Bismillah dan Assalamualaikum.
Semalam sepatutnya ada update, tapi disebabkan last2 fed up dengan touch screen Motorola Xoom ayah yang tak mencapai kata sepakat, akhirnya berhenti menaip. I originally memang tak suka orang touch and leave fingerprints on my screen. Then zaman berubah, almost all gadgets berfesyenkan touchscreen. Kenalah cuba kan. Tapi tasuke tasuke tasukenya. Wuwu kenapa orang suka? Kenapa orang tak suka keys and buttons? I like pushing buttons. I definitely prefer keyboards than touchable screens yang kekwat dan take up ruang screen dengan banyaknya setiap kali typing.
Ayah kata, "Engko yang koman.."
Biar! hohohohoho~
Sekarang sedang menaip menggunakan netbook HP Aishah yang dia dah tak pakai. Walaupun keyboard dia kadang2 mengelat, tapi boleh tahan lagi kot.
Okei, Syawal dah pun tamat Maghrib tadi. Jadi sekarang bulan apa, sape tahu? haaa~ Saje nak test alert ke tak dengan bulan-bulan Islam ;)
Semalam.
Tengahari drive ke kenduri Atiza kat sek 8. Rindunya drive ke situ. Dulu selalu drive situ gi rumah tima. Semalam pun park depan rumah Tima je. Sampai rumah pengantin just before pengantin lelaki sampai, as pengantin perempuan dah siap2 tunggu kat rumah. Masatu duduk randomly je sebab rasa macam tak kenal siapa2. Kenal muka and nama je la. Huhuuu. Ada nampak Aqilah Ratna, Liyana Sarkhan, Sakeenah, Maryam Eleena. Oh adala jugak tegur Fatin Fariza and Mariam Taib. Tapi tegur jela, huhu tak pandai nak beramah mesra. Then about half an hour lepastu, Nabilah pun sampai dengan cousin dia 2 orang, Nurul and Atiqah (Haha). Janji dengan Izzah & Nabilah sebenarnya, tapi tiba2 Izzah demam pulak tak dapat datang. Time makan nampak si cantek Fateen Farhana dari jauh. Hmm end up tak tegur jugak. Why tikah why??
After makan, aku and Nabilah terus straight ke pengantin. Tak tangkap any gambar, just salam and ucap tahniah je. Then kitorang terus ansur diri, sebab Nabilah and cousin dia ada plan lain. Kitorang split up ke kereta masing2. Then I thought nak singgah rumah Tima kejap since dah depan rumah je pun. Macam, 5 tahun kot tak jumpa. Ye saya kawan yang teruk. Emm tapi I lost her home no. Call hp dia tak berjawab. Huhuu so I just proceed with the plan made earlier. Just before kenduri, Ary ada mesej and kata nak datang dari Puchong. So plan dengan dia jalan2 after kenduri ni. So before gerak, I messaged her bagitau dah otw home so that dia boleh mula drive her way here. Sampai rumah, after solat and sementara tunggu Ary sampai, sempat beraya ke openhouse Pakcik Badli (jiran tingkat atas).
Then Ary arrived dalam 3 suku petang. Nak pergi mana?? Hehe since taktau nak ke mana, just drove around random places, just to improve my driving skill and confidence. Bawak Gen2 ayah! ^^ Mula2 bawak Ary gi tengok rumah baru tapi dari luar je la. Don't have the key yet. Ni baru kali kedua tengok pun. First time Shikin bawak dulu time malam. Then dah tengok, pergi tengok rumah kawan Ary pulak. Haha lalu tepi je jugak. Pastu tiba2 dah terkeluar highway. Waaa banyaknye kereta nak muntah rasa. haha ngade betul. Dah gelabah2, excited jugak first time bayar tol. Haha gelak je time tu sebab neves campur excited. Masa nak bayar tol tu, akak tu kata "Jauh sangat dik.." hoho pastu dia gelak. Malu~ Pastu weeee masuk balik ke Shah Alam, terus menuju i-city. Tapi tak masuk jugak hehe sebab Ary tamau, sebab siang pun. Pastu tak tau nak gi mana dah, drive laa balik ke rumah.
Otw nak sampai dah tiba2 Ary sebut pasal Bukit Cerakah. Hoho terus pusing kereta 360 darjah and tuju ke Bkt Cerakah. Hebatnya bunyi~ Haha masa sampai tu kul 4.30 petang dah. Masuk2 terus naik tourbus menuju rumah 4 musim. sekarang tengah Spring! toing toing toing~ Sejuk rupanya weh... Wangi pulak tu ada faint flower scent.. And semestinya la cantek kan. bungaaaaa banyaaaaak~ Rasa nak dok situ terus takmau keluar dah. Haha Oh kat situ, terjumpa Mek Put pulak. Kawan matrik dulu, classmate dengan Wani roomate. Rupanya dia ikut rombongan budak2 sekolah dari Ipoh, kebetulan mak dia cikgu kat sekolah tu. Hehe lepas bertukar2 cerita sikit, sempat tangkap gambar berdua ^^
Pastu akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu. Sunyi. Budak2 sekolah tu dah keluar akhirnya. Takdelah sesak and bising dalam rumah 4 musim tu. Syok tinggal kitorang dua je dalam tu. Kitorang pun seronoklah bergambar sakan dalam tu. Sekali ada gadis cantek masuk. Dia senyum and tegur kitorang "Tempat ni dah tutuplah." Hahaha patutlah tiba2 sunyi sepi~! Kitorang pun cepat2 la keluar sambil sengih2. Keluar je dari situ, nampak dari jauh bas dah sampai. Terus gelabah sebab rasanya tu bas terakhir untuk hari tu. Kitorang pun bersungguh pecut ke arah bas tu. Fuh huah huh lamanya tak lari. Terkejut otot. Dah la pakai baju kurung semalam! hahaha kelakar pulak rasa~ ala tak puas sebenarnya masuk situ. Next time pergi pagi2 eh. Leh gi banyak tempat sikit :)
Lepastu kitorang ke gerai sek 2 pulak, makan ABC coco. Nyumm nyumm~ Habis makan, pulanglah ke rumah. Alhamdulillah.. Oh Ary paksa parking kat tempat sempit semalam! hahaha thank you ajar saya parking.. Thank you teman saya practice driving~! InsyaAllah skill taktau ada tambah tak, tapi definitely confident level naik sikit.. Hehee muahx~
Emm.. sebenarnya semalam Syudie buat open house. Lupa habis! Dah janji dengan Ary baru ingat sebenarnya. Huhuu sori... Last week open house Mira & Syifa pun dah tak pergi, tapi tu sebab selsema teruk.. huhu bila pikir sedih pulak tak dan pergi rumah dorang.. Minta maaf kawan2.
Ps: Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Adlan@Gaban yang telah kembali ke rahmatullah Jumaat lepas (14 Sept 2012) akibat kemalangan. Semoga cukuplah mati menjadi peringatan buat kita semua.
No comments:
Post a Comment