Bismillah dan Assalamualaikum.
Setiap orang diberi ujian berbeza rupa
namun impaknya sama, tujuannya sama.
Apa yang senang pada orang, susah pula bagi kita.
Apa yang payah pada orang, bukan masalah pada kita.
Ada orang, tertusuk pisau itu bisanya menusuk kalbu, itulah yang paling bisa
Tapi bila dicaci dihina dia tetap teguh berdiri.
Ada orang tertusuk pisau itu ibarat dijentik saje, ada lagi yang lebih bisa.
Namun saat diherdik dimaki jatuh dia terjelupuk.
Ada orang, menutup aurat itu mudah namun solat awal waktu itu payah.
Ada orang, solat itu ditunggu-tunggu, namun menutup aurat ibarat satu pengorbanan.
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan berbeza.
Kekuatan dan kelebihan pun pada aspek berbeza,
supaya kita dapat saling melengkapi dan mencukupi.
Dan apa jahat yang orang buat pada kita,
mungkin kerana pernah kita buat pada siapa-siapa tanpa kita sedar.
Tambahan:
Ada orang mungkin nikmat dia Allah bagi selera yang besar
dapat menikmati pelbagai jenis makanan dengan hati senang,
tapi mungkin tak dikurniakan kesihatan yang tiptop sejak kecil.
Ada orang pula seleranya kecil cerewet pula,
tak dapat menikmati pelbagai jenis makanan dunia,
tapi alhamdulillah tak perlu berusaha banyak untuk kesihatan yang mantap.
And too much of anything is never a good thing.
Ada masa, rasa macam tempat tu hanya mengundang rasa tak senang.
Cemburu, rasa tersisih, tersinggung, iri hati, serabut, keliru, cemburu.
Apa-apa saja yang dapat syaitan bisikkan padaku.
Sampai rasa macam nak buang saje diri dari tempat tu.
Namun kerana manusia-manusia yang indah dan lunak hati mereka,
aku tetap harungi dugaan tempat itu yang selalu menghenyak jiwa.
Indahnya mereka, mengubat jiwa-jiwa yang resah.
Lunaknya mereka, menjernihkan keruh dalam jiwa.
Ingatnya mereka pada tuhan, membawa aku yang alpa kembali beringat.
Ya Allah rahmatilah mereka, redhailah aku,
dan pertemukanlah kami di syurgaMu kelak Ya Allah..
Suatu hari bila tiba waktu Tuhan memanggil aku pulang,
harapnya, aku dapat bawa pergi sekali segala sakit hati yang pernah aku bagi pada orang.
harapnya, lenyaplah jika ada dendam yang pernah berakar disebabkan aku.
harapnya, kita dapat bertemu semula di syurga yang cuma ada bahagia saja.
Harapnya, cuma senyum aku yang dikenang, bukan kerutku.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment