Bismillah and Assalamualaikum.
Aih macam tak percaya je dah nak habis degree. Lepas ni nak masuk junction lain dalam hidup pulak. Masing2 ada junction tersendiri. Mungkin ada yang masih sama, mungkin ada yang jauh tersasar. Apa2 pun, semoga satu hari nanti, jalan kita akan bertembung semula. Ni kat bawah blok ni, dengar Nabel nga hantar2 barang ke kereta dah. Kawan2 dia dok ulang alik sekali ngan dia tolong hantar barang ke kereta. Seronok ada kawan ramai kan. Untung gak eh balik awal nih.. Tadi dah salam peluk cium dah dia.. huhu sedihnya nanti tak jumpa dah.. dok jauh2..
Khamis ada lagi satu paper, insyaAllah semoga takde apa2 halangan.. Tadi baaaru gi hantar tesis untuk dijilidkan.. Aduh, antara yang terlambat di antara coursemate kot. Kat Kedai FujiFilm Pusanika tu je.. And tahu, ada yang masih belum dapat tanda tangan penyelia dia. Sila bertabah! Setiap penyelia ada pros and cons. Ada penyelia yang sungguh2 nak tolong bagi markah cantek, jadi dia sungguh2 check and suruh wat pembetulan. Tapi jenuh la print banyak kali. Ada pulak penyelia yang bagi choice, nak markah elok wat pembetulan elok2. Kalau tak kisah markah kureng, hantar je la apa yang ada. Itu antara contoh la. penyelia lain tak kenal hati budi sangat. hee And Alhamdulillah lecturer aku sangat baik bila tak mintak hard copy everytime mintak draf untuk checking. Jimat banyak kat situ. Terhutang budi banyak sangat9. And with a supervisor so0o considerate like him I could have done better, but I know I did not : \
Tesis, aku jilid untuk pusat and penyelia sahaja. Untuk diri sendiri simpan dalam e-mail je. because I HAVE A GREENHEART® jadi berusaha meminimakan penggunaan kertas.. Mana tahu mungkin dapat menyelamatkan satu dahan pokok
.. Hahah yeyer je~ dan semestinya sebab utamanya adalah faktor wang dan spatial~ :) Let's Go Green!! \(^-^)/
** Penangan tesis, tulis blog pun terfikir pasal margin, spacing, spelling and justify lagi..
Lepas exam insyaAllah tak terus balik.. ada urusan yang belum selesai.. and tak pasti mampu tak selesaikan semua. harapnya mampu.. huhu tulah delay lagi kerja, tulah padahnya.. rasakan~! huhu Plus, nak jumpa kawan2 yang belum habis exam.. especially Oceanographers, Liza, Helma, Alia, Ajie, Dayah, Kak Jijah.. fuh ramai lagi lah.. semoga berjodoh... sedih kalau tak dapat jumpa taw.. ramai kawan yang asal jauh2.. Kelantan, Kedah, Pahang.. yang Selangor, Perak and N9 mungkin leh diusahakan lagi lepas habis nanti, InsyaAllah.. ameen~ :)
Hasrat hati nak tulis banyak, tapi nak siap2 amek nota kat bilik Ana pulak lepas Isya' ni.. Lusa nak exam (Baru nak amek nota kan~) hoho okeilah sampai sini dululah entry ni...
Saya sayang kawan2 UKM saya especially Mariners!! ^^
Thank you for everything, thank you for always~ ♥♥♥♥♥
P.S: Kadang2 makan ayam buat saya gatal2..huhu kadang2..
P.S: Kadang2 makan ayam buat saya gatal2..huhu kadang2..
1 comment:
mariners pun syg tikah!
Post a Comment