Bismillah and Assalamualaikum.
Hampir seminggu lebih, aku seakan kebas. Kebas dengan himpitan dunia. Aku biarkan diri ralit dengan hiburan. Jauh di sudut hati dan minda, aku tahu semua ni tak bawak baik sikit pun untuk aku. Tapi aku biarkan diri leka. Kenapa?
Aku tak tahu. Syaitan menguasai? Nafsu merajai? Entah.
Everyone is fighting their own battle.
Life, is a constant battle.
Hidup ini umpama roda.
Sungguh, aku bukanlah orang yang sentiasa beringat. Nak mempertahankan iman adalah perkara yang tak mudah bagi aku. Berperang dalam diri tanpa henti. Godaan dan dugaan dunia tak henti2 memanggil. Seorang wanita yang tinggi darjatnya? Jauh sekali..
Aku sangat mudah terpengaruh. Aku sangat mudah terleka. Aku perlu betul2 jauhkan diri dari perkara2 lagha. A glimpse of it could drown me so deep, drift me so far. In order to have self control, I have to make sure I'm completely away from those culprits. Not a glimpse. Not a teenie weenie bit. Stop, once and for all. Sekali dah mula, sangat sangat sangat susah nak berhenti. Dan satu perkara boleh leads to another and another and another.
Jadi, bila orang kata aku pandai control diri.. itu semua suatu pembohongan. Aku tak pandai, sebab tu aku elak sungguh2.
Kadang2 cemburu jugak tengok orang lain dok kongsi macam2 rancangan or movie yang dorang tengok sama2. Teringin jugak nak macam orang lain, asal mengidam nak makan apa2 terus pergi carik sampai ke hujung dunia. Hatta yang syubhah pun. Naudzubillah.
Teringin. Cemburu. Itu senjata syaitan.
Tak semua yang kita inginkan tu baik untuk kita.
Bukan nak maksudkan salah tengok macam2 cerita or mengidam macam2. Allah kata, zahirkan nikmat yang Allah bagi pun salah satu cara bersyukur. Cuma.. aku yang takut kalau nanti aku jadi lupa and melampaui batas.
Bukan nak maksudkan salah tengok macam2 cerita or mengidam macam2. Allah kata, zahirkan nikmat yang Allah bagi pun salah satu cara bersyukur. Cuma.. aku yang takut kalau nanti aku jadi lupa and melampaui batas.
Astaghfirullah.. Aku tak mahu cintakan dunia Ya Allah.. bantu aku..
Bila semakin jauh dari Dia, automatik ketawa bukan lagi gembira. Senyum bukan lagi bahagia. Gembira bukan sebenarnya gembira. Hati sedih tanpa sebab. Hati yang tak rela dijauhkan dari pemiliknya. Hati yang tak rela diisi dunia. Gelisah entah dari mana. Resah tak berpunca.
Take me back Ya Allah.. Forgive me..
No comments:
Post a Comment