak hidup susah.
Malah ramai yang 'takut' hidup susah.
Dan itu salah satu sebab orang berusaha.

Tapi berapa ramai yang lebih takut hidup susah,
dari takut hidup tanpa redha Allah?

Berapa ramai yang mampu untuk percaya
yang kalau kita buat/tinggalkan sesuatu demi redha Allah
Allah dah sediakan ganjaran nikmat untuk dia?
Kalau tak dekat dunia, dekat akhirat sana.

..


Ada sesuatu yang degil.
Ujian yang masih tak lepas2.
Yang haq bercampur baur dengan yang batil.
Yang betul tak buat, yang salah menjadi2.
Penat mengasingkan, lelah memahamkan.
Bila agaknya, nak berakhir dosa ini?

Syaitan itu bukan macam kebanyakan kita,
buat kerja asal boleh, sambil lewa, untuk ganjaran dunia semata.
Hujung bulan kutip habuan, cukup masa ambil ganjaran yang entah setimpal atau tidak.

Syaitan itu kerjanya penuh tekun, sungguh2 dan perancangannya sangat berhati2.

Takkanlah dari zaman Nabi Adam dah bersumpah
nak jadikan dunia nampak indah best seronok,
nak masukkan seberapa byk umat manusia ke dalam neraka,
tapi kerjanya setakat hasut manusia tahap2 amatur je.

"Alah bukannya dosa pun."
Itu permainan syaitan.

Takkanlah sesuatu yang kita minta dari Allah,
Bila Allah beri, kita raikan dengan sesuatu yg Allah tak suka.

Kita kata kita buat kerana Allah,
tapi kita membelakangi suruhan dan laranganNya.

Sebelum buat sesuatu, fikir.
Kita buat cuma efek diri sendiri je ke,
atau kita tak sedar dah jadi egen syaitan.
Sama2 tolong membawa generasi akan datang
semakin jauh dari redha Allah yang sebenar.


Nasihat untuk diri yang degil sangat.

1 comment:

Anonymous said...

May Allah ease your way. Allah knows you are struggling. Keep strong and smile :-) All of your strunggle are counted.

With lots of love and duas from me,
A muslimah :-)