Bismillah and Assalamualaikum.
Ini adalah entri pertama bertarikhkan 29 Februari. Sekarang saya sangat busy. Dan saya sangat sedih sebab baru teringat dah terlupa wish birthday Jwa. Saya mahu nangis sekarang. Eh nantilah, sebab sekarang adalah waktu untuk menyiapkan assignment Prof. Othman (yang tidak kurang payahnya) yang kena hantar jumaat ini. Mun harini start tidur (sedang lena) sebilik dengan saya dan Eja kerana dia belum berjaya mendapatkan tempat tinggal di mana2 kolej. Eja roomate yang baik dan suka berkongsi. Saya dan Eja akhirnya berjaya mendapatkan bilik asrama di dalam kampus iaitu Kolej Dato' Onn setelah berpenat lelah beberapa hari naik-turun bukit membuat rayuan di beberapa kolej kediaman. Bilik ini sangat convenient di mana suraunya hanya perlu turun setingkat, jadi azan akan kedengaran sangat jelas tanpa ragu. Cafe pula betul-betul tepi blok ini, hampir selatitud dan selongitud, dan tidak perlu redah hujan (jika hujan). Jarak berjalan kaki pula hanya 10 minit ke fakulti tapi kami lebih gemar menaiki van Park-n-Ride yang disediakan oleh UKM (kalau tak lambat tiba di bustop). Alhamdulillah. Eja juga sedang mebuat assignment yang serupa dengan saya. Oh lupa, Eja adalah coursemate saya semasa degree dan juga sekarang. Malah supervisor kami sekarang juga adalah sama, iaitu Dr. Muzneena yang comel, lemah lembut dan penyayang. Saya berharap saya dapat melangsaikan hutang PTPTN saya dengan kadar yang sesegera mungkin supaya bunganya tidak menjalar hingga menjadi semak samun yang mampu menyamun secara halus. Akhir kata, selamat tinggal Februari. Selamat tinggal 29 Februari. Sekian.
No comments:
Post a Comment