adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Saturday, April 9, 2011

Disiplin

Bismillah and Assalamualaikum.




Demi masa sesungguhnya manusia di dalam kerugian~




Makin umur meningkat, makin tak disiplin dengan masa.
Dulu masa zaman sekolah, selalu on time.
Sampai sekolah lambat (sebab uncle bas lambat) punyalah menangis haru.
Kalau berjanji dengan orang, kadang2 semangat 30 minit lebih awal sampai.
Balik sekolah, lepas tengok TVB kol 6 and kol 7,
after maghrib dah wajib bentang segala homework.
Kalau kol 10 ada movie, ngadap tv wat homework pun masih leh siap lagi.
Wajib siapkan homework sebolehnya malam tu jugak.
Tunggu dah siap homework betul2 barulah online or main game pc.
Cuma time nak SPM je macam selalu terlelap awal,
sebab selalu stayback study kat sekolah sampai nak maghrib.

Sebelum tidur, walau dah pukul 4 sekalipun,
wajib amek wudhu, baca 3 qul, ayat kursi, alam nasyrah, and doa2 untuk hari mendatang.
Even sambil baca sambil terlelap2, mesti baca sampai habis gak semua.
Kalau esok mampu tak tidur lepas subuh, hati gembira bukan main.
Esok pagi kalau ada homework tak siap, pagi tu jugak try siapkan.

(-___-)"

Sekarang takde dah semua tu.
Kadang2 tidur maen hentam. Sedar2 alarm subuh dah bunyi.
Selalu terlepas bacaan2 sebelum tidur T_____________T
Homework tangguh je selalu. Last minit sokmo.
Utamakan benda lain dulu dari assignment.
Online memanjang, kadang2 sampai tak sedar waktu berlalu.
Pastu datang kelas lambat tu macam hobi.
Berjanji dengan orang pun takde semangat nak datang awal sangat dah.

Huhu aku mahu kembali semangat.

Ya Allah ampuni segala maksiat diri ini~
Jauhkanlah aku dari terus dalam kelalaian, kejahilan dan kesesatan.
Terimalah aku Ya Allah.

1 comment:

Idrus Alhaj said...

manusia lemah! yang Esa je boleh tolong kita. Sentiasa membaiki diri supaya tak rugi didunia dan akhirat. Doa selalu dan baca surah Wal Asr.