adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Wednesday, September 15, 2010

Hari Raya pertama saya tahun ini.

Solat Sunat Aidilfitri

   Bangun je subuh hari raya, semua tunggu turn bilik air, mandi sunat hari raya, and siap2 pakai baju raya. Pastu tunggu semua orang siap and bertolak ke masjid berdekatan. Kalau tak silap Masjid Sultan Azlan Shah, Taman Cempaka, Ipoh kot. hehe Sejak atuk dah takde, memang pagi raya kitorang biasanya kat Ipoh je. Dekat rumah Makyang. uhuhu Tahun ni tak sempat pulak nak jamah apa2 sebelum ke masjid. Tapi takpe, tak jejas pun ngehehe :P

   Perempuan yang pergi solat aidilfitri tahun ni ada Pah, Mak, Makyang, and aku je. Lelaki Alhamdulillah semua yang ada kat rumah semua pergi :) Sampai2 je masjid kitorang terus tuju ke saf depan and Solat Tahiyatul Masjid. lepas tu pah ajak Solat Dhuha sekali, tapi aku ter-hesitate pulak sebab takut imam nak mula dah. he padahal patutnya sempat je.

   "Baru kahwin ke?"
   Tiba2 ada soalan dari makcik yang duk sebelah kitorang. Curious, aku toleh laa. haha Rupanya makcik tu tanya Makyang, sebab ada inai baru dekat jari2 Makyang, baru buat malam tadi. Aku senyum tahan gelak je, sebab dalam masjid.. Oh and Alhamdulillah tahun ni khutbah raya aku tak ngantuk langsung. wee2~ hehee.. :)

   Balik je dari masjid, terus siap2 untuk bertolak ke Kuale (Kota Lama Kiri). Konvoi 3 kereta (Gen-2: Ayah, Mak, aku and Makcik Sara. Avanza: Shikin, Fara, Amir, Safwan&Syafiqah, Aishah, Ammar, and Lisa. Kelisa: Mak Kechek, Pah, and Makyang). hoho Tahun ni aku sengaja ikut kereta ayah pulak (selalu Fara), sebab malas nak sempit2 bingit2 dalam avanza dengan budak2. ahahah Bajet dewasa sangatlah.. gurau ja~ :P


Ziarah Kubur

   First stop, ziarah kubur. Benda pertama tercetus dalam hati aku masa nak masuk kawasan tu, "Wah banyaknya famili yang pakat purple tahun ni~" hehee Boleh tak? Yang baru turun kereta purple. Yang dah nak balik purple. Yang tengah berdoa kat kiri sana purple. Kitorang pun penuh tiga2 kereta purple je semua. hoho Meghiah~ Pastu dah melangkah masuk baru macam.. "Alamak! tak ingat doa ziarah kubur ala2~ -__-"" dalam hatilah tapi. So aku hentam lebih kurang je lah. huhu Sebenarnya aku dah lama tak ikut ziarah kubur..

   Haa nah ni satu.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَاللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ
وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ
أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ.
“Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul, ( semoga Allah Ta’ala memberikan rahmat kepada orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan datang)

Catat! Hafal!
hehee.

   First ziarah kubur Pah Kuale (mak kandung ayah). Paktam and anak2nya dah sampai dulu, tengah bersih2kan kubur eh sebut pusara ah sedap sikit kan. hehe. Second, pusara Atuk pulak. Kitorang lama sikit kat situ sebab Pah nak bacakan Surah Yaasin sekali.


Saudara-mara

   Lepas tu terus singgah rumah sedara yang paling dekat dengan kawasan perkuburan tu. Jalan kaki kejap pun boleh sampai. haha And aku macam tak pernah tahu pulak kan ada sedara kat situ. Rupa2nya itulah rumah nenek kepada dua pupu aku yang sebaya, Aisyatul Arisya, yang pernah satu sekolah jap tapi tak pernah tahu sedara sampailah masa hari amek hadiah pelajar cemerlang tiba2 parents masing2 "Eh2 ada anak kat sini ke?" haha Boleh tak? Tapi sayang tak dapat jumpa pulak. Dia raya kat India tahun ni. Budak pandai o. :)

   Btw, aku suka mak dia, sebab macam hepi2 ramah2 and kelakar gitew~ hehe Dia asek cakap kat makcik2 lain, "Ni classmate saya ni ^^" sambil tunjuk kat Pah. hoho Kebetulan dia, Pah and Mak selalu ikut kelas dekat Masjid Negeri (Shah Alam). what a small world~ ^^

   Lepas tu terus ke seberang jalan, ke rumah Pahtak&Pahmei and rumah zombie kg pisang. ehe. hurmm Tiba2 tertanya tu rumah siapa sebenarnya. hanya tahu dulu masa kecik2 kalau balik kampung, balik rumah tu. Pastu taktau nape tiba2 pindah ke rumah Atuk yang dekat Kg Setia tu... Ni baru tanya Ayah... Ayah kata tu rumah turun temurun belah Pah Kuale. Sekarang rumah siapa taktawu. Malas nak tanya heheh.

   Sebenarnya lepas dari ziarah kubur tadi, masih belum ada semangat nak raya. Fikir, mungkin sebab dah besar kot. So dah tak semangat sangat nak raya, nak rebut kuih muih, nak tunggu duit raya semua tu. Satgi dah nampak lontong terus mood tukar jadi the brightest lah. ahaha Rupanya sebab belum makan. Sebab tu mood hambar je ahaha X) Setiap tahun laksa laksa laksa.. tahun ni macam tahu2 je aku rindu lontong, tetiba dua2 rumah hidang lontong. Alhamdulillah~ hehe terus tak pandang laksa dengan soto yang ada sekali :P


Shikin mane, Shikin?

