adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Monday, November 8, 2010

Kerja Makmal: Grinding II

Assalamualaikum.

Harini pergi lab lagi.
Tapi bukan untuk kali kedua.
Ini adalah untuk kali keberapa belas
sepanjang sebelum exam,
dan semasa minggu2 exam.
Sebab grinding ni MESTI siap sebelum 11hb.
Exam habis exactly on that date.

and 12hb dah kena start lab SEM dekat rumah haiwan.
Rumah haiwan letaknya di ceruk dekat dengan hutan UKM.
Kalau tak silap.
kelakar pulak rasa, bunyi macam kena wat kat zoo.

Takde gambar kerja makmal yang terbaru,
sebab setiap kali pun rushing2 kejar masa.
Either takde mood nak tangkap gambar,
or terlupa bawak camera.

Dan actually harini bukan buat grinding dah.
Pukul 11 tadi Acap mesej,
ajak buat medium VMNI untuk rendam sampel kitorang tu.
Tapi Firdaus kata, kitorang belum sediakan radas.
Jadi takleh wat harini.

So harini sediakan radas2 kat Lab Mikrob Prof Gires,
cari, basuh, keringkan, and autoclave/steril.
Oh and filter air laut untuk guna buat medium tu nanti.
Hari Rabu nanti baru wat medium, since esok petang ada paper.

Then siap semua tu dalam pukul 1,
kitorang pergi polishing dekat makmal Sains Bahan pulak.
Polishing ni tak pakai kertas pasir,
Pakai Diamond Spray 6mikron, and 1mikron.
Untuk bagi sampel besi tu licin cam cermin.

Grinding, aku dah siapkan dekat kolej, manually.
Gosok kertas pasir guna kudrat sendiri, takde mesin2.
Sebab asyik tak menyempat nak gi lab.
Tu yang tak even sangat surface besi tu.

Haritu dah buat polishing separuh.
Lama gak rupanya nak bagi licin.
Kerjanya tak susah, tapi leceh and lama.
Geram kadang2.

Tapi bersyukur gak dapat kerja ni.
Tak payah pergi sampling mana2.
Supervisor pun baik sangat.
Agaknya kerja orang lain lagi susah and leceh kan.
Kita mana tahu.

Aku amek masa berejam sehari (2 hari) nak siapkan polishing,
tapi Acap siapkan dalam masa beberapa jam je.
Aku tengok hasil kerja dia,
and I was amazed!

Tiba2 aku yang rasa down.

Berkilat berkilau shiny smooth and rata.
Tu dia betapa nak ulangnya semua benda tu.
Sebab terlalu kagum dan tak percaya.
Sebab aku punya tak cantek, tak rata.

And dia buat dalam masa yang sekejap!

Rupanya aku yang cemerkap,
and slow.
guh.

Betul kata Mun and Ika,
Acap tu lelaki. Lain.
Start kerja lambat pun tak risau.
Aku tak paham mula2.
Sekarang dah faham.

Tadi dalam pukul 3 kitorang siap polish.
Masa cuci, aku perasan aku punya ada yang calar sikit.
SiKiiiiiiiiT~
Supposedly, aku kena grind balik, and polish balik.

TAPI,
boleh tak aku nak buat2 tak nampak?
boleh la boleh la please~

Dahla.. cerita tammmmat! Penat.
Jom fokus untuk paper Marine Pollution esok.

ALL DA BEST UNTUK SEMUA YANG ADA PAPER ESOK.

Khas kepada Wiwin, dan siapa2 lagi yang demam,
semoga cepat kebah demamnya.
And semoga dapat jawab exam dengan tenang. :)

No comments: