adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Monday, November 19, 2012

Puasa nak kurus?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum w.r.b.

"Tak jadilah puasa. Sebab takut salah niat sebab nak kurus."

Biasa dengar?

Jom renung hadis ni jap;

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. 

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : ( hadis nombor 1908).
Sumber dan ulasan lanjut tentang hadis: sini


Sememangnya amalan kita mesti disertakan niat yang baik. Dan apa yang kita niatkan, dengan izin Allah akan kita perolehi. Jika kesenangan dunia yang kita niatkan, dunialah yang kita dapat. Jika mendekatkan diri kepada Allah adalah tujuan kita, insyaAllah itu yang kita akan dapat. Itu janji Allah.

Pendapat saya, tak salah meniatkan dunia semata-mata dalam amalan kita (i.e. nak kaya, nak kurus, nak cantik, nak sihat), berdosa pun tak selagi niat nak kurus, nak kaya, nak cantik etc. tu bukan untuk menanam riya' dan ujub pada diri (Naudzubillah). Cumanya, rugilah kita dapat dunia sahaja.

Tapi, rugi lagi kalau kita langsung tinggalkan amal tersebut. Betul tak?

Ibadah tetap ibadah. Amalan yang baik itu tetap baik. Niat itu menentukan apa yang kita perolehi dari amalan kita. Ya, kalau niat tak baik, sia-sialah amalan. Tapi kalau tak beramal, sia-sialah hidup.

Dengan izin Allah, bila selalu diamalkan mudah-mudahan kita akan nampak kesan baik dari amalan tersebut dan tubuh pun jadi semakin ringan untuk beramal (alah bisa, tegal biasa). Secara tak langsung, mudah untuk kita bertatih-tatih luruskan niat.

Persoalannya. Tak baik ke niat nak kurus? Tak baik ke beramal sebab nak kaya? Macam mana nak luruskan niat? Latih diri. Setiap kali niat tersasar dari kerana Allah (iaitu mendekatkan diri kepada Allah), cepat2 sebut pada diri untuk niat kerana Allah.

Contoh.

Bila dah kurus/sihat, mudah-mudahan badan jadi lebih ringan untuk beribadah. Selain tu, jadi semakin mudah untuk kita hulurkan pertolongan dan pinjamkan kudrat pada orang lain yang memerlukan.

Kalau nak kaya pulak, cuba niatkan untuk membantu ekonomi Islam, bersedekah, menderma. Itu kan satu bentuk ibadah jugak.

Kalau nak cantik, tanya diri semula, kenapa? Sebab nak tarik perhatian lelaki? Sebab dahagakan pujian? Sebab nak popular? Nak disayangi semua? Ya, dikhuatiri terjadi ujub atau tabarruj pulak. Cuba luruskan. Mungkin, untuk membina keyakinan diri dan keyakinan orang pada kita? It's okei. Allah pun sukakan kecantikan :) Tak dinafikan orang yang cantik selalu dapat lebih perhatian. Dengan keyakinan dan tarikan yang terbina, ambil peluang itu untuk kita sebarkan kebaikan.

Gambar Hiasan. Sumber: Google
Semuanya berbalik kepada niat. Niat di atas niat.
Kuncinya di sini, belajar luruskan niat.
Bukan tinggalkan amalan.. :)

Wallahu'alam. Ini hanyalah pendapat yang dah lama simpan sendiri. Kalau ada salah sudi2 lah betulkan. Kalau ada kemusykilan, sudi2lah bertanya. Kalau tak setuju, sudi2lah kita musyawwarah. Sesungguhnya, yang baik itu dari Allah.. dan yang tak baik itu dari kelemahan diri saya sendiri.


Barakallahu li walakum. Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


No comments: