adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Sunday, November 11, 2012

not cut out

Bismillah dan Assalamualaikum.

Semalam pergi kenduri adik Farid dekat sek 7. Drive sendiri, tahniah~ Amek Tima and Alina sekali. Siap hujan lebat lagi petangnya. Ada improvement la kan? Untung2 sampai je rumah Farid, terus dapat parking dekat gila. Tapi nak kena parking tempat sempit and berbukit.. Menggelabah terus. Haha last2 abang Farid tolong park kan sebab dah menghalang jalan. Terima kasih ye~

Then turned out, dak SAAS ada kitorang je. Oh ada la jugak cousin Farid, Shira.. oh and Fathi Yasmin jugak. Tapi tak tegur. Sori! Then ada Jaie and kawan dia. Tak sengaja pulak buat muka awkward kat Jaie masa salam sampai dia tanya "Kenapa....macam tu?" Adoi padahal sebab blur tak tau nak salam laga2 pipi ke, salam shake hand je ke, or salam calit2 ibu jari ke. Sebab lain orang lain preference. Hoho tapape je.

Then lepas makan sedap, masuk rumah tengok dulang2 hantaran. And then Alina needed someone to listen, so we listened to her sampailah pengantin sampai. Hope she felt better, and segala urusan dia dilancarkan. Pengantin sampai je terus hujan lepastu, so kitorang pun mintak diri. Hantar Alina and Tima balik, then baliklah rumah. Fuhhh penat gila!

Hilang kejap kegelisahan dan kegusaran dalam hati. Hepi dah lama gila tak jumpa Tima, akhirnya jumpa. Terkenang zaman2 baru dapat lesen dulu selalu je drive pergi balik rumah Tima. And itu 6 tahun lalu. Emm Imani pulak, patut kata nak gi same semalam tapi cousin die tunang pulak and die kene tolong. Huhuuu and Myam pulak tengah exam kat India. Oh and Umar, kate nak datang tapi bila kitorang call tiba2 ada kat Genting. Hoho terus kitorang tuduh die gi honeymoon dengan tunang die. Yang lain tak tahu..

Sayangnye, sekeping gambar pun tak amek semalam. Penat je pinjam Shikin punye Olympus Tough baru~ wuuuu

Anyway, anything baru in my life? Not really. Boring life~ Hihi. Cuma handphone sekarang dah Alzheimer sikit, ada some phone numbers die tak recognize, so die kua nombor je takde nama. Jadi terpaksa guna conversation mode senang nak tengok previous messages untuk recognize tu nombor sape (yang tak biasa mesej la especially). Tapi conversation mode adalah extra super duper slow dari inbox mode. Maka terlatihlah kesabaran ditahap tertinggi. I'm cool. Tapi dah tahu sekarang, Sony memang ada masalah lagging kot. Try Experia Alin haritu pun memang menguji kesabaran betul. Terus buang dari list. Hee

Oh and ayah suruh cari kerja cepat2 and tanggung diri sendiri. Family tak support sambung phd terus after master ni. And dorang jugak tak support aku jadi lecturer because they say they know me best, and that I'm not cut out for it. Siap gelak ramai2 ni bila cakap nak jadi lecturer. Hmmm. Down? Mula2 ada sikit. Tapi sekarang I'm glad they've said it. Sendiri pun not confident in the first place sebenarnya. So sekarang clear sikit.

That's all for today. Esok birthday Ayah. Lusa birthday Wiwin (and Takuya Kimura *ehhh*). Hihi lastly, mak kata ustaz pesan, buatlah tanah kita sendiri kat syurga nanti dengan tanam banyak2 pokok. Iaitu dengan memperbanyakkan menyebut "La hawla wala quwwata illa billah" (Hadith). Wallahu'alam :)


Ps. Susah hati tu ada. Tapi..

No comments: