Bismillah and Assalamualaikum.
I cried myself to sleep last night. Whatever the reason is.
Wahai hati,
Menangislah jika itu keranaNya,
Menangislah tatkala dirimu menampung dosa,
Menangislah kalau rasa belum jadi hamba berguna.
Wahai hati,
Jangan menangis kerana manusia,
Jangan menangis kerana dunia,
Jangan menangis kerana hal sia-sia.
-Amal Athirah
Thank you always for your kind words. Terima kasih selalu mengingatkan. Sesungguhnya aku terlalu mudah lupa.
Wahai hati, terubatlah.
Berhentilah terluka untuk hal-hal remeh.
Pujuklah rajuk sendiri.
Kuatlah.
Masa terlalu singkat untuk cipta satu lagi kemurkaan Allah.
Aku bukan orang yang macam ni. Kuat merajuk dan utamakan emosi sendiri. Aku masih tengah cuba cari kekuatan yang dulu-dulu. Kekuatan menjadi diri aku. Menjadi seorang kawan yang selalu cuba untuk ada. Kawan yang selalu cuba untuk faham walaupun hakikatnya tak pernah faham dunia. Menjadi kawan yang selalu sabar dan cuba terima. Walaupun bukan pada semua, at least pada kawan-kawan yang sudi terima aku jugak.
It was just simply because, you have stop talking to me.
Awak, kita dah maafkan awak. Kita harap awak maafkan kita.

No comments:
Post a Comment