adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Saturday, September 25, 2010

Ada siapa2 yang hilang IC macam saya?

Enough of hiding.
I'm out living my life as it is :)
Assalamualaikum.

Harini lepas Zuhur aku ke Hentian Kajang untuk buat IC fuh at last~
Alhamdulillah, tadi patutnya cadang nak naik RapidKilL je
tiba2 Salwa kata dia and roomate dia nak gi Hentian Kajang beli barang.
Yeay boleh tumpang!

Thanx Wa tumpangkan! ^^

So tadi ada Wa, Mursyed (roomate Wa), Ika, and Wiwin.
Dorang gi ke lain, and aku gi buat IC.

Kalau siapa nak buat IC kat Hentian Kajang,
kalau belum tahu (yang dah tahu senyap je eh)..
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah di tingkat 3 ye,
(bangunan terminal bas tu taw)
first naik tangga, then anda boleh pilih nak naik lif atau escalator :P

Sampai je aku kat depan JPN baru pukul 2.22 petang.
Aku tengok gelap, oh tak habis lagi waktu rehat.
Tapi perghh~ ramai gila dah tercongok depan pintu tunggu bukak.
Aku tengok dekat pintu tulis bukak pukul 2.45 petang.
Uish lambat lagi, leh jalan2 HEHE

Banyak rupanya kedai kat situ!!
Kenapa sekarang baru nak tahu?? waaa~
Ada satu kedai ni sangat menarik minat.
Dia macam kedai hardware sikit, campur kedai runcit,
campur kedai barangan plastik sikit HAHA
BEST sebab banyak barang kelengkapan rumah ada.
barangan dapur, laundry, bilik air, elektrik, kereta etc.
Toys pun banyak, perhiasan pun banyak, alat2 tulis pun ada.

Menarik tak menarik?
Okei tak, biasa je~
aku je kot rasa gitu sebab jarang explore..
ahaha XP

Macam nak beli macam2 yang dirasakan perlu.
Malangnya disebabkan kad bank pun hilang sekali haritu,
so sekarang kena jimat2 selagi belum buat baru.
Wallet aku ada RM25 je sekarang
(whoa motif btaw kat sini??)
Pastu e'in kata haritu dia buat IC baru kena bayar RM10.
dan selagi takde IC selagi tu takleh buat kad bank.
Jadi cepat2lah buat IC ye.. huhu

Pusing punya pusing tiba2 dah 2.54 petang.
aiseh Masuk2 dah penuh giler orang dalam tu.
Eh dorang ni takde hari lain ke nak pilih?? HAHA
So aku pun beratur laa untuk amek no. giliran.

Sampai2 kaunter aku bagi dia report polis.
dia bagi no. giliran and satu borang,
pastu dia suruh buat satu salinan untuk report tu,

"Oh fotostat kat mana? Sini ke luar?"
"Kat luar, luar." dia jawab.
"Owh~"

so sementara tunggu nombor kena panggil,
aku terus keluar cari kedai fotostat.
tak jauh dari situ ada laa satu.
depan Jabatan apetah aku lupa nak tengok.

"satu copy eh :)"
"okei siap." kata cik adik yang fotostat kan tu.
"oh berapa ye?"
"tiga posen."
"TIIGA POSEN??"

cekik darah kan sehelai 30sen?
mentang2lah semua orang datang fotostat situ semuanya urgent,
amek kesempatan la eh? biasa dia ni.. HOHO
kalau Zati, mungkin dia boleh kata "Maaatilaaa~" X)

On the way balik JPN, Salwa call.
Dorang nak gi Kajang pulak.
And pesan aku untuk aku mesej je bila nak balik.
Okei, thank you Salwa sayang ♥♥♥

Lepastu aku pilih tempat duduk paling strategik,
yang boleh nampak semua kaunter.
Aku pun tengok keliling,
macam2 kerenah, macam2 gaya manusia ada.

Aku ralit tengok sorang budak kecil ni,
semua orang dia nak usik, pastu bila orang pandang
dia akan bagi senyuman yang dia rasa paling comel lah
oh apa, ingat adorable sangatlah~
HAHA memang comel pun :P

Then dalam pukul 3.30 petang aku dah ngantuk
haha so typical me lah~
aku tengok nombor sekarag 6115
ada 11 orang lagi sebelum 6126.
Aku pun lelap jap tanpa segan silu. hee
Jap je.. Sungguh. 5 minit je~ :P

6126. Kaunter 15.
ulang 3 kali.
Aku pun pergi ke Kaunter 15.

"Student ke?"
"Yep."
"Ada kad student?"
"Ada."
"Awak kena bayar tau. RM110. Tapi kalau ada kad student RM60 je"
Mengingatkan wallet hanya ada RM25..
"RM60?? Alamak saya tak cukup duit. Cane??"
"Awak kena buat hari lain la."

Oh kejam T______T

Nasib baik tiiba2 TING!!
Teringat duit raya dalam beg. FUH~

"Oh kejap2, saya rasa ada, cukup2. Ngee"
"Okei. Fotostat ye kad student tu."
"Sekarang ke? Kat sini ke?"
~Dalam hati, ala pakcik fotostat kan lah kat luar mahal taw~
"Taklah, nanti. Kat luar tu. Pastu nanti hantar kat sini balik.
kalau tak nanti tak dapat diskaun tu."

-___-" Baekk~

Haish kenalah korban lagi 30sen~

Jadi siapa2 nak buat IC baru sila fotostat siap2 ye.
Kat UKM ni sehelai boleh dapat 3sen je tau~ haish~
paling mahal pun sehelai 10sen.
Oh dan jangan lupa bawak duit yang cukup ye.
Kalau tak sia2 je nanti kan :]

Bila aku masuk balik JPN,
abang kat Kaunter 20 pandang2 aku.
Eh nape kenal ke?
Pastu pakcik kat Kaunter 15 tu suruh gi situ.
OH dia dah panggil untuk tangkap gambar rupanya.

"Nurul Atikah ke?"
" Ha iyer."
"Okei duduk and sandar ke belakang ye."
"Oh okei."
Ada cermin betul2 kat depan kosi tu.
Okei tudung dah senget rupanya, thanx~
"Hilang sebab apa ni?"
"Tercicir. Hee"
"Oh kecuaian la ni."
"Iyer.." -___-"
"Okei, dah ready?"
"Dah dah."

click.. click.. click
3 kali dia amek gambar.

"Ok, tengok monitor sini. Kalau tak suka boleh tangkap lagi.
Takyah malu2 ke apa ye."

Aku tengok, ala tudung tak center sangat.
haha tapi tak kesah pun.
Muka tak berubah pun kan kan.

"Okeilah ni."
"Betul ok?"
"Okei je lah."

Padahal nak balik cepat. HEHE

"Kalau macam tu tulis nama, no. IC and Alamat kat sini."
Dia tunjuk satu buku log.

"Student ke bekerja?"
"Student."
"UKM eh? Master?"
"A'ah. Eh tak. Final Year degree."
"Oh degree."

Pastu dia hulurkan IC sementara aku,
"Boleh amek IC baru dalam masa 3 minggu.
Awak boleh pakai IC sementara ni dulu.
Boleh lipat. Tak boleh koyak. Ok?"

"Okei."

"So awak dah boleh balik. :)"

 Yeay!!
"Terima kasih ^^"

Tahniah dan Terima Kasih khasnya
kepada pakcik Kaunter 15,
dan Abang Kaunter 20,
kerana memberikan khidmat yang baik dan mesra,
bermuka manis dan ramah,
tidak menensenkan atau melecehkan :)

HAHA okei macam bodek,
tapi sebenarnya betul :P

Aku tengok jam dah pukul 4.14 petang.
Terus aku mesej Wa kata dah setel.
Satgi Wa kata dorang baru start nak makan.
So aku cadang tunggu je,
kalau dapat bas baru aku mesej.

Keluar je dari bangunan tu, dengar guruh.
HUJAN rupanya dari tadi.
So di dalam kehujanan aku menanti.
Ecewwah~

Jap je, dalam 4.40 petang Wa sampai dah.
Sekali lagi, terima kasih Wa sebab sudi tumpangkan ^^

Okei habis untuk topik ni.
Kita teruskan hidup dengan topik lain pulak ye.

------

Jaga diri molek.
Jaga kesihatan diri.
Berhati-hati selalu untuk mengelak kemalangan.
Yang sakit/tak sihat, semoga cepat sembuh.
Jangan malas jalani rawatan @ makan ubat!

Jaga iman selalu.
Tundukkan pandangan.
Jauhkan diri dari fitnah dan maksiat.
Jaga pergaulan.
Jangan biasakan diri dengan perkara lagha :)

Senyum sokmo.
Jangan asek biar diri fikir negatif.
Di sebalik setiap kesulitan,
Allah dah janjikan kesenangan kalau kita berusaha.
kalau bukan kat dunia, kat Akhirat pasti ada.

Jangan sedih2.
Allah sentiasa bersama2 orang yang sabar :)
Ambil pengajaran dari setiap kejadian.
Takde yang Allah jadikan untuk aniaya hambaNya.

Sekian,
Wassalamualaikum wrb.

3 comments:

w.@.W.a said...

wee~~~~ syg tikah jgk..ala kan kebetulan...lgpon ujan...xkan nk biar tikah sorg2...;))

arytomot said...

senyum sokmo!^________^

ka said...

^__________^