adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Wednesday, February 2, 2011

Daisies by the Pond.

Bismillah and Assalamualaikum.

Hari Ahad lepas, adalah first time aku jumpa bunga daisy liar dekat Malaysia.
Rasa macam teruja giler, macam tak pernah sangka kat malaysia boleh tumbuh daisy.
Hahah padahal tak pernah siasat pon boleh ke tak..

Ini adalah tepi stesen minyak dekat Ipoh dekat2 Taman Cempaka (Shell kot).
Cantekk pemandangan~ Nampak tak, siap ada lembu lagi :P

MasyaAllah~ Bahagia jumpa Daisies yang tumbuh meliar ^.^

Tapi tangkap gamba dari belakang pagar dawai je sebenarnya..
Berapa kali zoom baru nampak bunga ni..
Heheh kalau tak mesti dah terbuat photoshoot ala2 kat taman bunga :P
Heheh, nanti leh laa tanam daisy sendiri.


Okei, sebenarnya I SHOULD be going to Lab Sains Bahan, grinding some sampel, AGAIN.
Sebab pagi tadi aku, Acap and Firdaus gi check sampel dekat Lab SEM Kak Salvana,
banyaknya lah bekas jerawat dekat sampel aku tu. Lubang sini sana..
So nak taknak, kena grind balik to perfection laa..



And supposedly tadi kol 2 nak sediakan medium VMNI untuk rendaman.
Tapi sebab mesin filter tu belum di-autoclave (disteril),
dan mesin autoclave hanya boleh diguna selepas cuti,
jadi kalau buat harini, and simpan sampai Isnin baru nak autoclave,
kebarangkalian pertumbuhan bakteria and kulat adalah tinggi.

Terima kasih Puan Mimi Nora yang tegur kitorang tadi ^^
kalau tak bazir je wat susah payah, satgi contaminated.

Jadi, since takleh wat medium ingat nak grinding.
Satgi tengok dalam beg, takde sampel.
Ingatkan tertinggal kat bilik, so baliklah ke bilik.
Cari punya cari, tak jumpa.
Check beg lagi sekali, ADA pulak~

Tapi lupa amek botol pulak untuk simpan sampel,
sebab sekarang simpan sampel dalam polisterin macam ni,

Buat slot2 sebesar sampel, masukkan sampel,
and seal dengan masking tape. Dapat muat 10 sampel macam ni.

Jadi harini kte sambung writing je la, eh?
Lagipun Shikin nak amek balik rumah lepas dia balik keje nanti.
So tak elok lah buat die tunggu kan.. hee
**ALASAN ! ALASAN !**

Special thanx to
Firdaus, yang sangat sabar dengan ke-blur-an dan ketidakrajinan kitorang.
Firdaus lagi, yang banyak tunjuk ajar, and sangat3 banyak tolong lab kitorang.
Dr Fathul yang.. sangat baik and sangat banyak tolong, and sangat sabar...
Nuruddin Sudin yang banyak tolong jugak, sama ada secara langsung atau tak langsung.
Kak Salvana yang sangat baik hati, dan mesra alam. Senang kerja dengan dia :)
Puan Siti, yang sekali sekala bagi pesanan ringkas yang berguna, walaupun garang :P
(Mak ayah adik beradik takyah tulis kat sini.. panjang sangat nanti :P)

[ eh eh.. macam dah siap, jilidkan, hantar tesis and viva semua pulak kan heh ]



Okeilah itu saje untuk hari ini.




Pada mereka yang result LI nya masih berstatus TL, permudahkanlah urusan mereka.
Jauhkanlah mereka dari kesulitan.. Ameen~




Wassalam'alaikum wbt.

No comments: