adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Friday, July 22, 2011

Itu bola.

Ada seorang anak kecil, Khalis namanya. Dia sukakan benda berbentuk bola. Dia usik manik-manik ibunya, dicegah. Dia main bola golf ayahnya, ditegah. Dia main gulungan benang bulu kambing kakaknya, dimarah. Dia terlihat kawannya sedang bermain bola. Dia mahu main bersama, tapi tak diberi. Dia berbisik dalam hatinya, alangkah bagus jika dia ada bola untuk dirinya sendiri.

Suatu hari, ayahnya menghadiahkan sebiji bola sepak untuknya. Betapa girangnya hatinya. Setiap hari dia bermain dengan bolanya. Ke mana sahaja dibawa bolanya, dari celik mata hingga mata terpejam semula. Sehinggalah akhirnya bola itu menjadi calar-balar dan kurang angin. Bila dibaling ke lain, bolanya melantun ke lain.

Sejak itu, dia mula jadi tak suka pada bolanya itu. Dia berbisik dalam hatinya, jika diizinkan ayahnya ingin saja diganti baru. Bola itu, bila dia mahu main, dia ambil dan main. Bila sudah bosan, dia letak di tepi. Sehinggalah ayahnya membelikan yang baru untuknya, bola itu dia buat tak peduli. Bergolek2lah bola sendirian, hanya kerana angin.

Mujur bola tak ada hati.

No comments: