Bismillah & Assalamualaikum..
"Agak2 kalau orang yang setiap hari tanya khabar kita tiba2 senyap dua tiga hari, sebab dia bizi sangat ke, sebab dia nak kita tanya khabar dia dulu eh?"
"Aku rasa dia bizi. Baik jangan kacau dulu."
"Oh."
Dialog September tahun lepas. That's the case :)
Sebenarnya dah cuba untuk tak luah dekat mana2, nak cuba simpan sendiri, pujuk diri sendiri and just doa padaNya. Tapi it can't be contained anymore, I have to let this out! SeaDAS dah seminggu tak sudi nak proses data!!
Fyuhh~!! Penat godek segala FAQ berkaitan dekat website dia, bacalah jumbled up codes logstatus loguser bagai nak cari punca.. tak jumpa2 penyelesaian. Mula2 rasa dah faham. Komponen (luts) seadas yang baru tak compatible dengan seadas 6.3. Tukang jawab FAQ yang bernama Sean tu kata, sama ada revert balik komponen tu kepada yang lama kalau dah terupdate (yang mana aku tak tahu2 dekat mana nak cari), ATAU install seadas 6.4. Oh my so tedious.
Kebetulan di saat serabut mabut, e'in mesej ajak buka sama2 sekali dengan wiwin and mun. Emm jujur aku kata, aku sangat suka kalau dapat spend time dengan kawan2. Sangat. Tapi kalau bulan Ramadhan, aku prefer berbuka simple2 dekat rumah saje, then pergi taraweh dengan mak and ikut mana2 group tadarus yang sesuai. Itu rutin tahunan yang aku selesa. Aku kurang gemar keluar berbuka dekat kedai makan (yang selalunya kalau ramadhan mesti mengecewakan) lepastu kelam kabut makan sebab nak kejar maghrib, ATAU maghrib dulu then makan then dah tak semangat or tak sempat nak taraweh. Jadi aku selalu rasa berat sikit sebenarnya. Berlawan-lawan hati dengan nafsu setiap kali orang ajak.
I would appreciate if my friends would understand this. But kalau sebab ni, buatkan kawan2 tak sudi or tak berani lagi nak ajak aku keluar or makan sama2, so be it. I'm so done with pleasing people but then being misunderstood. I have my time of ups and downs too. And I regret that I have to say, I am not very in a stable mode this time around. Thus, I'm not very friendly. Sorry sangat9! Gomenasai~!
Tapi lepas pikir2, aku pun rasa nak ke lab GIS jap nak tengok kot2 boleh proses pakai seadas kat lab. Maka ke UKM lah aku kelmarin. Tapi aku belum bagi kata putus dekat diri sendiri jadi ke tak berbuka dengan dorang sebenarnya. Nak, tapi berat. Sepanjang journey, aku sama ada tidur (sebab malam tu tak tidur cari solution seadas) ATAU pikir nak balik pukul berapa. Sampai je bangunan lab, ke surau dulu. Jumpa e'in kat situ, sembang2 then baru proceed ke lab and try proses. Version yang lab GIS pakai ialah seadas 6.2! Oh my lagi terkebelakang ni. So I ended up bugging wiwin yang tengah gigih siapkan modul subjek sem depan sambil buat beberapa origami bunga..
| Origami Bunga!! ^^ |
Then lepas zuhri, aku ke lab kimia and buat origami untuk mun pulak sambil bermanja2 ahahah apekah.. Hurm siap je origami aku naik lab GIS balik proses mana2 data yang boleh diproses. Apparently, proses L1B ke L2 boleh pulak walhal dekat aku punya semua proses takleh.. tu jelah tapi, yang bolehnya.. Then aku decide berbuka dengan dorang.. Cair jugak kalau orang pujuk2 sambil mempamerkan kasih sayang ni.. Ecewah ke aku je yang perasan and seeing things haritu sebab terlalu hampa dengan seadas dekat lab?? Tapi definitely berkeras takmau bermalam dekat UKM. Ini pasti :)
Maka pukul 4 gerak ke Mines and sampai cukup2 masa untuk Asar. Then book tempat makan and pusing around the mall. Cari air untuk minum nanti, somewhere else (sebab taknak beli kat kedai makan tu hee) and some other things tak ingat dah sebenarnya. Then rasa macam penat badan lak, so kitorang decide tunggu dekat surau je. Haha amekau kul 6 dah ada kat surau, merepek jelah jadinya. Astaghfirullah~ Ketawa bukan main teringat pasal dagu bakal suami win~ haish~ Masuk je waktu, Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa ala rizqika afthortu.. ameen.. kitorang buka minum air sikit, solat, then proceed ke tempat makan :)
Alhamdulillah atas segala rezeki dan nikmat. We are soooo fortunate, if we know where to look upon.
Lepas upacara potong muffin perisa coklet and pisang (pandan and vanilla tak sempat potong dah habis) sempena birthday win yang akan datang (haha!), kitorang terus menggerakkan kaki untuk pulang. Aku dah bajet lepas makan terus balik, sempat nak tadarus kat masjid. Jadi win jatuhkan (istilah mun ye, direct translation gaya ukm) aku dekat bustop across station komuter tu. Leh bayang tak? hee saje je nak suruh imaginasi tu bangun dari tidur. Lepas muah3 sikit, aku turun kereta dan cepat2 cross jejantas. Tamo delay2. Hehe then dalam train kononnya nak baca ma'thurat. Baru habis sampai takat 2 ayat terakhir Al-Baqarah, mulut dah tak mampu kuar suara. Suddenly rasa lampu ultraman dah bling2 dengan lajunya. Jadi baca dalam hati. Tapi baru satu line mata pulak dah tak mampu nak bukak. Jadi aku simpan balik ma'thurat aku, and tidur lena. Masa tunggu transit dekat klsentral pun dok sengguk2. Mujur kosi tak bersandar, kalau ya mungkin akan terlena hingga esok pagi. Dalam tren nak ke shah alam pun aku tidur lena lagi. Then naik teksi terus ke masjid negeri. Amek wudhu' baru rasa segar sikit. Betul pulak kiraan aku, sampai masjid tepat2 je time taraweh abeh and nak start tadarus.
Huh.. Penat tak abeh, sampai harini baru rasa normal balik. Huhu lemahnya lah badan. Mungkin sebab tak exercise. Dua hari tak dan nak jenguk masalah seadas sebab still rasa penat. Malam tadi baru try godek2 balik and try pakai seadas 6.4. MASIH! Masih takleh proses~ wuwuwu tak tau kenapa.. tolonggggg~ Ya Allah permudahkanlah urusanku Ya Allah.. Ampuni aku jika ada aku tersusahkan urusan orang lain.. Ameen~~
The end.
I did feel a bit better now :)
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment