
kelmarin..
suatu pilihan telah dibuat.
kata putus telah diberi.
tapi..
tekadku kabur.
masih mahu ada kata-kata memujuk jangan.
masih mahu ada tangan-tangan enggan melepaskan.
ada..
tapi diri takut akan sesal.
walau sesal itu sudah ada.
tak tahu apa yang ditakutkan.
kabur..
masih tak tahu punca pilihan.
separuh hati kata mahu terus.
separuh lagi memberontak degil.
hitam..
adakah maksiat yang mencemar mata hati?
berpalingkah aku dari peringatan-Nya?
sudah legamkah hatiku?
aku belum menangis.
mengapa aku masih memilih dunia?
mana pergi cinta aku yang dulu?
mana pergi rindu aku pada tarbiyyah?
adakah jalan aku sudah jauh tersasar?
-----------------------------------------------------------
p/s: Terima kasih Kak Anis terutamanya, akak2 naqibah yang lain, dan halaqah-mate semua atas semua ilmu yang telah dikongsi. Halalkan segala ilmu, makan dan minum saya T.T
p/s: Terima kasih Kak Anis terutamanya, akak2 naqibah yang lain, dan halaqah-mate semua atas semua ilmu yang telah dikongsi. Halalkan segala ilmu, makan dan minum saya T.T
No comments:
Post a Comment