adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Friday, November 19, 2010

"Stop whatever you're doing. Do it all over again."

19 Nov 2010, 12.00 PM
(Takleh publish awal sebab tadi takleh connect Jaring-UKM)

"Bila nak balik lagi rumah? You Disember bizi tak? Balik rumah tak?"


"Em kalau ikut jadual, lab cah setel 3 Dis. Tapi.. tengok gak laa kalau lab ni jadi. Kalau tak jadi kena wat balik semula, so taktau lagi jadual baru cane."

Itu, conversation masa salam peluk cium mak
sebelum balik UKM semalam.
Aku bertolak dalam pukul 10 malam,
sampai UKM dalam pukul 11.
Shikin hantar.

Harini,
pukul 8.30 pagi aku dah gerak ke Lab Prof Gires.
Daus dengan Acap belum sampai lagi. Ada Kak Siti je.
So aku terus sediakan sampel aku untuk SEM
macam biasa.

Bila Acap sampai dalam pukul 9,
dia kata VMNI hari Selasa haritu belum filter lagi.
So aku filterkan sementara Acap sediakan sampel dia.
Filter ni amek masa yang lama.
So sambil2 tunggu dan melangut tu,
aku terfikir,

"Haish tak semangatnya laa buat semua ni dah, sebab dah tahu tak perfect.
Kalaulah boleh buat balik semula. Aku sanggup."

Tiba2, dalam nak dekat pukul 10 Dr Fathul call.
Bawa berita sedih yang menggembirakan.

"Awak stopkan apa2 je yang tengah buat sekarang, buat semua balik semula."

Eh mustajablah pulak. Alhamdulillah~

HAHA patutnya nangis la kan,
dah bertungkus lumus grinding lebam2 jari semua,
buat medium sampai korban exam and cuti bagai,
tiba2 kata semua yang aku dah buat TAK VALID.
Kena buat all over again.

Tak ke sia-sia, buang masa, buang tenaga, buang duit??

Dr Fathul kata ada banyak faktor yang buat tak valid, antaranya

- Sample keluli aku banyak defect, tak grind dengan sempurna sebab buat cepat sangat.
- VMNI macam contaminated.
- Tak pasti betul ke bakteria yang dikultur tu bakteria SRB.

Hurm itu semua ralat tangan kitorang sendiri la kan. Huhu~~


Selingan: Aku tak faham kenapa ada satu jeritan yang senada dan constantly setiap 30 saat kat kawasan K6 ni. Kenapa kena jerit?? Kenapa jerit macam tu???


Tapi masalah terbesar dalam prosedur kitorang ialah,

- Dr Fathul silap suruh guna FE SEM sedangkan kajian aku kena guna VP SEM.

Well, aku belum sempat siasat lagi apa beza dua jenis SEM tu,
Tapi ikut yang Dr Fathul cakap,
ada kaitan dengan keadaan vakum.

Aku rasa,
takdelah sia2 sangat kena buat balik semua ni.
Sebab at least aku akan lebih hati2 buat kerja lab ni.
Since dah tahu serba serbi mana silap, apa kena buat, apa takleh buat.
Macam second chance gak la ni kan.
Positif! (^^,)v

So harini lab,
Kitorang rancang balik prosedur kerja lab semua,
senaraikan siap2 radas yang nak guna
supaya tak jadi macam sebelum ni,
kalut haritu nak pakai haritu baru cari.

Basuh balik sampel yang dah berkarat2 tu,
lap kering2 and simpan balik dalam botol silika.
Nanti kena grind and polish balik untuk guna semula.
Fyuhhh~

Sekarang tengah rest sementara Waktu Solat Jumaat ni.
Petang satgi kena gi lab balik.
Buat mana yang boleh buat dulu.

Kultur bakteria sendiri.
Cari radas2 yang belum ada lagi.
Apetah lagi.

Dah pukul 12.30.
Baru ingat nak siasat suara jerit2 tadi.
Dah stop pulak.

Hoho okeilah nak tidur kejap sebelum lab petang ni.
Nanti nak bertungkus lumus lagi dekat lab.
Sambil menghadap Kak Siti yang bad mood harini.
Hehee :P

So, cuti ni akan dihabiskan dengan kerja grinding
LAGI~

Senyum sokmo ^_________________^


P.S: Ada suara segerombolan lelaki pulak dekat K6 nih. Haih~ Technician la kot..

No comments: