adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Wednesday, August 10, 2011

Re: Kelas Pengajian Umum

Bismillah and Assalamualaikum ^^

Apa khabar Ramadhan anda? *ecewwah

Kelas umum means (in my opinionkelas yang siapa2 pun boleh datang anyday ikut kemampuan masing2. Biasanya akan ada someone or a group of people yang akan organize kelas2 ni dari tetapkan tempat (surau, rumah etc.) and masa, uruskan jemputan ustaz2 yang akan mengajar, and uruskan tabung derma (untuk golongan asnaf zakat) and tabung sumbangan untuk the ustaz. Yes, usually kelas umum tak ada yuran dan bergantung pada sumbangan ikhlas orang yang datang. So far as what I saw laa.. em.

Kenapa orang nak buat pengajian umum? Ustaz kata, pengajian umum bukanlah untuk ajar kita semua sampai jadi pendakwah ke ustaz ke ulama' ke.. Itu perlukan pengajian yang lebih mendalam from the very basic of ilmu and in every aspect, then further study lagi (eg: Mesir, Jordan). Memadailah untuk kita sentiasa diingatkan and tambah ilmu dari semasa ke semasa. Pengajian umum adalah untuk jaga iman kita supaya tak sombong dengan ilmu yang kita dah ada.

~

Betul.. makin kita belajar, akan terasa betapa sikitnya ilmu kita sebenarnya. Pernah dengar, kalau 40 hari kita tak mendekatkan diri dengan majlis ilmu agama, hati akan jadi gelap/keras. Betulkan aku kalau salah (-__-").. Huhu patut la macam2 perangai keluar time LI haritu~ (aku la..). Tambahan akak usrah aku dulu selalu ingatkan, Malaikat akan turun beramai-ramai sertai majlis-majlis ilmu dan mengaminkan doa-doa kita. Wallahu'alam.

Emm Alhamdulillah so far aku sedaya upaya cuba ikut kelas umum dekat Yayasan Restu (Taman Seni Islam Selangor) opposite Masjid Negeri tu. Setiap pagi dalam pukul 9 sampai pukul 11 ada dua kelas (2 ustaz). And sempena bulan Ramadhan pulak, after kelas ada tadarrus al-Quran yang biasanya habis dalam pukul 12 :)

Masa awal2 selalu dilanda kemalasan dan hati tak senang tersentuh sangat. Tapi dah seminggu pergi ni, ada satu perasaan yang macam tenang, indah je bila gi kelas. Hati pun makin mudah terima ilmu2 yang disampaikan. Alhamdulillah ^-^ By the way, sangat suka kelas Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ust. Amin). Cara penyampaian dia macam sangat masuk dengan jiwa aku. Oh ada seorang lagi ustaz ni, aku tak tahu nama dia lagi tapi aku suka gak. Aku tak pernah mengantuk dalam kelas dia sebab dia SANGAT suka menyanyi (dan sedap!). Paling kurang pun mesti nak 4 rangkap lah. Kelakar pulak tu. Tak bosan ^^


So.. Dah masuk 10 Ramadhan kan.. Dah nak habis dah fasa awal Ramadhan; Rahmat and nak masuk fasa pertengahan; Keampunan. Agaknya kita ni berjaya tak masuk golongan orang yang mendapat rahmat awal Ramadhan?

Sebenarnya kalau mak takde pergi kelas2 macam ni, nak harapkan inisiatif aku sendiri mungkin tak dapat. Aku pun taklah kuat mana dan perlukan motivasi dari orang lain. Badan kadang2 rasa berat, malas tapi hati tahu rugi je. Walaupun selalunya sengguk2 je kat kelas, dapat sikit ilmu pun jadilah. Ilmu itu lebih baik berguru kan :) Plus, duduk dalam majlis ilmu sama2 dengan malaikat ramai2.. mengaminkan doa2 kita.. kan indah~
^-^

Owh, cakap pasal agih bubur, haritu saje ikut mak tolong agih bubur lambuk dekat Masjid Negeri. Fuh sambutan yang meriah as usual. Dan macam biasa bilangan bubur akan tak dapat tampung orang yang datang walaupun dah hadkan 1 family satu bekas. Biasanya orang yang agih bubur last2 akan sacrifice their own share of bubur sebab tak sampai hati. That day yang aku tolong tu, ada dua orang pakcik yang merayu2 untuk the last ONE bubur yang supposedly to be my share.. sambil tangan memangkah-mangkah sesama sendiri. Horror~ (-___-) Takleh bagi salah seorang je. Serba salah gila tapi kena berkeras untuk tak bagi siapa2. "Pakcik datang lagi esok eh~"

Hee, merasa pakai vest tu sekali :P
That was my first.. and might be the last time tolong agih bubur dekat masjid negeri. Bukan tak suka, tapi tak sampai hati.. plus gentar sikit2. Boleh tak? Ngee :P


Pengajian Umum Harian & Tadarrus, Yayasan Restu

* No. 2, see the tool boxes? Those are the tabung derma/sumbangan yang akan di-circulate around during classes :)

** No. 5, note the lady in purple baju kurung. Dia adalah Puan Jamilah yang mengajar English dekat SAAS, Seksyen 2 (used to). Satu group tadarrus kat Taman Seni. First time tengok, terlintas gak "eh cikgu sekolah!" tapi not sure sebab takut pelanduk dua serupa pulak kan. Jadi diam je tak tegur. Aku tegur and salam Puan Ranani je, cikgu Geografi aku dulu. Sekali;

"Saya sekali dengan dia (Pn Ranany), mengajar satu tempat dulu.." Perkenalkan diri kat group member.
"Ohhh! Patutlah saya tengok macam cikgu sekolah tapi tak tegur takut salah~" Sambil try ingat nama beliau.
"Aah tula.. Saya tak pernah ajar awak, tapi saya rasa saya biasa tengok muka awak.."
" Cikgu ajar apa eh?" 
"Saya ajar English dulu :)"

Terasa derhaka pulak bila cikgu yang ingat murid, murid tak ingat cikgu. Huhuuu~

~~

Sampai sini dulu, harap takde salah faham :)

No comments: