Bismillah and Assalamualaikum.
Okei ini entri ketiga untuk hari ni. Biasa dah kan~ :P
Emm dulu, bila En. Wan mintak bagi 3 pilihan tempat untuk buat praktikal, aku pilih 3 ni.
1) Jabatan Perikanan Malaysia
Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau,
81550 Gelang Patah, Johor.
2) TNB Research Sdn. Bhd.
No. 1, Lorong Air Hitam
Kawasan Institusi Penyelidikan
43000 Kajang, Selangor.
3) KL Maritime (M) Sdn Bhd
Suite 2B-23-2, Level 23,
Block 2B Plaza Sentral,
Jln Stesen Sentral 5 KL Sentral
50470
Pilihan first, sebab ada kawan (Mun) kat situ, walaupun Johor adalah sangat asing pada aku. Pilihan kedua, sebab dekat Kajang. Tempat yang tak berapa asing. Pilihan ketiga, memang tak asing lah kan.. tapi pilih sebab dah blur tak tahu nak pilih apa then e'in ajak letak choice tu. Tak mintak dekat Pejabat Perikanan dekat Shah Alam bukan sebab taknak. NAK, tapi masatu ada sesuatu yang buat aku tak jadi mintak situ.
Tapi bila bincang dengan En. Wan, dia nasihatkan aku tak payah mintak Gelang Patah sebab dah terlalu ramai classmate aku yang mintak situ jugak. Baeklah. Pastu beliau nasihatkan aku mintak dekat Pulau Sayak, Kedah. Beliau kata tempat tinggal disediakan. Kebetulan masatu Mun kata dia pun rasa nak mintak situ jugak. So aku setuju je. Pilihan ketiga tu pulak En. Wan tukarkan jadi somewhere dekat Subang Jaya ke Apa Jaya tak ingat.
Dan baru-baru ni, surat confirmation dari Gelang Patah and Pulau Sayak dah sampai. Gelang Patah ada Mun, Ika, Salwa, Ana, Farrah. Uish semua geng aku ada. Aku pulak dapat Pulau Sayak, alongside Anep, Auji, Ipin and Gaban. Uish semua lelaki. Haha Ana pulak dah dapat somewhere else around Johor gak, so dia tak pergi yang Gelang Patah tu. Ika pun kot kalau tak silap. Jadi laju2 aku pergi jumpa En. Wan dan mintak replace tempat Ana. Beliau kata takde masalah, Alhamdulillah.
Cuma, En. Wan belum hantar lagi surat untuk replace nama aku dengan nama Ana, and nama aku dekat Pulau Sayak tu dengan nama orang lain. Sebab nak tunggu semua betul-betul confirm dulu, at least sebelum bulan depan. Harap-haraplah tak kena pergi Pulau Sayak.
Tapi Ada masalah jugak. Gelang Patah ni, dengarnya tak sediakan tempat tinggal. Kalau pun ada, terhad and on "first come first serve" basis. Risky kan. Kenderaan pulak, mama Mun macam tak bagi bawak kereta. Takut bahaya orang nampak kitorang macam orang senang ke apa ke. Dengarnya dekat situ banyak orang Lombok. Naudzubillah mintak dijauhkan sangat2.
Mak pulak dah bebel sebab tak mintak Shah Alam. Mak kata dok jauh2 bahaya. Makan minum tak terjaga. Susah nak balik. Kalau mintak kat Shah Alam, memang dekat sangat dengan rumah. Takyah pening nak fikir nak duduk mana. Nak makan mana. Jadi aku kata, okeilah nanti aku cuba mintak situ. Hurm, aku dah call tempat tu last week. Tapi aku tak hantar surat lagi. Huhu ampun mak~
Firasat aku kuat kata aku bukan praktikal dekat Shah Alam. Tapi there is still time to try, if I really want it. Persoalannya sekarang, aku masih tak jelas apa yang aku nak sebenarnya. Haih dah besar panjang dah kau Tikah.. Sila belajar untuk berdikari. YOU HAVE TO!
Semoga dipermudahkan urusan. Ameen~
Sekian. Wasalam.
1 comment:
tikah...
eja da replace tmpt tikah...td jmp cik wan..
eja nk pegi pulau sayak..:)
Post a Comment