adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Tuesday, June 11, 2013

Mendaki Puncak Broga

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Sebenarnya bukan tak sedar diri sendiri macam mana, cuma ada detik ada saat jadi lupa dan leka. Bila dah sedar, benda dah jadi. Apa yang kita boleh buat hanyalah memohon keampunan dan mengharap belas. Kenalah tahan je orang kata "Ha sedar pun" or "Nasib baik sedar diri". Kita ni dah lah dah rasa bersalah, kena sindir lagi. Ouch. Ish cubalah bawak2 belajar dari kesilapan tikah oi. Hmmph. Manusia.

Kalau ditanya setiap orang untuk dijawab dengan jujur, cuba cerita siapa yang tak pernah cry herself/himself to sleep? Riang ceria di depan orang ramai, sampai je malam menangis bertemankan bantal (or sejadah) melepaskan segala lelah dan sebak yang tersimpan. Siapa yang tak pernah? I believe 90% of the people around us pernah at least sekali dua. Lagi 10% itu mungkin dia jenis yang sentiasa tenang hadapi ujian, atau dia belum jumpa tempat letak sebenar hati dia. Mana mungkin Allah biarkan mana2 mukmin tanpa ujian? Kan?

Apetah yang aku merepek ni tajuk Broga tapi cerita pasal orang nangis tetengah malam pulak.. Bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya.

Sebenarnya nak cerita pasal haritu naik Broga. Haritu tu bulan lepas. Hihi. Akhirnya tersahut pun cabaran "Tak UKM-lah Tak Broga!" Gittttew~ Terima kasih pada kawan-kawan yang terlibat menjayakan plan naik Broga ni! ^^

Agak tough jugaklah naik Broga tu. Perlu stamina yang bukan calang2 nak naik tu. Semangat dan kecekalan pun perlu. Dia ada 3 puncak kalau tak silap. Puncak paling atas memang tinggi and curam (tengok dari jauh je lah tapi.. hihi).

Masa naik tu, semangat memang semangat. Sungguh-sungguh nak naik puncak paling tinggi. Masa awal-awal tu naik laju2 sebab nak kejarkan sunrise. I love sunrise and sunset. Sangat! Pelik siapa yang tak suka tu. Pelik pelik pelik! Hihi okei saje mengade nak emphasize. Mindset memang fikir 'puncak' and 'sunrise'. And masa tengah naik tu lah baru fikir ish kenapalah sebelum ni tak jaga stamina, tak rajin jogging, tak rajin exercise. Takdelah susah macam ni nak naik. Takdelah mengah sangat. Ha baru nak menyesal kan..

Q53.39. Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.

Ini baru tak sampai separuh ni

Fuh kalau dapat ke puncak paling tinggi hati siapa yang tak bangga dan berbunga. Lagi-lagi kalau sempat saksikan matahari terbit. Memang macam dunia ini aku yang puuuunyaaaa~ Mujur ni baru puncak dunia, masih ada second and third and maybe trillionth chance lagi. Matahari kan terbit lagi. Tak lari gunung dikejar. Masih boleh turun balik and train lagi stamina, tambah lagi extra round masa jogging, stretching banyak lagi sikit. And cuba lagi. And cuba lagi.

Samalah macam nak mendaki ke puncak Syurga. Nak naik ke puncak Syurga, kita perlukan kegigihan juga. Kecekalan. Kena selalu tingkatkan amal dari sehari ke sehari. Latih diri dan stamina supaya bila tiba masanya nanti untuk kita mendaki, kita tak lelah, tak mengah. There's no second chance, no turning back. Menyesal pun memang betul2 takde guna. Huhu Naudzubillah min Dzalik..

Q32.12. Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." 

Q32.13. Dan kalau Kami menghendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap- tiap jiwa petunjuk, akan tetapi telah tetaplah perkataan dari padaKu: "Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama."
 
Q32.14. Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini. Sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan.

Naudzubillah min Dzalik.

No comments: