Bismillah and Assalamualaikum.
Walaupun ada perkara yang dikorbankan.. dan tak seperfect yang dirancang, Alhamdulillah, dengan rahmatNya.. serta dengan bantuan rakan2 and lecturer.. urusan semalam dipermudahkan. Syukur. Semalam adalah off day yang sangat bermakna :)
Terima kasih kepada semua yang membantu, yang mendoakan, dan yang menceriakan! (^-^)
Hehee beralih ke cerita lain pulak. Semalam first time aku terlelap sampai terlajak station ktm. Selalunya memang sengaja lelapkan diri, tapi bila sampai station yang sepatutnya terus segar bugar. Tapi semalam tak. Aku patutnya dah terjaga dekat station Subang Jaya iaitu 2 station sebelum Shah Alam. Jadi aku mesej mak kata dah sampai (taktik supaya tak payah tunggu lama sangat). Lepas tu entah bila aku terlelap balik, bila aku sedar pintu train baru tertutup. Aku panik sebab bila tengok luar tingkap aku tak kenal station tu. Sekali aku nampak signboard Padang Jawa. Aiseh dah terlepas satu station. Terpaksa aku turun Bukit Badak, 2 station dari Shah Alam.
Bila sampai Bukit Badak, station tu sangat gelita. Lampu yang ada hanya dekat kaunter tiket yang sekangkang kera dekat railway sebelah. Jadi aku naik turun tangga untuk ke seberang. Dekat kaunter tiket yang dah tutup tu ada seorang Pakcik Jaga yang muda, duduk dekat satu meja lipat tengah ready nak angkat bag and balik (kot). Bila dia tengok muka aku yang blur tu dia tahu aku bukan nak keluar dari station tu.
"Belum sampai lagi."
"Huh?"
"Train belum sampai lagi, duduk la dulu. Takpe jangan takut, saya tunggu sini."
"Oh.."
"Awak tertidur ke?"
"Emm" *angguk*
"Ada lagi kot train. Sekarang pukul berapa?"
"10:58"
"Hmm ada lagi ni. Biasa last train pukul 11 malam. Pukul berapa tadi awak cakap?"
"10:58"
"Haa ada2 insyaAllah.."
Lepastu dia sambung baca paper. Aku risau gak kalau train dah takde. Nga pikir cane nak balik? Siapa nak amek? Nak tidur mana? Huuu harap2lah ada lagi train~ Ameen.. Mujur gak ada seorang akak Indian ni masih tunggu kat station tu. Risau gak perempuan sorang2 kat situ. Then beberapa minit kemudian ada cahaya harapan.. ecewwah..
"Ha tu dah sampai dah"
"Huh?"
"Tu train dah sampai dah. Bertuah la awak malam ni. Mujur ada lagi."
"Oh.. (baru perasan train, then terus bangun) Terima kasih encik"
Fyuhh~ masuk train sunyi sepi. Satu gerabak ada 1-2 orang je. Akhirnya selamat gak sampai rumah dengan selamat. Safe and sound. heee Alhamdulillah..
Semalam, rasa macam birthday~ :P
Terima kasih.
P/S: huhu nak tengok drama pukul 7.. ada Charmaine Sheh dengan Moses Chan~ Wuu nak tengok...

No comments:
Post a Comment