hari ni dah raya.
mula je azan maghrib, syaitan2 dilepaskan secara rasminya.
mula je takbir raya, seksa2 kubur pun bermula semula.
jangan lupa bacakan al-fatihah dan yasin
buat mereka yang dah pergi ye.
hurm rasa diri ni dah tua agaknya.
tak excited mana pun nak raya
hurm..
sejak atok dah takde,
dah tak balik rumah tok dah,
balik rumah makyang kat ipoh.
banyak yang dah lain.
rindu raya dulu2.
bentang tilam ramai2 kat ruang tamu untuk tidur.
bila jalan ada bunyi lantai kayu kruk-krak-kruk tu.
pergi basuh kolah surau dengan cousin2.
main kejar2 ayam.
galah pokok rambutan.
paling rindu suara atok laungkan takbir raya :'\
pagi raya susun kuih2 raya dalam balang.
pastu kalut hidangkan makanan untuk jemaah surau.
sebab rumah atok selalu jadi rumah first lepas solat raya.
macam2 lagi.
rindu sangat.
semua dah lain.
and sejak atok dah takde.
macam setiap tahun buat kenduri tahlil raya ke-3
automatik rutin ziarah-menziarahi pun dah berubah.
sebab semua fikir jumpa je time kenduri.
dan, aku tak berapa suka rutin tu.
tak tau nape.
still, i do not know better
why things turn out like this.
papelah.
hari ni last berbuka,
macam biasa makan besar dekat rumah makyang.
masak lauk berbuka and rendang untuk raya sekali.
gotong royong masak dari pagi.
lauk berjenis2 sebab banyak "chef" nya~ :P
pastu buka ramai2.
seronok.
rutin yang ini aku suka ^__________^
raya tahun ni pun hari jumaat kan.
ajaib. hee..
esok lepas solat jumaat,
cadangnya ke taiping, rumah paklong.
tadi baru lepas gosok baju2 raya satu family.
fuh berpeluh-peluh eden~
sekarang nak tidur
and ready for tomorrow :)
“Kullu ‘am, wa antum bi khair”
“Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan”
ameen~
No comments:
Post a Comment