   Oh and satu event wajib dekat rumah Pahtak adalah bila Pahtak tanya, "Mana Shikin?" XD

   Pahtak ni pah sedara kitorang, sekali dengan Pahmei. And dorang sebenarnya dah nyanyuk and dah tak ingat sangat orang. So semua suka saja duga dorang and tanya soalan2 macam "Kenal tak saya siapa?" or "Ingat tak ni siapa?".. Kadang dorang ingat. Kadang lupa.

   Ada sekali Pahtak tanya Ayah,
   "Pin duduk mana sekarang?"
   "Shah Alam."
   "Ni siapa?"
Tunjuk kat mak.
   "Ni Yan."
   "Ooh. Yan duduk mana?"
   "Duduk Shah Alam la."
   "Eh kome duduk sekali ke?"
haha X)

   Jadi, kitorang yang cucu2 ni pon dia tak cam sangat sebab last dia ingat kitorang masih ketot. Shikin pulak antara cucu first, so mungkin sebab tu dia paling ingat kot. Rasanya macam setiap kali kitorang datang, dia suka tanya "Shikin mana?"

   So ada satu tahun tu, dengan bangganya Shikin cakap kat kitorang
   "haha Dia ingat aku je tak ingat korang."
Then bila Shikin pergi dekat dengan Pahtak, dia tanya,
   "Shikin darjah berapa sekarang?"
   "Eh bukan darjah. Dah U."
   "Oh." sambil membuat muka blank.

   Shikin pun duduk la balik tempat dia. Tiba2,
"Shikin mana, Shikin?"
"Shikin darjah berapa sekarang?"
Kitorang gelaklah sebab dia ulang balik soalan tadi.
   "Darjah 3."
Shikin dah malas nak jawab betul2. huhu.
   "Oh."

   Shikin duduk balik. Kejap lepas tu..
"Shikin mana, Shikin?"

   ahahaha Guling2 kitorang gelakkan Shikin ramai2. XP (Eh faham tak cerita ni? huhu) So sejak tu, setiap tahun kitorang saje tunggu dia tanya Shikin mana, nak gelakkan dia. huu Tabaek betul kan...

   Pahtak sekarang mata dia macam dah tak nampak sangat. Sedih sokmo je muka dia sekarang. Pahmei pulak aku selalu tengok dia macam hepi je senyum2 sambil nyanyi2. Tapi Maklang kata baru2 ni dia selalu nangis2 cakap nak balik rumah la (padahal tulah rumah dia), nak mak dia la.. And mak kata ada sekali dia tanya,
   "Kenapa Piah (Pah Kuale) lama tak balik rumah? Dulu petang2 selalu dia datang, makan nasi kat sini."
huhu Sedih pulak rasa :'/


Ke Taiping

   Masuk je waktu Zuhur, kaum lelaki pergi ke masjid untuk Solat Jumaat. And kitorang yang perempuan siap2 solat Zuhur. Lepastu geraklah kitorang bertigakereta ke Taiping pula. Rumah Paklong. Makan2 Sembang2, pastu Solat Asar.. Oh Aishah pulak bising2 tudung dia susah nak bentuk pastu NAK JUGAK salahkan aku pilih tudung tak best untuk dia. Hey fyi tudung tu SHIKIN SHIKIN SHIKIN yang pilih ye. And kalau every year pun nak condemn tudung yang orang belikan, tolong jangan MALAS beli tudung sendiri ye adik2. Saya sendiri tak suka me-matching2 kan colour tudung dengan baju, apetah lagi kena buat untuk orang yang cerewet. Huh. Okei dah2 tukar balik mood.. *senyum Darlie* hehehehehe :B

   Disebabkan kepenatan, beberapa orang telah menyempatkan diri untuk tidur jap. Siap tuan rumah tolong sorong bantal lagi. heheh So kitorang yang tak rasa nak tidur ni duduk2 and tangkap2 gamba candid je, sampai bosan.. Pastu siap2 bertolak ke rumah Tok Sedara pulak kat Kg Pinang dekat2 situ gak, sekali dengan family Paklong. So berempatkereta lah ke sana.

   Duduk2 sembang2 (orang dewasa je lah tapi)..Nak dekat pukul 7, kitorang pon beransurlah bertigakereta semula untuk pulang ke Ipoh. Ayah singgah kat Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar. Kalau tak silap la.. yang dekat dengan MCKK tu. Kereta lain pulak singgah solat kat tempat lain. Lepastu semua terus balik ke Ipoh. OH AKHIRNYA~ Dah siap mandi and solat Isya' semua tanpa berfikir tentang plan hari esok terus krohh~ zZzZZ~



Fuh~ tadi semangat nak tulis pasal raya. dah habis tulis pasal raya pertama panjang2, pastu tengok cara bercerita diri sendiri cam oh so bosan je, jadi malas pulak nak tulis pasal raya2 seterusnya. hoho :P


p/s: Raya ni banyak sangat benda yang aku pikir. Macam2 topik. Termasuk kisah hidup mati. Wow~ Haha so kena let out mana yang boleh, so that tak clutter kat kepala ni banyak sangat benda. hyuu~

No comments: