adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Friday, February 11, 2011

كفارة

Bismillah and Assalamualaikum.


Just because you have gone through your test/exam,
doesn't necessarily means you've done it well, right?

Hanya sebab anda dah selesai menjawab ujian/peperiksaan,
tak semestinya bermakna anda telah menjawab dengan baik, kan?

Dan tak semestinya kita dah berjaya menguasai perkara yang diuji tu, kan?

Kalau pandang je kertas ujian tu sampai habis masa,
kemudian hantar kertas soalan semula, pun dikatakan selesai menjawab ujian gak.

Kalau jawab cincai, main tembak2, main goreng2 je jawapan,
dan hantar kertas jawapan, pun dikatakan selesai menjawab peperiksaan gak.

Kalau main hafaal je, lepastu muntahkan semua jawapan dekat kertas jawapan bulat2,
lepas ujian selesai, terus lupa (hampir) semua yang dah anda belajar,
pun dikatakan telah selesai melalui ujian.

Tapi hakikatnya BETUL KE kita dah berjaya dengan ujian itu?
Betulkah melalui ujian itu, ILMU kita mengalami PENINGKATAN,
seiring dengan peningkatan pointer kita??

----------------------------------------------------------------------------------

Actually sejak ramai saudara mara dan sahabat yang jatuh sakit ni,
aku asyik tertanya tentang satu hal ni.

Tapi sebelum tu nak cerita dulu,

Ada seorang kawan ni,
suatu masa dulu dia kena denggi berdarah.
Memang teruklah, organ2 dalaman bengkak2.
Makan pun tak lalu.
Menangis mak dia siang malam tengok dia terlantar.

Kata kawan ni pada aku,
bila terfikir diri macam dah nak mati,
dia tak mahu manjakan badan dan terlantar je,
maka dia mahu habiskan sisa hidupnya
dengan berhibur puas2.

Karaoke siang malam.
Tengok wayang siang malam.

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah sekarang dia dah sihat.


Ini adalah salah satu contoh yang extravaganza.
Sebab apa yang aku cuba sampaikan ialah,
betul ke sakit itu penebus dosa (كفارة) ?

Ya.
Tapi bukan dengan mudah2 je.

Ya sakit itu ujian,
tetapi berapa ramai yang mensia-siakan ujian tu
berbanding yang memanfaatkannya?

Wallahu'alam.

Cuma nak berkongsi persoalan yang bermain dalam kepala ni..
Semoga kita sama2 muhasabah diri semula :)

Jaga diri jaga iman.
Wasalam wbt.

No comments: