Bismillah and Assalamualaikum
Jarang aku diduga dengan terlalu lapar, atau keinginan untuk makan sesuatu yang meluap-luap, ataupun dahaga yang teramat bila berpuasa. Alhamdulillah. Tapi aku selalu diduga dengan perkara-perkara yang menguji kesabaran. Oh dan selalu diduga dengan termakan/terminum tanpa sengaja.. uhuk2
Harini, seawal 8 pagi aku dah menyembur-nyembur. hoho dah jangan fikir bukan-bukan pulak. Dari aku keluar bilik nak ke kelas aku dah mula bersin berturut-turut. Jadi aku capailah tisu sepeket and pegang masa aku jalan gi kelas. Satgi bila sampai kelas, tisu dah takde dekat tangan. Astaghfirullah~ satu seksaan taw selesema dalam kelas lepastu takde tisu. Nak bangun gi toilet hembus, malu.. rugi lak tu details yang lecturer cakap (padahal kalau dah selesema memang minda tumpu kat hidung je~). Mujur lah bila aku godek-godek beg ada la beberapa helai tisu dalam peket.
Mujur kelas sejam je. Habis kelas aku terus balik bilik sebab kepala dah pusing2 pening. Emosi pun tak berapa stabil jadi baik elak berada di kalangan manusia. hoho Sampai bilik huyung-hayang terus aku tidur smentara tunggu next class pukul 11.
Masa aku tidur aku mimpi. Aku bangun dari tidur and pergi kelas macam biasa. Masa dekat kelas, disebabkan emosi tak stabil aku tak sengaja marah Mun (tak ingat sebab apa). Then aku terbangun sekejap bila Anep mesej tanya siapa yang ajar kelas Biotech nanti. Lepas baca aku terlelap balik dan sambung ke scene tadi. Aku terasa hati, Mun pun terasa hati. Pastu tiba2 Anep datang mengapikan lagi (Haha tak pasal je kan..). Then tiba-tiba ada orang pass karipap dan aku makan sebiji dengan penuh rasa gembira. Dah habis telan baru teringat puasa adoi~ Habis kelas aku terus balik bilik. Then, e'in datang bilik bawak kari dalam 2 piring (ya, piring..). Kitorang makan sama-sama sambil sembang-sembang. Tiba-tiba, entah cane kari tertumpah dekat cadar. Kalut kitorang nak bersihkan. Tiba-tiba ada suara panggil-panggil nama aku dari tingkat bawah "Tikah~". Eh suara Dayah tu..
Lepastu aku tersentak bangun. "Tikah~" masih ada suara panggil-panggil. Eh Dayah mana ada kat UKM sekarang.. Eh eh suara Mun rupanya! (Kebetulan dia parking kat belakang KAB and saja panggil aku masa lalu tepi blok, tapi tak tunggu pon hoho). Terus aku kalut bangun siap-siap gi kelas.
Dah sampai kelas aku masih mamai terhuyung-hayang sroot sroot lagi. Kelas 2 jam yang menyeksakan. Memang takleh concentrate langsung. Kepala pening pusing-pusing. Badan rasa sejuk-sejuk. Pastu sibuk menonyoh hidung dengan tisu. Tapi alhamdulillah.. terubat sikit lepas kelas bila tengok classmate excited dengan trifle aku ^_________^ Zuhur tadi, jalan lebih sikit gi surau UO sebab surau FST sesak sangat. Ada laa rasa lega sikit dapat keluar peluh. Tapi masa solat sroot~sroot~ memanjang. huhu Oh lepastu kelas Akuakultur takde. Terus balik bilik sambil pening-pening lagi.
Sampai bilik tidur dulu sebab rasa lembik sangat. Pukul 6 baru bangun untuk Asar. Lepas mandi segar-segarkan diri, aku gi masak nasi untuk berbuka nanti. Cadangnya nak buat sup sawi dengan sambal ikan. Malangnya bila tengok dalam fridge, sawi dah lunyai takleh pakai.. harapanlah sup sawi~ (Baru teringat sawi tu beli Isnin lepas..) Lepas je aku pergi buang sawi tu, aku dengar bunyi beberapa ekor anjing menyalak-nyalak dengan gila. Aku pun cepat-cepat tutup pintu blok depan belakang. Lepastu aku jenguk dekat tingkap.
Aku nampak ada seorang gadis berjubah dan bertudung labuh, pakai beg lebih kurang beg Ajie, tengah nak turun tangga. Sungguh dari belakang gadis tu nampak macam Ajie. Then bila dia turun tangga anjing-anjing tu kejar dia ke bawah. Aku terkejut, terus naik gi amek penyapu kat bilik. Kononnya nak pergi tolong budak tu, tapi tak keluar pun dari blok. Ketar pulak kaki. Terus call Ajie, tanya dia ke yang kena kejar tadi. Huhu pastu Ajie gelak-gelak, dia kata dia ada kat bilik je. Fyuhh~ huhu lepastu aku nampak anjing tu dah naik atas semula kejar orang lain. Sambil pegang penyapu aku fikir, apa aku mampu buat kalau aku keluar dari blok tu..
Tiba-tiba aku dengar bunyi letupan ala-ala mercun raya cina tu. Pastu aku nampak percikan oren dari dapur. Blur jap sebab terkejut ( ' '.).. Huhu terus teringat nasi tadi. Aku masuk dapur, tengok periuk tu dah tak menyala and bau macam plastik terbakar. Aku pun tutup suis and mesej e'in bagitaw periuk dia dah shot and minta maaf. huhuhuhuhu ampun~ (--") Mujur e'in tak marah. Akhirnya kitorang buat keputusan beli dekat kafe sebab aku tak mampu nak masak pape lagi, sebab otak dah blur habis dengan semua benda yang jadi.. huhu
Dipendekkan cerita, aku bukak puasa dengan air masak dulu, then lepas maghrib gi kafe dengan e'in. Makan and sembang-sembang dekat ruang tamu blok. Habis makan dalam 9.30 malam, kitorang balik bilik masing-masing. Baru perasan kunci aku tertinggal dekat kafe aiyooo~ Dugaan2.. Mujur Abang Saiful kafe simpankan..
Okei sekarang nak wish my sis..
Happy Birthday Nurfarahin!! :)
Jangan risau, kau selalu ada dalam do'a aku..
Haish macam-macam. Okei badan masih rasa tak sedap. Dalam blok ni, e'in haritu baru lepas demam.. Aida Tokachil pun baru baik dari demam, nga batuk agak teruk. Kak Azie pun pucat and kurang sihat. Agaknya memang ada virus tengah berlegar-legar dekat blok ni.. Okei tak larat dah, nak tidur sekarang boleh tak?
Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati.. Ameen~
*ZzzzzZz~*
No comments:
Post a Comment