Em, trifle ni adalah sejenis manisan yang biasanaya terdiri daripada lapisan kek, jeli, buah-buahan, dan krim (kastard / whipped cream / cream cheese). Cara buat trifle pelbagai sebenarnya, tak terhad mengikut kreativiti masing-masing. Nak pakai buah apa, nak susun macam mana, nak gabungkan perisa apa..
Sesungguhnya bukan aku yang reka resepi ni. Aku taklah sekreatif tu. huhu.. Ni SALAH SATU cara yang aku ikut..
Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
1 ½ tin (guna tin susu tadi) air- utk dicampurkan dengan kastard
1 biji kek gulung
1 tin buah-buahan campur - asingkan air dan buahnya
1 peket jeli
1 ½ tin air - untuk masak jeli
Cara-cara
- Potong dan susunkan kepingan kek gulung di dalam bekas (sebagai dasar).
- Kemudian, basahkan sikit kek dengan air buah-buahan tin.
- Dalam periuk, panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
- Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air (suhu bilik). Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga bancuhan sedikit pekat. Tutup api.
- Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan kek tadi.
- Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
- Untuk jeli, masukkan serbuk jeli ke dalam air panas. Kacau hingga sebati.
- Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan buah-buahan tadi. Biarkan sejuk**.
** Lagi sedap kalau simpan dalam peti sejuk dulu (.^__^.)v
* Nak tukar buah-buahan tu jadi cherry ke, strawberry ke, blueberry ke boleh gak.. Kot2 nak ganti dengan ulam selom pun apa salahnya.. selera masing2 :P
* Kalau tak suka kastad (macam mak saya), boleh ganti dengan whipped cream.
* Kalau suka cheese, leh cuba guna cream cheese (haha tapi resepi carik sendiri la :P)
~SELAMAT MENCUBA!~ ^_____^
Erm kepada peminat puding, agar-agar, bubur, pengat, manisan.. apa2lah yang sewaktu dengannya.. Yang sweet tooth macam aku.. Aku ada jumpa satu website menarik..
Hoho tapi silalah jangan makan selalu.. tak pasal kang kena kencing manis.. susah~
Tak pun jadi cani.. kaviti !! macam aku.. (--")
Mr. Darcy: You must know... surely, you must know it was all for you. You are too generous to trifle with me. I believe you spoke with my aunt last night, and it has taught me to hope as I'd scarcely allowed myself before. If your feelings are still what they were last April, tell me so at once. My affections and wishes have not changed, but one word from you will silence me forever. If, however, your feelings have changed, I will have to tell you: you have bewitched me, body and soul, and I love, I love, I love you. I never wish to be parted from you from this day on.
[P&P]




5 comments:
sedapnye!!!
boleh buat bisnes dah!
haha jom buat bisnes!
tapi modal dia besar ni nak buat bisnes trifle..
ada masa ke?
hehe takde pun..
Post a Comment