adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Monday, July 20, 2026

Station

Menulis tesis, tak mudah. Lagi-lagi bila berumur dan ada masalah kesihatan. Bukan sahaja isu tenaga yang terhad, sekarang mobiliti pun terhad, tanggungjawab bertambah, distractin pun makin bertambah. Dah pakai wheelchair sekarang ni, pergerakan jadi lambat, kalau bukan terhenti.

Nak cari tempat yang kondusif dan boleh eliminate banyaknya halangan mental dan fizikal pun susah.

Library UKM
- banyak tangga, susah nak gerak sendiri cari makan
- tak boleh makan sambil buat kerja
- toilet agak jauh, and boleh jadi tak ada, depends.

Library USIM
- Aras 3 kinda perfect 
- toilet OKU luas, dekat
- meja selesa
- tak boleh makan sambil buat kerja
- makan ada coffee shop, cuma kadang2 hesitant juga atas sbb tertentu
- just kadang2 kena bersosial sikit dengan staff, and student din kalau kenal 
- orang over-assist kadang2 smpai kita naik segan dah rasa nak buat apa2 takut menyusahkan orang (ada suara yang cakap "ko dah cacat duduk je la diam2, itu ini nak")
- haritu ada staff yang over-assist ni, dia kata "hari2 ya puan datang. rajin betul" padahal masatu dah seminggu tak datang, terus terdetik dia annoyed kot tengok kita asek kena tolong je.

Office husband
- meja selesa
- boleh makan sambil buat kerja
- toilet jauhhh
- kebarangkalian kena bersosial tinggi

Coffee Shops
- boleh makan sambil buat kerja
- makanan terhad pada kedai itu sahaja
- jarang ada toilet OKU
- jarang ada surau
- waktu terhad
- sangat jarang kena bersosial, kalau kena pun stranger je so no stress

Rumah
- the worst
- tak ada meja yang condusive
- panas
- kinda bising
- nampak katil
- nampak tv, PS
- kalau ada mil, kena ngadap ngada2 dia tiba2 kena sembang mengata orang itu ini, kena tolong itu ini tak boleh tunggu waktu habis keje. Topik wajib: Makan. makan apa, Tak nak makan ke, Kenapa tak makan, takkan tak makan, lapar, dari pagi tak makan apa, makan biskut je, rumah takde benda nak makan, kalau free jom keluar makan, kalau free tolong beli makan, kalau tak makan tak nak makan jugak, lapar

No comments: