Salah satu ciri peribadi muslim yang baik adalah tersusun urusannya (Merujuk pada 10 Muwasafat Tarbiyyah). Huhu masih bertatih-tatih lagi membentuk diri..
Salah satu usaha untuk nak bagi urusan tersusun ni ialah dengan adanya organizer.. Tahun lepas ada satu mak bagi, baru nak belajar guna.. Tahun ni pun ada satu mak bagi yang serupa untuk 2013, tapi tak pakai2 sebab masih tersangkut dengan urusan2 2012. Huhuuu pastu bulan Mei after exam haritu, pandai2 pergi buat kalendar macam kat bawah ni sendiri.. Bagus jugak jimattt lah konon...
![]() |
| Organizer My Style |
Tengah update2 tadi, sibuk lah dok isi aktiviti siap highlight2 lagi mana yang macam excited tak sabar nak pergi.. Alang2 excited tangkaplah gambar kalendar ke planner ke ape tah ni..
Tiba2 Mun call.. Nak confirmkan pasal konvoi raya mariners hari Ahad ni.. Alang2 dia call, ajak la sekali kot dia nak join pergi seminar/talk Ustaz Nouman Ali Khan! ^^ Lessons from Surah Rahman, 5hb Sept kat Masjid Wilayah Persekutuan & The Final Miracle, 6hb kat PWTC (nilah event yang di highlight bersungguh2 tu).
Siapa nak teman? Jom jom jom. Free!
"Khamis Jumaat eh tu?" Mun tanya.
"Eh tak Rabu Khamis." rujuk kalendar buatan sendiri.
"Eh tikah, Khamis Jumaat laa.." Mun reply.
"Ehhh? Jap.. *check calendar dalam laptop* a'ahlaaaaa cane leh silaaaap~"
"Ha nanti kte confirm lainlah" Mun conclude.
Huaaa. Betullah ingat dah, haritu masa reserve seat ada fikir dah, yang kat Masjid Wilayah tu malam Jumaat. Huhu. Terus serabut. Apa ni dari mana dah start salah kalendar niiii.. Check2 dalam 5 minit la jugak sambil berkerut2.. Jumpa!
![]() |
| Missing day |
Nampak tak? 24hb takde!! Rupanya kenduri A.Fitri & K.Sarah Hanim hari Ahad, bukan Sabtu. Maksudnya hari Ahad yang dorang semua ni plan nak konvoi raya and dengan confidentnya aku ingat aku free haritu and beriye setuju wat hari Ahad.. Cane? Cane?
Cane?
Looking at the bright side.. Mujur tulis dengan pensil je semua, boleh padam.. And mujur salahnya dekat bulan Ogos, and September dah start page baru. Tapi yang dah highlight memang tak dapat nak buat apa. Dah la ni first time rasa nak highlight event. Sebelum ni biar bersih je tulis dengan pensil semata-mata. Nak buat baru sayang kertas. Haha dekutdekutdekut~! So bulan Sept kalendar start hari Selasa.. takleh adjust event sebab dah highlight, jadi kena adjust hari. Walaupun hari highlight jugak, tapi lagi senang la kut kan.. ngihiiii..
![]() |
| Bersepah-sepah lah hai.. |
Mujur jugak sedar awal, kalau tak entah2 hari Sabtu jap lagi menonong je pergi Taman Melewar tu tengok2 pengantin takde, tengah bungkus doorgift lagi kat rumah, takpun tengah petik daun inai ke. Pastu tak pasal hari Jumaat depan tu dah sibuk gi Puncak Alam raya rumah Azfar.. wahaha malunyaaaa kalau betul2 jadi~ terlebih excited tu namanya..
Hmm. Soooooo...?



No comments:
Post a Comment