adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Sunday, December 16, 2012

15th Dec

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wrb

Semalam pukul 9.30 pagi gerak satu kereta dengan Dayah, Mun, Mas, Nabel and Naji pergi Fateen's Engagement. First time tengok orang tunang. Thanks Fateen sebab jemput :)

Pic from Newborn Pixs

Pelamin cantek. Baju cantek. Oh makan sedap sangat! Lupa nak tengok catering mana. Dalam 2.30 petang Dayah hantarkan terus balik rumah.

Sampai rumah, solat then keluar balik. Hihi sebab pagi tu jugak Ary ajak teman dia makan and cari bilik sewa around Shah Alam.

Ary & Durian something (hihi tak ingat nama)
Pusing punya pusing punya pusing, cari 7e sebenarnya nak tengok ad board dia, tapi tak jumpa. Huhu pastu masing2 dah letih, Ary pun hantar balik. Huhu kesian dia keta calar and lampu pecah kena langgar basikal after that. Semoga dia sabar.

Balik rumah, mak ayah dah tengah siap2 nak pergi dinner company. Plan nak shopping untuk stock up makanan kt kolej, jadi kenalah pergi sendiri nampaknya. homai~

Malam tu after maghrib, I drove myself to Giant for the third time, but alone for the first time. Wuhu mulanya okei je, sampai dekat area stadium alamak banyaknya kereta, sempitnya jalan, mana Giant tak sampai2 lagi ni, rasa cam jauh betul.. Tapi semalam perasan sendiri, ada improvement la my driving skill. Alhamdulillah.

Mujur tengah bulan, jadi parking tak full. Hihi and nasib baik semalam terus tak sengaja parking cantik masuk petak. Lepastu bermulalah aktiviti shopping berseorangan kesunyian kesepian. Eceh over je takde sunyi ape pun lah. Bukak to-buy-list dalam hp, cari~!

Tin biskut yang cantekknya~!

By the time tinggal dua tiga barang lagi nak carik, lampu ultraman macam dah start bling3. Ngantuk gila tahu tak. Sambil cari sambil mulut bising ngantuknya ngantuknya. Haha lepastu gi bayar, ternampak roti potato dekat luar kaunter. Teringin pulak nak beli since hampir everytime gi Tesco or Giant ayah akan beli. Masa nak amek roti tu, tiba2 ada this one chinese guy, dengan muka yang mesra, bagi redeem coupon untuk free gift. Disebabkan mengantuk sangat, tak pikir apa amek je and pergi bayar.

Lepas bayar, the chinese guy suruh gi redeem free gift tu kat sebelah. Ya baiklah menurut perintah. Kat tempat redeem tu ada sorang chinese lady, dengan muka yang mesra jugak, mintak isi particular, dia kata bukti that chinese guy buat kerja. Okeilah apa2 saje. Masa ni the chinese guy dah join sekali. Masa nak duduk the chinese girl speak chinese to me sambil senyum lebar buat muka testing2. Haha ngantuk2 pun terbeliak mata dengar. Terus amused.

Me: "Eh I don't speak chinese haha"
Girl: "You look very chinese hehe :p"
Me: "My mom's chinese but I don't speak chinese"
Girl: "Ohhhh your mom is chinese.."
Guy: "Oh your mom is chinese? Did she come here often?"
Me: "No, not really."

Then the chinese girl pergi dekat customer lain, and aku duduklah dengan chinese guy tu. Masa tengah isi particular, the chinese guy mulalah cari modal sembang2 dari apa yang dia nampak dekat borang tu. Dari umur dia teka aku baru grad. Then nampak aku tulis occupation student dia mulalah tanya belajar mana, kenapa tak habis lagi.. then tanya mak cakap bahasa apa, hokkien ke kantonis ke.. bla bla bla.. konon macam wah interestednya kau dengan aku.. sembang dah macam kawan2.. pandai taktik dorang ni~ hehe lepastu baru dia mula promote produk2 dia. Home appliance je pun sebenarnya. Bukan pil kurus ke ubat jeragat ke..

Hehe tapi disebabkan tertarik nak perhati taktik dia, skill dia promote barang, plus benda yang dia cerita pun menarik, aku pun duduklah situ dengar je. Paling menarik bila dia bagi falsafah pasal kesihatan and kepetingan jaga kesihatan. Lepastu terkena tepat dekat muka bila dia cakap

"Jangan selalu sangat makan kuey tiow goreng laa"
Haha macam mana dia tahu selalu makan kuey tiow goreng ni.

Nak dekat setengah jam jugaklah aku dengar dia berceramah walaupun mata macam nak pejam. Haha sampailah Giant tu macam nak kosong dah. Chinese girl yang tadi tu pun dah takde customer, jadi dia datang duduk dengan kitorang.

Girl: "Bosan kan dia ni. Talking too much."
Me: "Haha yelah I'm getting sleepy already *buat gaya ngantuk*" padahal memang ngantuk!
Guy: "Owh bosan ke, okaylah I stop laa"

Muka dia terus berubah macam terasa hati tahu tak! haha Then the chinese girl gelak and kata jangan terasa hati. And the chinese guy kata "memang terasa hati laa" Haha "so sensitive!"

Dah ada peluang untuk balik, aku pun cepat2 tolak trolley pergi dari situ. On the way kat pintu keluar ada lagi seorang promoter, chinese guy jugak,

"you ni chinese ke?"
"nope, i'm mixed"
"ohh kopi dan teh laa"
"yep. bolehlah. ok bye~!"

Haha fine terserlah sangat kecinaan diriku.

Driving back home wass much easier sebab dah tak banyak kereta. Bawak 60km/hr pun takdelah takut sangat. Haha tapi still itu je lah paling laju aku mampu handle. Oh lepastu rasa macam dah makin confident nak tukar2 lane, nak masuk roundabout, keluar roundabout. Eceh memang patut sangatlah kan. Lesen dah kompeten tapi bawak masih macam orang baru dapat lesen. Ish3 itu pun sebab kereta tak banyak semalam.

Sampai rumah, fyuhh memang flat habis energy. Tunggu mak ayah balik, mengharap kena lucky draw besar2. Hehe dulu masa kecik kitorang suka tunggu mak ayah balik dari dinner company sebab nak tunggu hadiah. Pernah dulu dapat tv kalau tak silap. Hoho tapi semalam tengok kosong tangan je balik.. alaaa bukan rezeki.. Jadi terus masuk bilik tidur.. krohhhhhhhhh~

Tamatlah kisah semalam.

Ps. Semalam also adalah birthday mak :)
Oh mak Naji jugak. And Laila RH..

No comments: