Tengah jenguk2 blog sendiri
tiba2 terperasan bunny comel kat bawah ni.
Baru sedar dah 2 tahun rupanya blog ni wujud.
Macam2 cerita and luahan dah aku tulis.
Ada positif, ada negatif.
Ada yang ceria, ada yang melankolik.
Ada yang emosional, ada yang memujuk diri.
Ada yang berkias, ada yang telus.
Ada sayang, ada benci.
Mostly, yang negatif akan disimpan semula dalam draft.
Atau yang terlalu cacamarba and merepek meraban.
Aku bagi nama blog ni A Whisper of Peace
sebab masatu sangat tertarik dengan maksud nama Najwa.
Najwa bermaksud Bisikan Rahsia.
Sangat sweet kan??
Dan Najwa ialah kawan yang aku paling sayang masa matrik.
Tambah, masa tu tengah minat lagu2 Dawud Wharnsby Ali.
Penyanyi nasheed Canada.
Jadi teringat tentang title lagu ni.
Tajuk lagu ni means Da'wah (in my opinion).
Dan masatu aku memang berharap,
walau tak pandai tulis cantik2 indah2 tersusunrapi,
aku harap, paling kurang aku nak tulis benda baik2 je.
Tulis tentang perkara2 yang bermanfaat pada orang lain sahaja.
Kalau menulis, at least nak selitkan moral atau nasihat.
Nak cuba pantulkan kebaikan dari setiap yang jadi dalam hidup aku.
Walau aku tengah down macam mana sekalipun.
Sebagai peringatan diri sendiri terutamanya.
That's why aku pilih line ni sebagai description blog aku,
"Will I choose the path of truth, or the path to misguide me"
Line ni amek dari lagu Wharnsby jugak, Alhamdulillah.
Macam mana aku akhir nanti.
Khusnul khatimah atau Su'ul khatimah?
Dalam iman, atau dalam dosa tak bertaubat, atau dalam kekufuran?
"Ya Allah, Dzat yg membolak- balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu."
Sebab aku fikir, hidup ni sentiasa tentang pilihan.
Sekecil-kecil perbuatan pun lahir dari pilihan.
Contoh.
Dari nak bangun subuh awal, atau lambat sikit, atau subuh gajah?
Nak solat awal waktu, atau ulangkaji dulu, atau berhibur dulu?
Nak malas2 atau rajin2 harini?
Nak utamakan pandangan orang lain, atau pandangan Allah dulu?
Nak puaskan nafsu yang tak pernah puas, atau nak beramal untuk akhirat?
Hinggalah nak tidur lambat, atau tidur terus, atau bangun tahajjud?
Nak ikut syariat Allah, atau ikut hati semata2?
Tapi,
aku pun tak tahu apa dah jadi dengan blog ni.
Makin lama, macam makin jauh.
Ada masa, hilang arah terus.
Dan blog ni reflects sebahagian dari diri aku.
Reflects sebahagian gaya hidup aku.
Sebahagian, sebab tak semua aku tulis kat sini.
Dulu fikir tak ada siapa baca blog ni,
jadi boleh tulis sesuka hati macam diari sendiri je.
Rupanya ramai (more than I expected) yang singgah sini.
Aku masih tertanya,
baik, atau buruk akhirnya aku nanti?
Kita doakan sesama kita k?
Semoga Allah redha.
:)
No comments:
Post a Comment