adakah masih ada rasa malu?
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)
Monday, April 23, 2012
Dedikasi
Dari belikatku nanti, akan tumbuh sayap daripadamu,
yang membuat aku terbang tinggi,
membawamu bersama diri ini,
kepada Ilahi di langit tertinggi.
Akan sampai waktu kita akan bergerak ke angkasa,
merempuh awan dan menentang angin,
untuk mencari redhaNya,
dan menembusi sebuah tempat bergelar syurga.
Hari itu akan sampai,
dan segala letih dan luka menempuhi hari,
akan pecah berkecai-kecai,
diganti dengan kebahagiaan yang membalut jiwa,
yang kekal abadi selama-lama.
Kerana itu aku bersabar meniti hari,
berlindung di bawah lembayung Tuhan atas segala duga dan uji,
bersama usaha dan yakin akan janji-janji Ilahi,
bahawa pemenang adalah mereka yang bersabar dan terus berusaha lagi,
hingga hari pengumuman pemenang diumum nanti.
~H.A
----------------------------------------------------------------------
Kalau boleh, aku nak jadi orang yang menyenangkan hati mereka yang selalu cuba senangkan hati aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment