بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wrbt.
Iman turun naik
Iman itu ada turun naiknya. Ramai yang dah sedia maklum. Manusia memang fitrahnya mudah lupa. Bila lupa tu lah yang mudah jatuh. Jadi mudah hilang punca, hilang arah dan hala tuju. Lupa yang Allah ada Maha Melihat. Lupa yang Allah ada, Maha Mendengar. Lupa yang Allah ada, Maha Mengasihi. Lupa yang Allah ada, Maha Mengampuni. Lupa yang Allah ada, dekat sangat dengan kita.
Tak payah tengok orang lain, tengok diri sendiri je pun dah boleh rasa betapa kadang2 kita ni kuat, terasa mudah hadapi ujian, dan kadang2 tiba2 terasa lemah, semua dugaan terasa susah.
Petua dia, serahkan semula segala urusan pada Allah, tuhan kita.
Perasaan kita, Allah juga yag bagi. Musibah, atau apa2 yang berlaku yang buat kita terasa sebagai musibah, berlaku pun atas izinNya juga.
Allah Maha Tahu
Jangan kita terlalu pandang pada silap orang lain pada kita, atau menyalahkan orang lain yang mengakibatkan berlakunya sesuatu yang tak baik pada kita, atau betapa malangnya kita mendapat musibah sebegitu rupa, sedangkan orang lain tersenyum berbahagia. Kenapa kita je yang asyik dilanda kesusahan kemurungan kesedihan? Sebab banyak dosa, Allah benci ke? (Betul ke kita je yang tak happy pun?)
Kita balik ke Allah. Serahkan semula urusan kita pada Allah setelah kita berusaha. Allah yang izinkan, Allah tuhan kita, mestilah Allah yang tahu hikmah dan kebijaksanaan yang Dia susunkan di sebalik segala yang berlaku. Dan mestilah Allah yang ada penyelesaiannya. Dan Dia jugaklah yang paling tahu setiap butir usaha kita, walau sebesar zarah, betapa mujahadahnya kita melawan segala nafsu jahat kita. Tak percaya?
Bukalah al-Quran. Baca maknanya. Cari. Cari jawapan dekat situ.
Sedangkan kita bila tak faham sesuatu subjek, nak fahamkan pun kita berusaha baca buku, yang nipis tak cukup, baca yang tebal, baca journal sini journal sana, bawak pen kertas berguru dengan yang arif/lebih arif.
Sedangkan bila kita berminat pada sesuatu lagu / movie / games/ berita / artis etc. pun, kita tahu untuk search keywords untuk cari tahu lagi mendalam. Ke tak pernah macam tu? Atau contoh paling dekat dengan semua orang, bila kita minat pada seseorang, jatuh hati pada seseorang. Bila dah minat, setiap inci info kita taknak terlepas kan? Semua kita nak tahu, ye tak? Sampai kadang2, apa orang tu tengah fikir, or apa tindakan dia kalau berlaku sesuatu, atau dia tengah buat apa saat tu pun kita teringin nak tahu, ada tak?
Tak cukup besar ke minat kita pada ilmu Allah yang Maha Luas? Tak cukup besar ke minat kita untuk mengenali Allah lebih mendalam?
Muhasabah (Hisab/Persoal) Diri
Kalau nak petik dalam entry ni ayat-ayat Quran or hadis, secara jujurnya aku pun biasanya google jugak keywords, or mungkin tengok balik ayat2 yang pernah tanda dalam tafsir sendiri. Then tengok mana yang sesuai. Or terdetik sikit2 mana2 yang biasa dengar, kena cari semula jugak nak ingat yang penuh. Kadang2 sendiri pun tak sangka or amazed sebab baru discover ayat2 Quran or hadis yang terkena tepat setepek dekat dahi tapi tak pernah jumpa sebelum ni (or memang lupa habis).
Aku bukanlah orang yang arif pun. Sama2 jatuh, sama2 lupa. Sama2 mujahadah nak bangkit, nak ingat semula. Sama2 cuba untuk berguru sana sini. Mujahadah jugak setiap kali nak melangkah ke majlis ilmu. Kadang2 usaha tu meleset jugak. Astaghfirullah. Tapi setiap kali jatuh, aku anggap sebagai satu ketukan peringatan direct dari Allah, yang mungkin hari-hari aku telah berlalu dengan kelalaian. Tak telus ingat ke Dia. Tak tulus mencintai Allah lebih dari segalanya.
Kira balik berapa jam kita dedikasikan masa kita (yang Allah beri), untuk Allah. Apa maksud dedikasikan untuk Allah tu? Solat turun naik turun naik sepanjang hari ke? Baca Quran berjuzuk-juzuk ke? Ritual2 ibadah lain?
Sebenarnya kalau kita perhati betul2 dan berusaha sungguh2, semua yang kita buat boleh dijadikan ibadah, bila kita luruskan niat kita kerana Allah. Kadang2 mungkin asalnya kita buat sesuatu tu sebab minat je, atau orang suruh, atau sebab semua orang buat ke. Inilah yang dikatakan luruskan niat tu. Macam budak2 sekolah beratur. Asalnya senget benget melilau sana sini. Tapi bila cuba luruskan, angkat tangan letak kat bahu sebagai guide, boleh jadi lurus jugak.
Belajar jadi ibadah. Tengok movie jadi ibadah. Dengar lagu jadi ibadah. Sembang dengan kawan jadi ibadah. Scrolling social network mcm FB, Twitter, Instagram, and website macam Youtube & Dailymotion etc. yang penuh cobaan dan godaan pun boleh jadi ibadah, kalau niat lurus, pasti akan tundukkan HATI dan pandangan, tak TERclick yang tak sepatutnya.
Bila yang kita buat tu boleh jadi alat untuk kita renung di mana letaknya kekuasaan Allah, kebijaksanaan Allah dalam sesuatu tu. Bila yang kita buat tu, boleh buat kita muhasabah diri kita. Refleksi diri kita. Tak buat kita lalai, leka, lupa dunia (or lebih tepat lupa akhirat).
Bila yang kita buat tu boleh jadi alat untuk kita renung di mana letaknya kekuasaan Allah, kebijaksanaan Allah dalam sesuatu tu. Bila yang kita buat tu, boleh buat kita muhasabah diri kita. Refleksi diri kita. Tak buat kita lalai, leka, lupa dunia (or lebih tepat lupa akhirat).
Hak dan Batil
Tapi dalam pada kita berusaha untuk jadikan semuanya ibadah, berhati2 dengan tipu daya nafsu dan syaitan. Ada benda yang memang boleh bawa kita lari jauh menyimpang dari mengingati Allah. Ada ilmu-ilmu yang tak bermanfaat, ada lagu-lagu yang mengkhayalkan, melalaikan. Ada movie2 yang terang2 ada maksiat (or penuh maksiat), melalaikan hanya hiburan semata-mata. Tiada penambahan ilmu. Dari situ lah syaitan dapat ruang mencucuk2 kita. Yang betul, bila dicampur dengan yang salah, akan jadi salah. Ibarat tangan kanan membina, tangan kiri meruntuhkan. Mana yang lebih kerap? Kiri atau kanan? Salah atau betul?
Wallahua'lam.
Ini muhasabah untuk aku hari ini,
dan moga dapat dimanfaatkan at least sikit (kalau tak banyak).
Tak sempat baca balik untuk proofread. Nak masuk kerja dah.
Semoga Allah ampunkan segala khilaf dan salah.
Semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment