adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Sunday, August 26, 2012

ups and downs in the sea of Allah's Love

Bismillah dan Salam Syawal.

And so for today, because of the entry before this one,
I decided to make this blog open again.
But for how long, I'm not quite sure yet.
Maybe just for a while.
Maybe for a longer time.
or maybe for good?


Ada satu cerita. Tak ingat exactly apa yang dicari and dekat mana, tapi lebih kurang macam ni:

Haritu cari jarum dalam satu kotak yang sangat banyak benda bukan2 lain dalam tu. Masa tengah cari, sendiri je yang assume jarum tu mungkin dalam tu. Masa cari, terfikir kemungkinan lain. Mungkin jarum tu takde pun dalam tu. Mungkin jarum tu ada kat tempat lain. Dengan automatik, fikiran tak fokus masa mencari. Jadi, tak jumpa2. Mulalah cari dengan mulut (bebel tak jumpa).

Lepastu mak cakap, mesti ada punya dalam tu. Takde simpan tempat lain. Aku percaya cakap mak, jadi automatik keyakinan aku muncul. Dan secara tak langsung, aku percaya jarum tu ADA dalam tu. Mungkin sebab aku jadi lebih fokus bila aku yakin jadi aku akhirnya jumpa, beberapa saat je lepas mak sebut.

Ajaib bukan, apa keyakinan dan kepercayaan boleh beri pada kita?

At least, itulah yang aku rasa masa tu.

This, made me reflect so much about myself and the people around me.

Bila kita percaya janji Allah, yang syurga itu benar, neraka itu pun benar, suruhanNya baik, laranganNya buruk untuk kita.. hidup mesti lebih mudah kan? Tapi susah kan? 

Sebut suruhan dan larangan secara general memang tak nampak susah. Cuba sebut secara khusus. Contoh, Allah suruh berdakwah, ajak pada kebaikan, cegah pada kemungkaran. Buat tak? Contoh lagi, Allah larang berdua-duaan antara laki dan perempuan ajnabi tanpa muhrim bagi kedua-duanyanya.. Masih beralasan lagi tak? Contoh lain pulak, Allah janji dengan setiap harta yang kita sedekahkan, Allah ganti berganda2 untuk kita. Berat lagi tak? Allah suruh labuhkan tudung menutup dada, tutup aurat kaki and tangan hingga pergelangan tangan. Buat tak?Emm.. *astaghfirullah*

Nak mulakan susah, nak pertahanan pun susah. Bila sebaliknya tu yang biasa bagi kita, nak patah balik tu susah kan? Ya, susah.

Tapi tak mustahil. kalau kita percaya janji-janjiNya.

Kalau di dunia kita nak semua yang terbaik, seharusnya syurga pun kita mahu yang tertinggi kan? Mana mungkin kita yang sekadar beramal untuk diri, then selalu (atau sekali sekala) pulak tunduk dengan nafsu ni, mampu nak tandingi orang2 yang berjuang berkorban membela Islam, merancang untuk pembangunan Islam, serta berjihad sehari-hari melawan nafsu.. Syurga Firdaus? Mimpi kosong! Wallahu'alam.

Ini muhasabah diri.. yang takde niat lain berkongsi selain mengajak sama2 muhasabah.
.
.
.
(Emm.. Tapi untuk percaya orang lain pulak, adalah perkara yang jauh berbeza.)

Saya nak minta maaf pada anda-anda yang sering terluka dengan kepahitan diri saya.
Coklat gelap yang disalut coklat putih.
Nampak manis, tapi pahit didalamnya.

Hee nak muntah tak kata diri sendiri nampak manis?

Again, iman itu sifatnya sentiasa turun naik. And mine, is on a roller coaster ride. Tapi saya sedang berusaha membaiki diri dari hari ke hari. InsyaAllah..

Saya bukan "orang lain".

p/s: A bit jumbled-up entry kot. Tapi that's how my mind works. Suka lompat sini sana sini sikit. Sendiri pun tak faham.

No comments: