Assalamualaikum.
Doa.
Doa itu senjata orang beriman.
Doa itu menghubungkan kita terus pada Tuhan.
Doa itu tanda kita berserah diri sepenuhnya pada Sang Pencipta.
Doa.
Sesungguhnya kata-kata itu doa.
Doa-doa daripada Al-Quran dan Sunnah semestinya yang terbaik.. Tapi terkadang doa dari hati sendiri itu pun ilham daripada Allah juga. Wallahu'alam.
Setiap kali baca ayat2 doa yang terilham oleh orang2 yang lunak hatinya, aku terharu dan cemburu. Sungguh, terpancar kebeningan hati-hati mereka. Terpancar keikhlasan mereka.
Hari ini, terbaca satu doa dari seorang sahabat kepada sahabatnya.. Tersentuh sangat.. Huhuuu
Moga Allah terus sayang pada mawar suci ini, kuatkan dia dalam jalan mujahadah, ketahuilah jalan mujahadah memang sukar , setiap satu kesukaran tu Allah akan hitung, syurga tu kan indah dan mahal, mana mungkin begitu senang dan mudah nak memasukinya tanpa mujahadah :) Moga mawar agama ini bertemu dengan kumbang agamanya dalam keadaan yg Allah paling redha, dimudahkan dlm semua urusan dan diberi kebaikn dunia akhirat. Jaga diri, jaga iman, jaga hati, Allah sentiasa sayang padamu :)
Dialah mawar suci yang sebenar.. Huhuuu terus menangis dalam hati. Aku jauh sekali.
And terus aku doakan yang sama pada semua yang aku sayang.
Satu lagi, himpunan doa dari Ustaz Nouman yang aku suka sangat..
Nanti aku kongsikan dekat entry lepas ni.
Terfikir. Mungkin atas dosa dan khilaf diri, ilham dalam menyatakan suatu doa dengan kata-kata yang indah itu tak sampai pada aku.. Mulut pun, terkadang awalnya tak berniat nak berkata yang buruk dan negatif, tapi itu yang akhirnya lebih banyak berbanding kata-kata yang baik. Bila nak berkata yang baik-baik pulak, terkelu, dan akhirnya tersimpan dalam hati je. Astaghfirullah... Kalau boleh, nak cakap yang baik-baik je dengan hati ikhlas. Yang buruk-buruk simpan sendiri. Kalau boleh nak cakap yang indah-indah saja dengan hati tulus. Yang hodoh-hodoh biarlah pergi macam angin lalu. Hati biarlah sebening mata air.. Huhuuu Allah.. Izinkanlah.. :(
Akhir kata,
doa terbaik sempena Syawal
Taqabballlahu minna wa minkum.
Semoga Allah terima amalan kami dan kamu semua.Kullu 'am wa antum bikhair.
Semoga kamu semua beroleh kebaikan sepanjang tahun.
Ameen Allahumma Ameen..
“Indeed, my Lord is the Hearer of supplication.” - Al-Qur’an 14:39
No comments:
Post a Comment