adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Tuesday, December 25, 2012

First time apa lagi?

Bismillah and Assalamualaikum.

Would this be my last entry for 2012? Hmm. Been distracted more and more. Final exams and assignments due dates just around the corner. Eh betul ke penggunaan tu. Dah lama tak membaca selain scientific journals. Fyuhh pagi tadi selamat bentangkan term paper untuk subject ecology, yang term papernya masih lagi berstatus bayangan. Dr Teru kata it was more of a social paper than a scientific one. Hoho memang! Mana sempat weh nak bukak journalsss last2 bukak websites je. Memang tak scientific la. Ish. The reason kenapa tak sempat, sebab distracted dengan holidays (alasan3~). 

first draft outline

Semua orang pergi holiday. Family pun nak pergi family holiday lah, family dine-out lah. Tak senang duduk dibuatnya sebab before this banyak kali takde rezeki nak ikut aktiviti family. Nekad mula2 takmau ikut sebab kerja banyak. Tapi last2 tak senang duduk punya pasal, ikut jugak. Ayah plan nak holiday dekat Sungkai. Bermalam situ. Tapi then decided untuk pergi Sungai Gabai, Ulu Langat je. Yey boleh balik hari, alhamdulillah ^^ First time pergi Sungai Gabai sejak berkurun dengar nama sungai ni. Nak naik puncak tu, masyaAllah baru tahu tinggi rendah fit tak fit badan kita. Dahla aku ngangkut leptop Asus sekali, tahu? Sebab Shikin kata situ selalu ada kes pecah tingkap kereta. Macam naik lapan ratus anak tangga je fyuhh! Semua main air kecuali aku dengan mak. Rendam2 kaki je. Before Zuhur kitorang dah turun semula. Oh kena bayar seringgit seorang ya masuk sini :)

Sungai Gabai

Malam before tu, mak kata ayah ajak pergi kedai Ikan Bakar Muara ke apetah kat Kelang tapi lepastu decided pergi area Bangi je ececeh demi anak dia yang busy sangat gamaknya di Bumi Bangi ni.. Malam tu makan dekat Ana Ikan Bakar Petai. First time sebenarnya kitorang family makan kat kedai ikan bakar. Tak tahu konsepnya. Restoran tu ramai betul orangnya, nak dapat meja pun susah. After quite some time, dah dapat meja kena tunggu pulak waiternya lama betul nak datang meja kitorang. Satgi bila dah sampai baru kitorang nak pergi pilih seafood yang ada dekat depan kedai. Masatu dah pukul 10 malam. Ikan tinggal berapa kerat je, udang sotong memang dah takde langsung. Kecewa. Telan liur je tengok kat meja orang lain ada sotong goreng tepung pinggan besar. Hoho kempunan. Ikan, kitorang pilih ikan sebelah and ikan merah. First time jugak makan ikan sebelah. Tapi tak order menu special bakar petai pun sebab ayah takleh makan petai. Bakar biasa je. Okeilah, not bad masakan dia tapi nak kata sedap gilaaaa nak datang lagi pleaaaaaase next time tu tak jugak. Hehe to me la.. Nanti kita cuba kedai ikan bakar lain eh :)


After turun Gabai semua kelaparan. Haha sebabnya tak bawak pape makanan pun naik atas. Hanya ada fries sikit, roti sikit, SuperRing sikit.. Jadi since tak jauh dari Bangi, and since nak hantar aku jugak, Shikin suggest Wong Solo, seksyen 9 kalau tak silap. Ni pun first time. Selalu dengar orang kata sedap sedap, rupanya memang sedap. Nasi putih sedap. Kicap sedap. Sambal sedap. Air sedap. Ayam bakar sedap. Sotong goreng tepung sedap. Ayam goreng sedap. Alhamdulillah~ Cuma sayur kangkung belacan dia je la something wrong to my tekak. Oih macam tumpah sebotol Ajinomoto huhuu. Oh haritu order air kelapa. Gambar kat menu tunjuk cawan, sekali sampai2 buah kelapa sebijik. Wahhhhh excited sebab first time dapat air kelapa macam ni. I mean yang dekat kedai la. Dulu kecik2 selalu je dapat kat kampung, free and banyak pulak tu. Hehe. Sekarang kena bayar harga ayam penyet nak dapat air kelapa gitu. Hihi isi kelapa dia banyaaaaaknyaaa ^_____^

