Bismillah and Assalamualaikum.
Nampak tak bunga kat entry sebelum ni? Tipu kalau tak nampak~ Cantek kan? Ey siapa yang kata tak cantek tu? hehe aku rasa bunga tu sangat cantek walaupun dah kering. Penat aku gubah taw.. First time gubah bunga *eceh* Ajaibnya, bunga ni masih wangi.. Okei tu tipu, aku renjis pewangi potpourri kat bunga tu bagi wangi.. Duk kat meja study wangiiiiii je~ Kira ni potpourri fesyen lain la, tak kumpul petals dalam bekas tapi gubah macam bunga segar. Kreatif tak? hehe perasan~ :B
It's March already. heuheu~ labwork masih dalam proses 'sampling', belum masuk peringkat 'penyediaan' lagi.. Weekend lab tak bukak pula~ huhu harap2 sempat. Proposal dah kena hantar April ni.. Hurmm dan adat belajar, tak sunyi dari assignment. Aiyooo susah2 tapi insyaAllah boleh buat. Positif2! :)
Jumaat lepas terasa sangat2 indah sampai terharu. Dah lama sangat tak dapat ikut halaqah umum. Even cuti pun dah berat nak ikut mak pagi2 gi kelas. Aish malas malas malas! Astaghfirullah.. Alhamdulillah semalam Allah permudahkan, kelas pagi takde dan Allah ringankan hati dan izinkan lagi kaki melangkah ke halaqah umum. Seronok lagi bila tengok kawan2 kita pun ada sekali. Semalam ada ramai geng KAB.. Rabi, Fa, Mas, Nabel, Kak Anis, Kak Yana.. Aqilah jr pun ada. Hehee kalau tak dulu Alia je aku betul2 kenal. Semoga Allah izinkan lagi aku join minggu2 akan datang.. dan semakin ramai kawan2 aku yang join sekali.. Ameen~
Yang dicinta kan pergi, yang didamba kan hilang. Hidup kan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan.. Kadang2 kita ni umpama baldi yang bocor, isi3 air sampai penuh lepastu perlahan-lahan air tu keluar balik.. kalau tak alert, sedar2 dah kering. Jadi kena selalu ada flow air masuk ke dalam baldi kalau nak bagi die penuh. Air tu kononnya pengisian ilmu laa. Lama tak isi, hati pun jadi keras (naudzubillah). Eceh pandai2 je wat analogi baldi bocor, padahal otak kita ni Allah cipta 88888888 kali ganda hebat dari sebuah baldi. Janganlah dibiarkan jadi macam baldi bocor k? Hehe ni gara2 baldi yang pakai dari zaman matrik dah bocor. Sedih semalam nak basuh baju, isi3 smpi penuh, lepas kelip mata 3 kali air dah tinggal separuh. Ehhh, silap mata ke ni?? hoho~ Mujur ada roomate yang baik pinjamkan baldi dia. Thanx Eja!
Okeilah, kena fokus!
Wassalam :)
No comments:
Post a Comment