Bismillah and Assalamualaikum.
Cepatnya masa berlalu. Selama menganggur ni, banyak yang berlaku sebenarnya. Banyak jugak yang aku fikirkan. Masalah rumah yang tak setel2. Masalah perancangan hidup. Masalah apa lagi.. macam2lah masalah. Masalah = cabaran hidup. Ada hikmah semua tu. Banyak yang aku belajar. And risau jugak apa yang aku belajar tak sebanyak yang aku patut belajar. Hoho suka betul fikir complicated.
Pagi tadi Fara baru lepas konvo. Fyuhh jenuh jugak 3 orang sekali konvo dekat2. Aku (26/9), Shikin (15/10) and Fara (24/10). Mula2 semangat laa pasal konvo2 ni. Sampai masa Fara, ada orang dah frown semacam. Haha konvo sinonim dengan bunga, cuaca panas, penat, bosan and lapar. To me at least. Ngehehe konvo orang la yang bosan tu. Konvo sendiri tak bosan :P
Hasil daripada menganggur, aku sempat buat perancangan hidup untuk jangka masa pendek, sederhana and panjang. Now I know what I want to achieve in life. Tinggal nak simulasikan, amek tindakan and pupuk determination. (Bunyi macam hebat, still I'm struggling actually). It feels good to really have goals in your life. Selama ni main taram, ikut flow semasa and nasib je. Baru tahu sekarang. Terima kasih kawan2 yang banyak menyedarkan. You know who you are. Walaupun mungkin akan ada halangan dan kekecewaan, tapi yang penting ada usaha (sebab itu yang Allah kira. Keep that in mind!). Kita merancang, Allah juga merancang. Allah jua sebaik-baik perancang (al-Quran 8:30). Stay positive! ^^
Lepas fikir banyak2, tengok dari pelbagai sudut and penjuru, last2 aku amek keputusan sambung study (InsyaAllah, doakan). Masa wat decision, still ada hesitation tapi makin lama makin kuat rasa untuk sambung. Ada sebabnya yang tersendiri. Harap2 permohonan berjaya. Jadi, aku pun carilah kerja temporary je buat masa sekarang ni. Walaupun tak seberapa, tapi better something than nothing. Syukur alhamdulillah :)
![]() |
| Masjid Zahir, Alor Setar |
Semoga perjalanan hidup ini sentiasa dalam redhaMu Ya Allah. Ameen~
(mohon doakan sekali :)

No comments:
Post a Comment