Alhamdulillah terima kasih ayah! mak! shikin and adik(x3).

Sampai kolej dengan rasa bersyukur, teruslah siapkan slide nak present esoknya iaitu hari ini :)
One thing yang tak berapa nak semenggah masa dengan family adalah apabila SEMUA dah cerita pasal game2 handphone and applications yang aku takkan ada. Tak senonoh tau dorang semua. Tinggallah aku kat tepi diam je tak paham and taktahu nak menyampuk apa. Shikin pakai Iphone, Aishah BB, Amir BB & Galaxy Y (Tamak ini orang), ayah pun dah pakai S3, mak dah pakai Note (hadiah birthday), and Fara yang kedekut tu pun dah pakai Galaxy Advance. Haha sebenarnya takdelah kesah sangat pun takde hp canggih masakini. Elmo pun elok lagi, masih setia tapi pemalas sikit (slow). Cuma itulah, jadi blacksheep sekarang. Pastu dorang asek je kutuk hp aku. Hoho especially ayah! Oooh belagak! Tabaek taw~ hohohoh (Note to self)

Khamis lepas sempat ke Big Bad Wolf yang dah ditunggu-tunggu sejak BBW tahun lepas. Terima kasih Mun yang sudi menumpangkan ke Mines! Pergi satu kereta ada Mun, e'in, Wiwin, Eja, Amy and aku. Memang murah2 buku dia mostly bawah RM10. Harga reduced banyak sangat sampai buku yang macam rm20-rm30 jual harga rm5-8. Memang besar dan jahat wolf itu. Hehe :p After borong buku and dah solat maghrib, e'in Mun and aku makan dekat Little Wok sebelah Popeye. Sebab food court dah tutup and e'in teringin mee2.. Otw nak singgah Big Apple terjumpa pulak kedai ni, terus masuk sebab ada banyak choice of mee and boleh duduk (dah penat sangat). Hoho tak jadi Big Apple. Kedai ni tak berapa murah tapi tak mahal sangat jugak to me. Taste ok sedap. Air pun sedaaaapnya. Pastu ada ice cream with honeydew nyum3 ^^ Oh Wiwin, Eja and Amy pulak makan kepcii :)



Emmm. Januari 2013 nanti ada beberapa jemputan kenduri. Dis 30hb kenduri abang Ifhan. Jan 1hb kenduri abang Tima and her birthday sekali (Nak carik hadiaaaaaaah~! Ala tapi bila~ T.T). Jan 13hb Aida Rahayu's ^^ and Jan 22hb Dila Daud's. Semoga dapat penuhi semua jemputan, ameen Allahumma ameen.

Okei since memang entri ni tak ikut kronologi, patah balik ke cerita harini. Lepas presentation terus jumpa Dr Muzzneena my supervisor. Dr dah dapatkan and kirakan the method for me. Sampai tengah malam katanya dia test method tu... Huhuuuu thank you very much Dr! So terang sikit la masa depan dari minggu lepas. Alhamdulillah.. Now it's up to my further effort.. Jia you!!

Anyway, minggu ni adalah study week sebenarnya. Tadi presentation term paper ekologi. Esok cuti Krismas, and lusa presentation term paper oceanography.

Jadual exam belum keluar.


"Sometimes we can't just say "Allah has a better plan for us." 
We have to believe He does."
(Quoting from The Rocking Hijab)

No comments: