7 Syaaban 1432
Bismillah and Assalamualaikum
Alhamdulillah sedar tak sedar dah 10 minggu kat sini. Hehee Tinggal 3 minggu je lagi. Ikan pun ada yang dah 4 inci (sebenarnya baru jumpa seekor :P) hehe tapi En. Azmi kata dorang dah start sediakan kolam nak transfer ikan tu dari palung asuhan. Means, ikan tu akan dijaga sebagai ikan dewasa. Means, projek kitorang dah nak selesai~! ^^
Spesis ikan.
Selama dok asuh senangin ni, ktorang dah tertipu. Haha. Ktorang diberitahu nama spesis ikan ni Sciaenops ocellatus. Canggih bebenor namanya. Bila dah besar tengok rupa tak sama macam yang kitorang tengok dekat internet. Siasat2, rupa-rupanya spesis ikan kitorang sebenarnya Eleutheronema tetradactylum. Senangin, yang bila besarnya jadi ikan Kurau.
Sudoku.
Sejak duduk sini, barulah satu2nya buku Sudoku yang aku beli setahun lepas tu aku isi. Selama ni orang lain je yang isi buku tu. Hoho dulu belum kenal, maka belum cinta. Hehe dok sini bosan sangat, mainlah sudoku untuk isi masa lapang. Makin main, makin seronok pulak. Tapi taklah hebat pun (saya mengaku). Pernah sekali marathon Sudoku sepanjang hari (marathon sorang2 je pun :P). Sekarang, sudoku is one of my favourite pastime ^^
Suka jalan.
Duduk sini memang setiap hari akan berjalan, paling kurang ulang alik pergi pejabat untuk punch card (tapi lepastu, most of the time melepek je -.-"). Dulu kalau nak jalan kaki keluar ke dari kawasan tempat keje ni rasa macam jauh gila (signboard tulih 1.6km). Tapi sekarang rasa macam dekat je. Hehe seronok gi ngeteh (bahasa Johor) ramai2 kat kedai mamak (mapley) seberang jalan. Sedapp~! :B Pantang ajak, "Jom ngeteh~" terus je, "JOM~!" ^^ Sebelum ni pergi lepas habis waktu kerja, tapi on the way balik mesti ada beruk2 menanti. Jadi harini mengulor ramai2 gi ngeteh pukul 10 pagi (sebab keje dah habis ok :p). Heheh sampai2 je kedai mamak tu, penuh dengan staf, penternak and pekerja kolam.. hahah kekdahnya semua la mengulor kat situ X) Langkah kanan pulak kali ni, makan minum kitorang semua dah ada orang bayarkan ^__________^
UMT.
Student UMT harini last dorang kerja. Sekejap je 2 bulan dah berlalu. Sijil pun dah dapat, boot pun dah pulang. Terasa nak packing sekali pulak.. Si cantekk Iffa pun dah bertolak balik pukul 8 tadi. Yang lain balik esok or Ahad, kot. Huk3 sedih pulak. Nanti, takde dah Mera and Ada yang comel sama2 asuh ikan hari2. Takde dah nak belajar masak2 dari Fiza, and makan macam2 kuih homemade~ Takde dah nak tengok Fiza gaduh2 manja dengan Azni and Aida. Takleh dah usik2 Wana hot stuff :P huk3 Macam manalah kehidupan bila dorang dah takde and ganti dengan student UiTM pulak... hoho
Presentation.
Haritu Dr Abdullah mesej. InsyaAllah dia akan datang ke tempat LI kitorang ni 20hb Julai, dalam 9 hingga 11 pagi. Jadi En. Azmi mintak kitorang present projek dekat dia before tu, 18hb Julai. Uhuk~ lagi dua minggu. Neves2. Jadi, cepat pergi rajin Cik Nurul Atikah~!! Jangan lengah2 lagi buat report and slides!~
Tamat.
Petang tadi kitorang pergi jumpa En. Azmi untuk satu misi. Mohon habis LI before Ramadhan. Bukan takut tak larat puasa kat sini, so far puasa kat sini okei je alhamdulillah :) My main reason is, kesian dekat ayah nanti kena drive jauh2 time puasa. En. Azmi macam tak nak bagi, dua tiga kali dia dok tengok kalendar. Fikir-fikir, tanya2.. last-last Alhamdulillah terbuka hati dia nak bagi balik awal~!! yey! (^^,)v So instead of habis keje 3 Ogos, kitorang akan habis keje 30 Julai.. insyaAllah~ Ameen :)
Akhir kata, all the best semua~!! ^^
No comments:
Post a Comment