salam
huhu gedik plak title kat atas tuh.
best ke eh makan orang suap?
sungguh ke best?
susah nak terlintas dalam kepala aku nak orang suapkan makan.
dan aku kekok kalau ada yang mintak disuap makannya.
mungkin tak dibiasakan begitu kat rumah.
tapi aku tengok ramai je yang suka disuap.
macam rasa bahagia kalau disuap.
mungkin sebab suka bermanja.
aku.. paling pantang nak ngaku aku manja.
paling pantang nak ngaku aku feminin.
tak tahu apa penyakit.
tapi sejak akhir-akhir ni naluri feminin aku makin menebal pulak.
dah pandai dah nak ngaku suka shopping.
dah pandai dah tunjuk mau dimanja.
ooops..
hoho still, bukan pada sebarangan oranglah.
tapi yang aku paling tak suka satu rasa yang feminin ni,
cemburu.
ya, JELES.
sekecik-kecik perkara nak dijeleskan.
haih pastu sakit sorang-sorang.
padan muka.
sehalus-halus perkara nak dikecikhatikan.
haih pastu nangis sorang-sorang.
padan muka lagi.
nak ngadu macam tak bertempat.
macam ngade plak.
gedik je.
------------*sigh*-----------------
OH2! sebenarnya bukan perihal suap yang ini aku nak cerita.
nak cakap pasal suap yang aku suka.
suap ilmu.
sejak aku masuk UKM ni, aku perasan satu benda.
makin naik tahunnya, makin kurang suapnya.
kalau dulu sekolah, setebal-tebal buku teks semua disuruhnya gendong sekali. wajib!
dah ada buku teks ada plak buku-buku rujukan yang dua kali lagi tebal.
tambah pulak dengan latihan-latihan dari cikgu tercinta.
peperiksaan pulak PASTI ada spot soalan.
kalau-kalau rasa macam tak pandai jugak, ada kelas tambahan.
mampu lagi, ada tusyen plak.
sangat la disuap.
masuk matrik, buku teks yang wajib tak ada.
pandai-pandai la nak beli tak nak.
tapi lecturer tolong jual lah.
lecture notes lecturer bagi. kalau tak bagi handouts, dia bagi salin.
latihan dan quiz pon masih ada main spot soalan kadang-kadang.
yang penting, masih disuap la.
masuk universiti ni, awal-awal lecture notes masih diberi.
kalau tak lecturer printkn, kita print sendiri kn.
tak pon salin semua yang ada dekat screen.
still, lecturer terangkan macam kejar train.
tak faham balik bilik kaji sendiri.
pastu suka-suka je tiba-tiba ada kuiz.
kadang-kadang format kuiz dan peperiksaan pon tak tahu.
soalan spot hanya tinggal harapan.
drills dari lecturer pon macam susah nak ada.
pendek kata, pandai-pandai sendiri nak hidup.
nak makan suap sendiri.
nak ilmu gali sendiri.
sem ni (ya Allah tiba-tiba aku tak pasti aku dalam sem 1 ke sem 2)
@____________________@
hurm, sem ni.. aku rasa makin susah.
kena belajar berdikari lebih dahsyat.
kena tau hidup susah lebih tragik.
kena tau paksa diri untuk bergerak lebih mantap.
tak boleh harap orang tolong suap dah.
lecture notes setiap hari aku tunggu kat spin.
kat gmail pon aku tunggu.
haram tak ada.
tungkus-lumus aku tulis laju-laju time kelas.
tapi banyak yang tertinggal.
sebab aku lombap~
tensi.
kenalah pergi melombong buku kat ptsl banyak-banyak.
tapi nak pilih buku pon satu hal.
blur~
dah pilih, simpan kat bilik.
cuba-cuba bukak.
blur jugak~
cikgu, bagilah saya tusyen.
bagilah saya bulat-bulat nota untuk dihafal.
spotkanlah soalan-soalan *dan jawapan ideal* untuk peperiksaan.
*sigh*
wake up tikah.
kau belajar bukan untuk jawab exam.
kau belajar untuk faham dan aplikasi.
bukan untuk hafal buta-buta.
kalau semuanya disuap kau tak akan pandai!
nanti bila sampai waktu kena hidup sendiri, makan semua sendiri.
dengan ilmu yang mantap di dada, kau boleh ajar anak-anak bangsa.
tak anak-anak bangsa, anak sendiri pon cukup.
*anak sendiri?*
=P
dah-dah cukuplah tu aku membebel.
ni bangun awal tengah pagi buta ni, hasratnya besar.
nak punggah e-journal cari apa-apa yang patut.
tapi, haih ye ada tapinya.
otak lagging plak.
cepat tikah, PAKSA DIA!
Ya Allah berkatilah hari-hari ku.
semoga semakin hari semakin baik.
hanya kepada KAU aku bergantung harap.
aku perlukan hidayah dan inayahmu, sangat perlu.
sesungguhnya KAU Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
--ameen~---
No comments:
Post a Comment