Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
Isnin kelmarin, bercadang ke Surau Za'aba sebab dengarnya ada Tafsir Juz Amma lepas maghrib sebelum Isya'. Majlis ilmu ibarat taman syurga. Selalu tak dapat pergi majlis ilmu lain sebab jauh (takde transport) and kena bayar mahal (to me yang belum ada income). Ini dah ada yang reachable, and free takkan takmau gerakkan diri jugak merebut peluang. Walaupun assignment melambak and kerja lain pun banyak, dapatlah releasekan sikit tekanan.
Jadi dalam pukul 6.30 petang tunggulah bas dekat bustop KDO. Tunggu punya tunggu, tak sampai2. Sangat tak suka menunggu dan paling tak suka menuggu seorang diri. Hati pun mula goyah dan berkira-kira untuk teruskan perancangan. Astaghfirullah lemahnya.
Sementara menunggu terpandang satu buku nota berkulit hitam, saiz besar sikit dari tapak tangan, seakan diari. Eh ada orang tertinggal buku dekat bustop. Hmm penting tak agaknya? Aku tertanya. Aku pun selak buku tu. Mujur pemilik buku tu ada tulis nama, e-mail dan no. telefon. Farah Hamizah namanya. Aku pun terus mesej dia, tanya nak aku simpankan atau tinggal saje kat bustop. Tak berjawab.
Dalam pukul 7.07 malam, masih takde bas 6Z (satu2nya bas yang lalu KDO dan naik ke Za'aba). Azan maghrib dari surau KDO dah pun memanggil2 umat manusia menuju kejayaan berlipat ganda kat surau. Makin gusar hati fikir patut terlepas maghrib ikut imam and kejarkan Tafsir Juz Amma tu, atau kejarkan pahala 27 ganda berjemaah kat surau KDO.
Iqamat pulak memanggil untuk masuk ke dalam saf dan meluruskan. Tak boleh jadi, takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Aku pun buat keputusan untuk kejarkan berjemaah dan mula berjalan laju2 tinggalkan bustop menuju ke surau KDO. Dalam perjalanan yang laju tu, terdetik sekejap sedih dalam hati sebab last2 tak dapat ikut Tafsir tu. Mulalah ada rasa sedihnya takde transport. Sampai je depan pintu surau, aku nampak bas lalu dari jauh. Terdetik lagi, salah tak keputusan aku ni? Huhu
Bila aku masuk surau, jemaah perempuan termasuk aku cumalah 5 orang. Aku terus masuk ke saf sebab dah ada wudhuk. Alhamdulillah sempat rakaat pertama bersama imam. Selesai je solat maghrib, hp masuk call. Aku pun cepat2 silentkan and perasan ada mesej masuk. Farah (pemilik buku) tu kata buku tu sangat penting untuk dia and dia nak jumpa untuk ambik buku tu. Mujur aku bawak sekali buku tadi dengan aku. Aku pun bagitau dia aku ada dekat surau, dan dia buat cadangan untuk jumpa dekat cafe KTHO lepas Isya'. Aku setuju.
Lepastu, aku tilawah sementara tunggu waktu Isya' (alang2 dah ada kat surau). Aku baca Surah al-Anfal haritu. Masa tengah baca, datang seorang ni mintak nak join, tasmik sama2 (dengar dan betulkan tajwid). Kasni nama kawan baru ni. Gugup sekejap mula2 sebab tak expect, tapi bersyukur berlaku sesuatu yang lain dari kebiasaan. Alhamdulillah terpujuk hati yang sedih tadi. Mungkin ini hikmahnya, Allah knows best. Kitorang pun gilir2 baca. Ada dalam 10 mukasurat, Kasni mintak diri sebab dia ada meeting. Jadi aku teruskan baca sampai azan Isya'.
Lepas Isya' perut dah mula berkonsert. Aku pun terus menuju cafe KTHO and order bihun bakso. Sup dia plain tapi bakso dia sedap ^^ Lepastu Farah mesej minta maaf dia tak dapat terus datang sebab kolej dia wajibkan tahun 1 (adik rupanya) dengar ceramah and dia tak tahu sampai pukul berapa. Aku pun tunggu dia, sampailah selesai makan. Tapi sebab dah lewat malam, aku mesej dia aku kena balik bilik dah. Dia kata takpe nanti dia sendiri cari.
Sampai je blok sendiri, singgah bilik Mun sebab dia kirim roti awal tadi. Duduk sekejap rehatkan diri, Farah mesej and tanya nak jumpa kat mana. Aku pun suruh dia tunggu depan foyer KDO je sebab aku fikir jalan nak ke blok aku mungkin rumit (and gelap) untuk dia. Sesampai aku kat atas tu, bertemulah seorang kakak dan seorang adik yang ceria bersama rumetnya. Aku hulurkan buku, tukar2 nama sekejap and balik bilik. Fyuhh~ penatnya! Then mesej penghargaan tak terhingga masuk :)
Hehee aku faham perasaan tertinggal barang merata and mengharapkan orang jumpa and simpankan, and bersyukur sangat bila dapat balik barang tu. Emm and walaupun sempat sedih kejap maghrib tadi, terpujuk hati dengan apa yang jadi malam tu. Alhamdulillah.
Semalam, adik Farah ni ajak minum2 kejap dekat cafe KTHO. Kitorang pun berkenal2 and kongsi2 cerita sekejap. Rupanya dia student Electrical Engineering, February baby jugak, and dari Negeri Sembilan. Farah ni nampak ceria and easy going orangnya, comel and suka betul senyum. tapi dia cerita dia sangat tak confident kalau kena cakap depan khalayak. Eh sama pulak adik akak ni. Eceh! Hehe seronok dapat adik baru. Mujur pemilik buku tu perempuan, kalau lelaki mesti cam bosan je kejadian pulang buku ni haha..
Barakallahu li walakum :)

No comments:
Post a Comment